Sunday, July 31, 2011

1/8/2011 - 1/8/2012

Kpd kwn2 yg akan melapor diri esok di Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing, selamat bekerja diucapkan.

Esok juga 1/8, kita akan start berpuasa. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432.

Tahun lepas kita berpuasa di uia. Tahun ini, hospital jadi pengganti.
Tahun lepas kita ada iftar sama2 di uia. Tahun ini???
Tahun lepas kita ada Eid Gathering di uia. Tahun ini??



Friday, July 29, 2011

Checklist

2 salinan yg disahkan :
1) Surat Setuju Terima Jawatan
2) Surat Tawaran SPA
3) Surat Akuan Sumpah
4) Surat Aku Janji -- dapat semasa lapor diri
5) Borang Medical Check Up
6) Salinsn Ijazah (since kita belom konvo, so tak de lagi la. tapi maybe bole bagi transkrip tu)
7) Laporan Penyata Perubahan (Kew 8) --- belom dapat
8) Sijil Pendaftaran dengan LFM
9) Kelulusan Tapisan Keselamatan Kasar --- belom dapat

Jgn lupa bawak dokuman yg ori.

Rujuk sini boleh jgk - http://cebisancebisanku.blogspot.com/2011/07/lapor-diri-u41.html

Gambar passport, penyata kwsp, penyata bank, buku kecik, pen, stapler, WHITE COAT.

Stem, Sampul & Gambar

Antara requirement borang soalan keselamatan adalah stem 20sen (xde jual 20sen dh sekarang, beli je yg 60/80sen 2keping), sampul surat kosong & gambar passport (2keping).



Wednesday, July 27, 2011

Penting! - Pengesahan Penerimaan Sijil LFM

jgn lupa dah lapor diri nanti, hantar surat pengesahan penerimaan sijil kpd LFM. 

surat ini ada sekali dgn sijil bersyarat lembaga tu.





Batalkah Puasa Jika...

Bersempena Bulan Ramadhan yg bakal kita hadapi tak lama lagi, mari kita review sket2 psl persoalan yg kerap ditimbulkan. Sumber -  http://www.zaharuddin.net/fiqh-ibadah/595-ramadhan-a-batalkah-puasa-kita-jika.html
1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)
2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.
3) Pil elak haid untuk puasa penuh :
Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah. 
4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :
Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan  apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. 
Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar. 
5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:
Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.




Sunday, July 24, 2011

Important Books!

The Books (Briefly)

1. Frank Shann

2. Paediatric Protocols

3. Sarawak Handbook

4. Sanford Guide



Good luck & selamat bekerja!

Peperiksaan Perundangan Farmasi

What are the requirements for a person to be registered as a pharmacist in Malaysia?
In order to register as a pharmacist in Malaysia, a person must :
a. Possess a degree recognized by the Pharmacy Board of Malaysia
b. Undergo pupilage training not less than a year that is recognized by the Pharmacy Board
c. Pass a Forensic examination conducted by the Pharmacy Board

Jom amik paper bln November,  on 14/11/2011. The application deadline is 25/10/2011.


More info - http://ohfarmasi.com/?p=166


http://www.cornerstone-msc.net/pharmacy_portal/index.cfm?&menuid=119&parentid=10
http://www.pharmacy.gov.my/index.cfm?menuid=119&parentid=10
http://www.cornerstone-msc.net/pharmacy_portal/index.cfm?&menuid=17#Question_6

Kump. Pengurusan & Professional

Thursday, July 21, 2011

Selamat datang kepada semua rakan-rakan yang akan menjalani PRP di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

Shamel bawa anda semua berjalan-jalan merasai pengalaman berada di Oldtown City of Ipoh sehingga korang rasa seolah-olah berada di sana. Jom.

Ada banyak lagi untuk dinikmati, tapi cukuplah ini sebagai pengenalan. Harap korang selesa berada di sini. Ceyh2 bangunan tak mahu kalah seolah-olah berada di Europe.

Tuesday, July 19, 2011

939 Page View!

Hari khamis, hari tahu penempatan prp rx6.

Monday, July 18, 2011

Berminat join MPS?


Antara benefit :
For some seminar that organised by MPS, you can attend it for FOC, for Non-Member, it is chargeable. For eg, for the coming MPS-T&CM Seminar, the registration fees for member is cheapter than non-member. But in case you cannot attend the seminar, MPS will try to burn the Seminar Presentations in a CD, and send to you by post. For Non-Member, this CD will be chargeable.

We will also the i-Bulletin to MPS Member on every thursday.
Hope you can support MPS to join as a Member for Year 2011.

Rujuk SINI untuk makluman lebih lanjut.

Sunday, July 17, 2011

Salinan Yang Penting

Masa lapor diri iaitu 2 salinan yg DISAHKAN:
1) Surat Tawaran SPA
2) Sijil Pendaftaran dgn Lembaga Farmasi
3) Ijazah Asal/Transkrip

Yang ni better buat salinan jugak :
4) Surat Setuju Terima Tawaran
5) Surat Akaun Sumpah
6) Surat Pemeriksaan Doktor

Yang ni akan disediakan pihak pentadbiran :
7) Surat Aku Janji
8) Laporan Penyata Perubahan
9) Kelulusan Tapisan Keselamatan Kasar


Ada apa2 dokumen perlu bawak lagi x?

Saturday, July 16, 2011

Berkenaan Lapor Diri

Mula2 kita akan lapor diri di JKN negeri masing2. Lepas tu, pergi ke Bahagian Perkhidmatan Farmasi (Negeri). Kemudian, baru lapor diri di Hospital yg ditentukan tu.

Tips - pastikan tak sesat masa nak cari JKN & Bahagian Farmasi Negeri tu nanti.

Perlu sediakan gambar passport jgk. Urusan2 lain bahagian pentadbiran akan bgtau bila lapor diri nnti tu. Seelok2nya rujuk senior PRP yg kerja kat negeri masing utk sebarang maklumat lanjut.

Friday, July 15, 2011

Tata kelola kerajaan yang baik untuk ubat-ubatan

WHO mewujudkan program urus tadbir yang baik untuk ubat-ubatan bagi meningkatkan situasi yang digambarkan ini:

Theft, extortion and abuse …the US$ 5.3 trillion-plus spent on health services worldwide each year are an obvious target for corruption. In fact, Transparency International estimates that 10 to 25 % of global public health procurement spending is siphoned off and stolen. Life-saving resources are being snatched away from the millions of people that need them most. The pharmaceutical sector, with its US$ 750 billion global market value, is vulnerable to fraud.

Dengan tujuan meningkatkan kesedaran terhadap salah guna yang wujud dalam industri farmasi dan menggalakkan urus tadbir baik, pihak berwajib di Malaysia menyahut seruan WHO, menjadi 4 negara pertama di dunia merintis program ini.

Untuk menghapuskan korupsi dalam industri farmasi, program ini digerakkan dan dilaksanakan dalam tiga peringkat:

(i) Penilaian nasional terhadap pengamalan etika dalam pendaftaran dan pemerolehan ubat-ubatn bagi meningkatkan ketelusan dan urus tadbir baik dalam sistem farmaseutikal. (National assessment of ethical practices in medicines registration and procurement to improve transparency and good governance in pharmaceutical system.)

(ii) Pembinaan rangkakerja Urus Tadbir Baik untuk Ubat-ubatan (GGM). (Development of GGM framework)

(iii) Pelaksanaan program GGM. (Implementation of GGM programme)

Dengan berlangsungnya Good Governance for Medicines Phase III Inter-Regional Meeting, negara ini akhirnya bergerak maju ke peringkat akhir program yang matlamatnya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk meningkatkan kesejahteraan warganya terutama dalam penjagaan kesihatan yang berkait dengan ubat-ubatan.


Bacaan lanjut:

1. Good Governance for Medicines, laman web WHO
2. Framework for Good Governance in the Public Pharmaceutical Sector Ministry of Health Malaysia. Boleh dimuat turun di sini.

Oleh - Ilham Nur http://kampungalortampang.blogspot.com/2011/07/tata-kelola-kerajaan-yang-baik-untuk.html

Senyuman :)

Thursday, July 14, 2011

Objectif PRP

Antara benda yg penting bila jd PRP nanti :

1)Softskill – communication skill, ethics
2)Log Book Appraisal oleh Preceptor - jumlah markah >60%
3)Lulus Peperiksaan Perundangan - dikendalikan oleh LFM

Maklumat detail apabila kita lapor diri nanti insyaAllah. Semoga kita terus istiqomah, jujur, amanah & berusaha untuk memperbaiki diri masing-masing ke arah yang lebih baik.

KWSP : Dari 39 kpd 55 penyakit

KWSP tambah senarai penyakit kritikal termasuk AIDS

14/07/2011 6:43pm

KUALA LUMPUR 14 Julai — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 39 kepada 55 penyakit, berkuat kuasa esok.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata, KWSP mengambil inisiatif memperluaskan senarai penyakit kritikal bagi membantu mengurangkan beban kewangan anggota dalam mendapatkan rawatan yang diperlukan dengan segera.

"Faedah pengeluaran kesihatan yang dikaji semula ini meliputi tambahan 16 jenis penyakit termasuk penyakit pulmonari obstruktif kronik teruk (COPD), fibrosis paru-paru, penyakit radang usus kronik, sklerosis sistemik dengan hipertensi pulmonari, AIDS dan tiga jenis penyakit mental yang jika tidak dirawat, akan memudaratkan pesakit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kali terakhir KWSP memperluas senarai itu ialah pada 15 Jun 2010 iaitu daripada 13 ke 39 penyakit.

Azlan berkata, pengeluaran bagi pembelian bantuan kesihatan kini dibenarkan bagi pesakit kanser, kardiovaskular, sistem respiratori, sistem saraf, sistem muskuloskeletal dan telinga.

Beliau berkata, bagaimanapun, rawatan kesuburan dan alternatif tidak layak melakukan di bawah skim pengeluaran kesihatan.

"Ia juga tidak layak jika kos rawatan perubatan dibiayai sepenuhnya oleh majikan anggota atau majikan keluarga anggota,” katanya.

Untuk keterangan lanjut, Azlan berkata anggota boleh melayari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000.

Mereka juga boleh mengunjungi cawangan KWSP berdekatan bagi mendapatkan senarai penyakit terkini yang diluluskan, dan senarai peralatan bantuan kesihatan, serta maklumat lanjut mengenai cara permohonan pengeluaran KWSP bagi membiayai rawatan. - Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm

Wednesday, July 13, 2011

Penempatan PRP UIA (As 14/7)

Salam.

Selangor:
1-Apai
2-Huda
3-Nik
4-Bell
5-Poora
6-Zharif
7-Helmi Rahmat

KL:
1-Zeny
2-Nadiah Khazin
3-Qayyum
4-Salwani (HKL)
5-Jusrizal (HKL)
6-Sham (HKL)

N9:
1-Iqa Alias
2-Kamil

Pahang:
1-Amin
2-Mar
3-Payak
4-Atiqah

Kelantan:
1-Iqa Manso
2-Yob
3-Nadiah Suhane
4-Izani
5-Zila

Terengganu:
1-Matmin
2-Amal Amri
3-Ciey
4-Faiz Rashid

Johor:
1-Topek
2-Azlen
3-Gg
4-Hani
5-Maryam
6-Aizuddin Roszali
7-Mat Sharil
8-Leaf

Perlis:
1-Saifuddin

Perak:
1-Tj
2-Jaa
3-Fadlan
4-Tohiri
5-Jaja
6-Raihan
7-Birri
8-Aida

Sabah:
1-Abu
2-Salihin
3-Bunif
4-Syafinaumiera

Sarawak:
1-Dani
2-Saiful
3-Ikrami
4-Hajariah

PPUM:
1-Ummu Habibah

PPUKM:
1-Nizam
2-Mira

Penang:
1-Lutfi
2-Miyob
3-Faiz Salleh
4-Baizura
5-Cinox

Kedah:
1-Amal shahabudin
2-Afif Halim
3-Fathiyah
4-Fatihah

Melaka:
1-Amsyar
2-Fairuz

Tuesday, July 12, 2011

Roles of Pharmacy Board

The functions of the Pharmacy Board as defined under the Registration of Pharmacists (Amendment) Act 2003 (Act A1207) include:

1. Registration and deregistration of Pharmacists
2. Registration and deregistration of Bodies Corporate
3. Registration of Pupil Pharmacists (before 2nd September 2004)
4. Registration of Provisionally Registered Pharmacists (2nd September 2004 onwards)
5. Recognition of Pharmacy degrees
6. Approval of premises for training
7. Setting guidelines and standards relating to recognition of pharmacy degree
8. Setting and conducting pharmacy jurisprudence examination
9. Conducting inquiries on unethical practices

Five committees were established to facilitate and assist the Board to accomplish its functions :
1. Evaluation Committee
2. Joint Technical Committe
3. Forensic Examination Committee
4. Training Committee
5. Continuous Professional Development Committee
6. Ethics Committee

More info @ROPA

MNMP @ DUNAS Components

The National Medicines Policy shall have the following components to address the strategies
required to bring about its sustainable and consistent implementation. These components
are:
(i) Quality, safety and efficacy of drugs
(ii) Drug availability
(iii) Drug affordability
(iv) Quality use of drugs
(v) Human resource development
(vi) Research and development
(vii) Technical co-operation
(viii) Management of the National Medicines Policy

*MNMP = Malaysian National Medicines Policy
*DUNAS = Dasar Ubat Nasional

More info @PSD Website. 

Malaysiaku Tercinta





Sunday, July 10, 2011

KWSP Contribution Rates

Sekarang 2011, 11% employee + 12% employer

Next : Penempatan (KKM)

√ Permohonan/Pendaftaran [SPA]
√ Temu duga [SPA]
√ Lulus Peperiksaan Akhir [Universiti]
√ Tawaran Pelantikan [SPA]
√ Pendaftaran Bersyarat Ahli Farmasi [Lembaga Farmasi]
 Penempatan [KKM]
 Pengesahan Pelantikan [SPA]
 Pengesahan Perkhidmatan [SPA]
 Pemberian Taraf Berpencen [SPA]-selepas 3 tahun

Wednesday, July 6, 2011

Cukai Pendapatan

utk bacaan masa lapang....
http://www.hasil.gov.my/

Setiap warganegara bertanggungjawab menjelaskan cukai ke atas pendapatan yang diperolehinya di dalam atau luar Malaysia. Sumber pendapatan yang boleh dikenakan cukai pendapatan termasuklah pendapatan dan keuntungan daripada perdagangan, profesion dan perniagaan, gaji, ganjaran, pendapatan, dan keuntungan berasaskan gaji, dividen, faedah atau diskaun, sewa, royalti atau premium, pencen, anuiti atau bayaran berkala yang lain dan perolehan atau keuntungan yang berbentuk pendapatan yang tidak dinyatakan di atas. Pendapatan bercukai diperolehi setelah dikira segala kos dan perbelanjaan yang terlibat secara menyeluruh atau eksklusif dalam usaha untuk menghasilkan pendapatan berkenaan. Kadar cukai bergantung kepada status penduduk individu berkenaan yang ditentukan oleh jangka masa beliau tinggal di dalam negara ini (seperti yang dinyatakan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, di bawah Seksyen 7).

Individu bermastautin dikenakan cukai ke atas pendapatan bercukainya pada kadar bersenggat daripada 2% hingga 30% selepas ditolak pelepasan cukai.

Walau bagaimana pun, bagi individu dengan pendapatan bercukai kurang daripada RM2,500 dicukai pada kadar sifar. Pendapatan bercukai seseorang individu bermastautin diperolehi dengan memotong jumlah pendapatan beliau dengan jumlah pelepasan individu. Tanggungan cukai individu bermastautin dikurangkan dengan rebat. Hal-hal berkaitan cukai pendapatan di Malaysia adalah di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) Malaysia.

http://www.hasil.gov.my/


Dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:
  1. Borang EA/EC,
  2. Baucer dividen,
  3. Resit premium insurans,
  4. Resit pembelian buku,
  5. Resit perubatan,
  6. Resit derma,
  7. Resit premium zakat,
  8. Sijil kelahiran anak,
  9. Sijil nikah,
  10. Dokumen-dokumen sokongan lain.
  11. Helaian kerja (jika ada)
  12. Pengiraan tempoh tujuh tahun adalah bermula daripada akhir tahun dalam mana BNCP tersebut telah dikemukakan.

Monday, July 4, 2011

Akaun KWSP

Ni ap yg ak refer senior n bc beberapa blog diorg. Dinasihatkan ada akaun kwsp, tak nak buat sekarang xpe.

Sape yg belum ada akaun kwsp, boleh la pergi ke pejabat KWSP terdekat. Bawa fotokopi I/C (akan pakai kalau I/C tak boleh nk baca kat device). No. akaun majikan & no. surat beranak xperlu pun (kalau korang tengok form registration tu).

Gaji kita akan ditolak utk kwsp 11% drpd gaji (majikan 12%) sehingga diberi pilihan utk amik pencen @ teruskan kwsp.

Transcript @ OSC

Salam.

utk makluman transcript dh boleh amik kat OSC (new building), bagi je clearance form tu nanti staff OSC bg la.

Transcript ni penting utk bwk masa lapor diri nanti.

Saturday, July 2, 2011

TDM

Therapeutic Drug Monitoring @ Pemonitoran Ubat Terapeutik

Mari kita refresh blk apa yg kita dh belajar...

Must know!
-all PK parameters
-factors that can affect PK profile of drug, result & interpretation
-be expert in calculation
-ubat apa yg buat TDM kat hospital kita praktis nanti




http://www.medical.siemens.com/siemens/en_GLOBAL/gg_diag_FBAs/files/products_disease_states/TDM/TDM_Guide_FINAL.pdf

p/s - I already sent 'TDM calculation'. Check your mail.

Friday, July 1, 2011

Cuti Raya 2011 & Merdeka ke-54

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm

Jika tahun 2009, temanya adalah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
2010 pula, 1 Malaysia, Menjana Transformasi. 2011 apa agaknya???

SOP CDR

Standard operating procedures for the preparation of cytotoxic drugs should be documented and should include:
· using specially dedicated equipment in a pharmacy to provide containment of powder where there is a requirement for compounding cytotoxic preparations
· operational specifications for the use of cytotoxic drug preparation facilities including cytotoxic drug safety cabinet
· initial and ongoing validation of operator competence
· reconstitution procedures
· routine and emergency cleaning and decontamination protocol
· spill management
· maintenance and certification of equipment and facilities
· availability of drug safety information
· documentation and records
· maintenance of daily records
· labelling and packaging for transport internally or externally

http://www.mps.org.my/publications/Journal_of_Pharmacy3/continuing_pharmacy_education.pdf

Penguatkuasa Farmasi

Penguatkuasaan Farmasi berperanan dalam penguatkuasaan dan pengawalan import/eksport, pengeluaran, pengendalian, pengedaran, penjualan ubat-ubatan dan sediaan farmaseutikal bagi memastikan kehendak undang-undang dan peraturan- peraturan dipatuhi.

Objektif Penguatkuasaan Farmasi juga adalah untuk memastikan keluaran farmaseutikal dan produk-produk kesihatan di pasaran berkualiti, selamat dan berkesan serta mudah diperoleh oleh orang awam.

Penguatkuasaan Farmasi turut berperanan untuk menggalakkan penggunaan ubat-ubatan secara rasional dan berkesan melalui pendidikan kepada pengguna.

Aktiviti penguatkuasaan farmasi termasuk:-
1.Pemeriksaan dan Pelesenan
2.Risikan dan Operasi
3.Penyiasatan dan Pendakwaan
4.Pemeriksaan di Pintu Masuk (Pengimportan)
5.Kawalan Iklan
6.Perlindungan Pengguna

Daftarlah sebagai Pengundi

Salam, mungkin masih ada yg belum berdaftar sebagai pengundi.... Pilihanraya yg semakin hari semakin dekat, daftarlah cepat2 utk elakkan masalah di kemudian hari.


APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAFTARAN PEMILIH ?

Pendaftaran Pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang, membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah disahkan.


KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR ?
Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.


SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH ?

- Warganegara Malaysia;
- Sudah mencapai umur 21 tahun;
- Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
- Tidak hilang kelayakan.


BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR ?

- Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
- Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
- Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda

Semak daftar anda : http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/