SUKATAN PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 1 (TK 1) BAGI PEGAWAI FARMASI GRED U41
Matlamat Sukatan Peperiksaan
1.1 Tahap kecekapan 1 (TK 1) Pada TK 1; pegawai Farmasi
i. Mempunyai pengetahuan tentang konsep-konsep pengurusan dan amalan farmaseutikal, Perundangan Farmasi Malaysia, teknik-teknik kaunseling ubat, prinsip-prinsip perkhidmatan maklumat drug, pengurusan pendispensan farmaseutikal, pelaporan dan pemantauan ADR, prinsip asas farmakokinetik dan keracunan drug, prinsip-prinsip asas radiofarmasi, teknikteknik aseptik, “Good Manufacturing Practice” dan “Good Laboratory Practice”.
ii. Berupaya memahami konsep-konsep dan peraturan pengurusan sumber dan arahan pentadbiran dalam melaksanakan bidang tugas jawatannya.
iii. Berupaya memahami konsep-konsep ketatanegaraan.
2. Tujuan Peperiksaan
Untuk menguji kebolehan dan kecekapan pegawai dalam memenuhi salah satu syarat anjakan gaji.
3. Pegawai yang layak menduduki peperiksaan ini
Pegawai Farmasi U41 yang telah disahkan.
4. Sukatan Peperiksaan
Bidang sukatan peperiksaan adalah merangkumi Kompetensi Umum dan Kompetensi Khusus.
Kompetensi Umum? Khusus? Nantikan post yg seterusnya!
No comments:
Post a Comment