Wednesday, October 12, 2011

Soalan Lazim: PEMENDEKAN TEMPOH KHIDMAT WAJIB PEGAWAI FARMASI DARI 3 TAHUN KE 1TAHUN (Malay version only)

FAQ : PEMENDEKAN TEMPOH KHIDMAT WAJIB  PEGAWAI FARMASI DARI 3 TAHUN KE 1TAHUN

1. Siapa yang terlibat?
FRP yang didaftarkan pada tahun 2011.

2. Bagaimana status FRP tajaan JPA?
Perlu mematuhi perjanjian biasiswa/ pinjaman dengan JPA untuk berkhidmat
dalam perkhidmatan awam mengikut tempoh dalam perjanjian berkenaan.

3. Siapa yang layak menukar notis khidmat wajib dari 3 tahun ke 1 tahun?
Bukan tajaan JPA sahaja tetapi tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
a) Selepas 1 tahun khidmat wajib dari tarikh melaporkan diri sebagai FRP;
b) Memilih untuk menceburi industri farmaseutikal tempatan/ komuniti farmasi tempatan/ hospital swasta tempatan/ IPT tempatan;
c) Memilih untuk meletak jawatan dari perkhidmatan kerajaan.

4. Apakah prosedur bagi menukar notis khidmat wajib dari 3 tahun ke 1 tahun?
Permohonan dibuat melalui TPKN (F) kepada Lembaga Farmasi Malaysia (LFM);

Sebelum Notis Khidmat Wajib 1 tahun dikeluarkan,  Notis Khidmat wajib yang asal dipulangkan kepada LFM beserta:
i. 1 sampul surat beralamat sendiri dan bertampal setem RM1.00; dan
ii. 1 Slip Pos Malaysia bernilai RM 2.20 (tanpa digamkan)

Salinan dokumen-dokumen  yang berikut:
i. Surat Tajaan PTPTN/ MARA/ bayaran persendirian;
ii. Surat pengesahan untuk bekerja dengan syarikat swasta tempatan/ IPT tempatan;
ATAU Sijil Pendaftaran Perniagaan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi perniagaan farmasi;
iii. Surat Pemakluman Perletakan Jawatan dari Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia.

5. Apakah implikasi kepada permohonan ?Letter of Good Standing? (LGS)?
LGS tidak akan  dikeluarkan kecuali :

a)selepas tempoh 1 tahun dari tarikh meletak jawatan dari kerajaan; 

b)LFM telah menerima yang berikut:
i. Pengesahan Lesen Racun Jenis ?A?  telah dipulangkan kepada Bahagian Penguatkuasa Farmasi, ATAU
ii. Pengesahan pekerjaan.

Sumber: /http://pharmacy.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=132&action=view&retrieveid=297&lang=EN

Tuesday, October 11, 2011

Nyaris maut akibat kecuaian ahli farmasi

KUALA LUMPUR – Gara-gara kecuaian seorang ahli farmasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), seorang warga emas berusia 64 tahun yang menghidap sejenis penyakit kulit terlantar di hospital selama 12 hari setelah dia mengambil sejenis ubat kanser dalam kuantiti yang berlebihan.

Mangsa, Wong Yee Lan yang menghidap penyakit psoriasis mendakwa, semuanya berpunca apabila ahli farmasi tersebut memberi arahan mengambil ubat tidak tepat selepas dia menerima rawatan sakit kulit pada 7 September tahun lalu di hospital berkenaan.

Menurut Yee Lan, ubat untuk merawat penyakit kulit tersebut sepatutnya dimakan enam kali seminggu tetapi dia telah diberi arahan supaya ubat itu dimakan sebanyak enam kali sehari.

“Saya disuruh makan ubat itu enam kali sehari dan saya menghabiskan dua paket ubat tersebut yang mengandungi 72 biji pil dalam masa 12 hari sahaja.

“Kesan ubat itu terlalu kuat sehingga menyebabkan saya mengalami kesukaran bernafas dan beberapa kali rebah ketika berjalan kerana pitam sehingga terpaksa dihantar ke klinik sebanyak empat kali.

“Selain itu, mata saya juga kerap berair dan sukar untuk membuka mata, bibir bengkak, rambut gugur dan sukar tidur,” dakwanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini semalam.

Bimbang dengan keadaan dirinya yang semakin teruk, dia kemudian mendapatkan rawatan susulan di hospital yang sama pada 1 Oktober 2010 bagi mencari punca kesakitan yang dialami.

“Saya terpaksa dimasukkan ke wad selama 12 hari kerana keadaan kesihatan saya menjadi semakin teruk.

“Saya begitu terperanjat apabila doktor yang merawat memaklumkan bahawa saya telah mengambil dos ubat secara berlebihan,” katanya.

Sumber: Kosmo! Online

Sunday, October 9, 2011

Salihin dalam Mingguan Malaysia

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Walaupun dibayangi perasaan tidak sempurna seperti orang lain, namun ia telah membuatkan graduan orang kurang upaya (OKU), Ahmad Salihin Abdullah, 25, sentiasa mempunyai motivasi tinggi sejak kecil.

Maka tidak hairanlah, beliau yang cacat di kedua-dua belah kakinya telah diumumkan sebagai penerima anugerah Pencapaian Khas Abdullah Ibnu Umm Maktum pada majlis Konvokesyen UIAM Ke-27 di Gombak, hari ini.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Farmasi yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan itu telah mendapat purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 3.44 dalam pengajiannya.

"Disebabkan saya rasa lain daripada orang lain, jadi saya perlu buat lebih. Malah dalam keadaan sebegini kita tidak tahu masa depan kita.

"Sebab itulah saya belajar bersungguh-sungguh. Sokongan keluarga dan rakan-rakan yang membuatkan saya tidak merasai apa-apa halangan ketika belajar," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut hari ini.
Menurut anak ketujuh daripada lapan adik-beradik itu, rahsia kejayaannya ialah memberi tumpuan penuh ketika di dalam kelas.

"Jika beri tumpuan dalam kelas, apabila mengulangkaji, pelajaran itu mudah diingati," ujarnya yang kini berkhidmat sebagai pegawai farmasi di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Sementara itu, graduan jurusan perubatan, Siti Fatimah Abu Hussain, 25, pula diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja dan Hadiah Pelajar Terbaik Keseluruhan.

"Mula-mulanya saya hanya berharap menjadi pelajar terbaik keseluruhan sahaja, tapi tidak sangka pula turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja.

"Maka kedua-dua anugerah ini adalah hadiah istimewa kepada Allahyarham bapa saya yang meninggal dunia dua tahun lalu," katanya yang bercita-cita untuk membantu dalam misi kemanusiaan apabila menjadi doktor kelak.

Bagi penerima anugerah pelajar terbaik jurusan undang-undang, Najwa Rosli, 23, berkata, disiplin diri dan pembahagian masa adalah faktor utama yang membawa kepada kejayaannya.

"Apa saja perkara yang kita lakukan, ia perlu seimbang terutamanya antara bidang akademik dan kokurikulum," ujarnya yang berasal dari Johor.

Pemenang Hadiah Presiden, Meor Alif Meor Azalan, 23, pula berkata, setiap pelajar yang ingin berjaya, mereka perlu mempunyai kepercayaan kepada kebolehan diri sendiri.

"Jika tidak ada perasaan sebegitu mungkin susah untuk mencapai kejayaan yang diharapkan," katanya yang kini menyambung pelajaran di peringkat sarjana muda di London School of Economic and Political Sciences, London.

Sumber: Utusan

Friday, October 7, 2011

i-Mag & Sesi Fotografi

Salam kwn2 semua. InsyaAllah esok hari konvo kita.

Nak maklumkan lepas saja kita konvo, harap boleh berkumpul ramai2 kt depan dewan tu nnti utk tangkap gambar.

Jgn lupa amik i-Mag kt saya nnti. Thanx!

Jumpa esok

Thursday, October 6, 2011

Pharmacists’ three years stint with the Government reduced to one

KUALA LUMPUR: The three years mandatory public service for pharmacists to serve the government hospitals after they graduated has been reduced to a year.

Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the cabinet had approved the decision in early September. It will take effect immediately.

However, he said, the one-year training before the compulsory service will still be maintained.

Source: The Star