Thursday, March 19, 2009

Mari kita buktikan 3

Rakan-rakan, Al-Quran adalah salah satu dari tinggalan berharga dari Rasulullah selain sunnah.. Jika ia tidak begitu penting untuk kita mengapakah ia sangat-sangat disebut oleh Rasulullah?

“Aku tinggalkan dua perkara kepada umatku dan mereka tidak akan sesat selagi masih berpegang kepadanya” Apakah dua perkara itu? “Al-Quran dan sunnah”.

Rakan-rakan sekalian, marilah kita kembali kepada Al-Quran. Walaupun menyampah dengan seruan penulis, tidak mahu menurut seruan penulis pun tidak mengapa. Yang penting, turutlah seruan Al-Quran, pelajarilah kandungan Al-Quran, fahamilah setiap kata-kata Allah yang termaktub di dalamnya.. Dengan izin Allah rakan-rakan sekalian tidak akan menyesal malah berbahagia di akhirat ..

Semoga tulisan kali ini memberi satu ‘booster’ untuk rakan-rakan memahami Al-Quran..

TAMAT

1 comment:

Anonymous said...

At least, bacalah sehari 1 page kan..plus tafsir. sket2 lama2 jadi bukit.