Wednesday, April 27, 2011

Proses Pengambilan P.Farmasi

PROSES PENGAMBILAN PEGAWAI FARMASI (Pelajar Tahun Akhir)

√ Permohonan/Pendaftaran [SPA] ->selesai
√ Temu duga [SPA] -  > selesai
√ Lulus Peperiksaan Akhir [Universiti] - > belum selesai! 4/5/2011 nnti insyaAllah
√ Tawaran Pelantikan [SPA]
√ Penempatan [KKM]
√ Pengesahan Pelantikan [SPA]
√ Pengesahan Perkhidmatan [SPA]
√ Pemberian Taraf Berpencen [SPA]-selepas 3 tahun

1)Surat tawaran akan dikeluarkan kepada pelajar yang lulus peperiksaan akhir dan berjaya temu duga apabila universiti mengeluarkan keputusan rasmi kepada SPA. Salinan akan dihantar ke KKM

2)Pada surat tawaran akan dinyatakan nama dan no KPT, nama jawatan, gaji permulaan, klasifikasi & skim perkhidmatan

3)Tawaran adalah tertakluk kepada pengemukaan skrol ijazah (asal & salinan) yang telah disahkan dan pengemukaan Sijil SPM (jika semasa temu duga tidak membawa Sijil SPM)


4)Calon akan menerima surat tawaran daripada SPA. Pihak KKM pula akan menghantar Surat Arahan Melapor Diri kepada calon 

No comments: