Monday, June 29, 2009

LIT at AIMST University

Introduction - The IPSF Leaders In Training (LIT) program is specially devised to train pharmacy students interested in taking up leadership roles at their local, national or international level so that they can become successful leaders of tomorrow. This program aims to develop better leaders and ensure that there is a certain standard of leadership amongst new leaders every year.


The LIT program also helps its participants to become potential trainers, so that they can provide a similar LIT program with the similar leadership topics to their local student associations.

The program provides various useful training tools to help participants develop their essential leadership skills. Throughout LIT, we can empower pharmacy students to develop passion towards IPSF and the spirit of LIT would also be lit up around the globe!


LIT Program Date - The LIT program will be held on the 23rd to the 26th of June 2009, in AIMST University.


LIT Program Venue - Asian Institute of Medical Science & Technology (AIMST) University , located in Sungai Petani, Kedah is a leading private university was founded on March 15, 2001. In regards with AIMST university motto, “Educating Tomorrow's Leaders”


IIUM Pharmacy students also joined this program by sending Syam, Din, Shamil (rx7th), Shifaa (rx5th), Amal Amri, Khadijah Hasbullah, Jaja & Nisah.


These are some pictures of them. You can click here to explore the real experience from one of the participants. Well, see you all on 13th July 2009.


p/s- Opps,thanks jaja for sharing! We want more people like you. =)




Statistic 16 Jun - 28 Jun


I'm sorry for not updating this blog for such a long time. Here, I publish about some statistic of our blog.


Thursday, June 25, 2009

Chopp! Tempat Aku

Datanglah awal-awal. Dapat tempat duduk impian. Tapi, mana-mana pun sama kan?

Jam menunjukkan tepat 10 pagi! Tak perlu berebut-rebut. Cafe ini luaaaaaas betul.

2 gambar mempesonakan. 13 Julai 2009 ditunggu-tunggu.
Gambarkan azam, harapan dan tempat duduk kamu ketika itu. Pasti seronok bila dapat berkongsi. Selamat kembali! 

Thursday, June 18, 2009

Just Married!

Sama-sama kita menghargai harga sebuah persahabatan yang akan kekal abadi insyaallah..

Andai tiada pengorbanan (masa, wang dan tenaga), kita tidak akan dapat berkumpul ramai-ramai seperti ini...

Video ini juga tidak akan terhasil andai tiada kerjasama antara satu sama lain....

Tahniah kawan! kerana sangat sporting!

Tahniah & terima kasih shamel, video yang sangat best! =)

Enjoy....

Love iiumrx6th...

Wednesday, June 17, 2009

Should prescribing and dispensing be separated for the Consumers


Tomorrow (18th June) at 6pm there shall be a Live NST inter-active interview with Presidents of MPS, MMA and FOMCA. Issues like "Should prescribing and dispensing be separated for the Consumers" and "Expanding the roles of doctors and pharmacists in consumer Health" will be discussed. Pls lend yr support by logging into NST website and participate via Q&A session. Log on begins 6 pm. Support the profession!

http://www.nst.com.my/

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/clive_html

Why being a retail pharmacist is a bad career choice?

Tengah surfing tadi terjumpa penulisan berkaita retail pharmacist di Egypt. Ini.....

Let me first qualify what I am about to say about retail pharmacy as being influenced by how that job gets practiced in Egypt, despite finding many similarities with the way it is practiced in the USA and in Canada as well.

  • Studying Pharmacy is a lot of hard work
    Studying pharmacy consists of a lot of theory in lecture form, as well as a lot of laboratory hands on work. It involves a lot of senseless memorization, if you do not really love what you are studying. There are frequent exams, almost every month. At mid year and end of year, there are "big" exams. The end of year exams are written, lab and oral.

  • Studying Pharmacy crosses many disciplines
    Studying pharmacy has a lot of medical sciences, three types of chemistry (analytical, organic and pharmaceutical), biology, physiology, botany, microbiology, pharmaceutics, pharmacology, pharmacognosy, pathology, ...etc.

  • Retail pharmacy is monotonous
    The day to day work is repetitive. It basically involves deciphering the bad hand writing of physicians on prescriptions, and handing it to the customer. In Egypt, there are no bulk packaging, and dispensed packages. The medicine comes prepackaged and is dispensed as it is. No counting of pills, no labels, ...etc. So it is a lot simpler than in North America. You are also responsible for a lot of administrative type of work, such as stocking the shelves, ordering medicines that you run out, as well as the adjunct products you sell, such as baby diapers, female makeup, sanitary pads, children toys, ...etc.

  • Retail Pharmacy requires little mental challenge
    If the doctor prescribes it, then you as a pharmacist dispense it. There are of course exceptions to this, such as medicines interactions, but these cases are few and far between. In reality, being a pharmacist and a pharmaceutical assistant is not much different, except for the accreditation and responsibility/liability levels.

  • Retail Pharmacy involves long hours
    All retail pharmacy outlets involve long hours, and opening on weekends, and even on public holidays. This is particularly true if you own your own pharmacy. This is not a medical profession as much as it is a retail outlet that has to cater to the public needs and hours. If you choose to be open on limited hours, another nearby pharmacy will only be glad to take your customers (and revenue) away.

  • Retail Pharmacy is ridiculously regulated
    Prices of medicines are normally fixed by a government authority, and the price is printed on the package. Therefore, the profit is predetermined as well. Moreover, a pharmacist is subject to several types of inspections, including those that apply to any retail store (taxes, balance/scale accuracy, ...etc.), as well as those from health authorities.
Read more : click here

Biasiswa JPA Pelajar cemerlang bukan bumiputera paling ramai

KUALA LUMPUR 16 Jun – Pelajar cemerlang bukan bumiputera merupakan paling ramai menerima biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu 68 peratus atau 282 orang berbanding pelajar bumiputera seramai 135 orang atau 32 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kumpulan pelajar itu merupakan 20 peratus daripada pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau 417 pelajar daripada keseluruhan 2,100 pelajar yang ditawarkan biasiswa berkenaan.

Menurutnya, kerajaan memberi jaminan bahawa pemberian biasiswa tajaan JPA kepada pelajar cemerlang adalah telus dan adil berdasarkan kepada meritokrasi tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.

“Pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian 9 A1 dalam SPM untuk berlaku adil kepada semua pihak kerana ada sekolah yang mengehadkan pengambilan sembilan mata pelajaran sahaja dalam peperiksaan tersebut.

“Berdasarkan perangkaan itu, tidak berlaku pelajar dianiaya disebabkan kulit mereka coklat, kuning atau hitam. Itu tidak berlaku, Yang Berhormat (Lim Kit Siang) kalau tak tahu, jangan cakap. Kerajaan berlaku adil dalam soal ini, kita tidak kira kaum, agama atau bahasa,” tegasnya.

Beliau menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP - Ipoh Timur) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kit Siang dalam soalan tambahannya mempersoalkan ramainya pelajar cemerlang di kalangan bukan bumiputera gagal memperoleh biasiswa walaupun sistem meritokrasi dilaksanakan.

Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Tan Ah Eng (BN - Gelang Patah), Mohamed Nazri memaklumkan bahawa kerajaan pada 14 Januari lalu memutuskan Dasar Penajaan 2009 di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) yang dibahagikan kepada empat kategori:

Kategori Satu – Kecemerlangan akademik

- Penajaan tanpa mengira latar belakang kaum dan sosioekonomi.- Pemilihan berdasarkan kecemerlangan akademik (85 peratus) yang mendapat gred 9 A1 dalam SPM bagi semua subjek teras, 10 peratus untuk kokurikulum dan kaitan subjek elektif dengan bidang yang dipohon dan lima peratus untuk kelebihan temu duga.
Kategori Dua – Populasi kaum

- Penajaan mengikut populasi semasa kaum, sekiranya ia tidak digunakan sepenuhnya untuk kaum tertentu maka ia akan diagihkan kepada kaum lain.- Pemilihan berdasarkan kepada kecemerlangan akademik iaitu sekurang-kurangnya gred 2A dalam subjek teras dan elektif (75 peratus), kokurikulum (10 peratus), latar belakang sosioekonomi (10 peratus) dan temu duga (5 peratus).

Kategori Tiga – Bumiputera Sabah dan Sarawak

- Sebanyak 10 peratus diperuntukkan untuk pelajar kedua-dua negeri tersebut, sekiranya ia tidak digunakan sepenuhnya maka ia akan diagihkan kepada kategori lain.

- Sekurang-kurangnya gred 2A kombinasi subjek yang bersesuaian dengan bidang pengajian yang dipohon dan lulus dalam semua subjek yang diambil iaitu (65 peratus), kokurikulum (5 peratus), sosio ekonomi (25 peratus) dan temuduga (5 peratus).
Kategori Empat – Golongan ketidakupayaan sosial

- Penajaan untuk pelajar bandar dan luar bandar daripada keluarga berpendapatan rendah.- Sekurang-kurangnya gred 2A kombinasi subjek yang bersesuaian dengan bidang pengajian yang dipohon dan lulus dalam semua subjek yang diambil iaitu (65 peratus), kokurikulum (5 peratus), sosioekonomi (25 peratus) dan temuduga (5 peratus).

sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

-mari kita fikir2kan............

Monday, June 15, 2009

Coming Soon....

Video terhangat from elSham Production bakal menggegarkan iiurx6th!

Mari kita tengok preview nya dulu .... Enjoy...



p/s - err..sorry shamel aku xmintk izin ko. Hehe.. Tp cam best je video ni, tu psl aku upload kt blog ni jgk.

Sunday, June 14, 2009

Hilang lagi permata dakwah

Ini e-mel yang saya terima. Sebetulnya ramai antara kita yang sudah tahu, namun memandangkan tiada siapa yang menghebahkan di ruangan ini, maka saya mengambil kesempatan untuk menghantarkan entri ini sebagai tanda kesedihan dan peringatan kepada tokoh yang berjasa kepada ummat ini.



Antara buku harakah yang paling awal saya kenal ialah buku karangan Ustaz Fathi Yakan bertajuk ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’ telah membuatkan diri saya berjaya menemui matlamat hidup yang sebetulnya.


www.ikhwan-jor. com mengkhabarkan berita yang cukup meruntun jiwa, pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Taala pada awal hari ini. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit.


Berita ini diterima selepas zuhur 13 jun 09 yang juga disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com dan lain-lain. Beritanya adalah seperti berikut:

Pada pagi sabtu, Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital.

Pihak hospital telah menyatakan bahawa beliau terkena serangan angin ahmar pada otaknya sehingga menyebabkan beliau telah mati klinikal (clinical death). Namun pihak perubatan dan pihak keluarga enggan mencabut alat bantuan hayat dari tubuh beliau.

Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang terkenal Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih terkenal dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan kumpulan usrah pelbagai wadah.

Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr Fathi Yakan. Ulama agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya.


Profil Dr Fathi Yakan

Dr Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.


Kita kehilangan satu permata Islam yang bersinar ke seluruh dunia. Tetapi kematiannya tidak akan melenyapkan terus semangat ruhul jadid yang sentiasa segar dalam ingatan hasil kata-katanya dalam hampir 35 buah bukunya.


Tidak sepatutnya bagi penegak agama Islam merasa lemah dengan kematian beliau tetapi perjuangan perlu diteruskan oleh kita yang tinggal ini sebagaimana dengan kewafatan Nabi Muhammad S.A.W yang menyaksikan kepintaran Saidina Abu Bakar dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :


Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur. Surah Al-Imran Ayat 144

Friday, June 12, 2009

Senarai IPTS yang menawarkan FARMASI

Berikut senarai ipts di Malaysia yang menawarkan program farmasi (semua peringkat) yang telah diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency).


Klik untuk besarkan (full size)

Setiap kursus pengajian yang hendak dikendali dan ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) wajib mendapatkan Kelulusan* YB Menteri seperti yang disyaratkan oleh Akta IPTS 1996 (Akta 555).


MQA (dahulunya LAN) bertanggungjawab menilai dan mengemukakan syor kepada YB Menteri sama ada meluluskan pengendalian kursus pengajian berkenaan atau tidak.


Perlu juga dinyatakan di sini bahawa STANDARD MINIMUM (tahap minimum)** untuk sesuatu program, seperti mana yang dinyatakan dalam Akta IPTS 1996 (Akta 555), perlu dicapai sebelum sesuatu kelayakan iaitu sijil, diploma atau ijazah boleh dianugerahkan.


Rujuk : Sini


p/s - semoga membantu mereka yang menghendaki maklumat berkaitan farmasi ipts.




Thursday, June 11, 2009

Album Trip to Kuala Terengganu


Akhirnya, berjaya juga aku upload album trip to kuala terengganu (matmin dah kawen weh!) hehe.. Click sini (album flickr) pun boleh

Enjoy... especially for those yg xdtg ari tu.

p/s- gambar2 x ikut sequence sebab tak sempat nk arrange. maaf ye

Wednesday, June 10, 2009

Places of Training for PRP

Seperti yang semua tahu, lepas kita graduate nanti, kita akan jadi PRP (Provisionally Registered Pharmacist) selama setahun. Selepas itu, barulah kita jadi registered pharmacist (sekiranya lulus ujian forensik). Ini senarai hospital dan penguatkuasa yang akan kita kerja nanti insyaAllah. Sama-sama kita merancang masa depan kita

List of Places of Training for Provisionally Registered Pharmacist
Refer : http://www.pharmacy.gov.my/index.cfm?&menuid=101&parentid=10

LIST OF PREMISES


1. Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Negeri Perlis
2. Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis
3. Hospital Alor Setar, Kedah
4. Hospital Baling, Kedah
5. Hospital Kulim, Kedah
6. Hospital Langkawi, Kedah
7. Hospital Sungai Petani, Kedah
8. Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Negeri Kedah
9. Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Negeri Pulau Pinang
10. Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang
11. Hospital Pulau Pinang, Pulau Pinang
12. Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang
13. Hospital Ipoh, Perak
14. Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Negeri Perak
15. Hospital Seri Manjung, Perak
16. Hospital Slim River, Perak
17. Hospital Taiping, Perak
18. Hospital Teluk Intan, Perak
19. Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, Petaling Jaya, Selangor
20. Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Petaling Jaya, Selangor
21. Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Negeri Selangor
22. Hospital Ampang, Selangor
23. Hospital Banting, Selangor
24. Hospital Kajang, Selangor
25. Hospital Kuala Kubu Baru, Selangor
26. Hospital Sabak Bernam, Selangor
27. Hospital Selayang, Selangor
28. Hospital Serdang, Selangor
29. Hospital Sungai Buloh, Selangor
30. Hospital Tanjung Karang, Selangor
31. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor
32. Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Negeri Sembilan
33. Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan
34. Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan
35. Hospital Seremban, Negeri Sembilan
36. Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Negeri Melaka
37. Hospital Melaka, Melaka
38. Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Negeri Johor
39. Hospital Batu Pahat, Johor
40. Hospital Kluang, Johor
41. Hospital Muar, Johor
42. Hospital Segamat, Johor
43. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu, Johor
44. Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Negeri Pahang
45. Hospital Kuantan , Pahang
46. Hospital Temerloh, Pahang
47. Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Negeri Terengganu
48. Hospital Kemaman, Terengganu
49. Hospital Kuala Terengganu, Terengganu
50. Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Negeri Kelantan
51. Hospital Kota Bharu, Kelantan
52. Hospital Kuala Krai, Kelantan
53. Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Negeri Sabah
54. Hospital Keningau, Sabah
55. Hospital Lahad Datu, Sabah
56. Hospital Likas, Sabah
57. Hospital Sandakan, Sabah
58. Hospital Tawau, Sabah
59. Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah
60. Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Negeri Sarawak
61. Hospital Bintulu, Sarawak
62. Hospital Miri, Sarawak
63. Hospital Sibu, Sarawak
64. Hospital Umum, Sarawak
65. Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
66. Hospital Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
67. Hospital Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putra Jaya
68. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur
69. Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
70. Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

RM2.2 billion in medicine trashed annually

KUANTAN, Mon:

More than half of the RM2.2 billion worth of medicines prescribed by government doctors and pharmacists gets thrown away every year. This shocking revelation was made today by International Islamic University (IIU) deputy rector (academic and research) Professor Datuk Dr Mohd Tahir Azhar.
Saying there was too much wastage of medicines by patients, he added: “Many patients do not follow the prescriptions or throw away the medicines when they assume that they have totally recuperated."

He said this money could be saved if there was a better pharmaceutical care service.

He was speaking at a one-day Pharmaceutical Care Workshop organised by the university at its branch campus here. It was opened by Health Ministry Pharmaceutical Services deputy director Zawiyah Mat Johor.

Dr Tahir said the role of community pharmacists was important as they could educate patients on the importance of the medicines prescribed to them.
"With better community pharmaceutical care, the pharmacists could do follow-up and advise patients on the medicines prescribed to them.”

Dr Tahir said IIU was cooperating with the Health Ministry to find the best system of community phamarceutical care.

"We are looking at the systems being practised in developed countries, particularly in Australia," he said.

Professor Patrick Ball of Charles Stuart University, Australia, said many patients did not take their medicines once they were free of the active symptoms.

He said some people, for example diabetes patients, needed to continue with their medication even if they did not show any symptoms.

He urged health professionals, particularly doctors and pharmacists, to work together.

IIU school of pharmacy dean Professor Datuk Dr Tariq Abdul Razak said that the university's pharmacy students were being groomed to have the skills to deal with the public.

"This is part of our preparation for the community pharmaceutical services as the students have to serve the government for a few years after they have graduated," he said.

Reference: http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/Frontpage/20090608154307/Article/index_html

Monday, June 8, 2009

Gambar Majlis Perkahwinan Matmin 070609 (Day 2)

Hari ke-2 di Kuala Terengganu bermula dengan aktiviti breakfast di rumah faris hanif (nama glamer = bunif) yg terletak di Tok Jiring.


Selesai breakfast, kami ke Stadium Sultan Mizan yang runtuh baru-baru ini. Gambar ini akan menjadi bukti dan sejarah sehingga beratus-ratus tahun akan datang, membuktikan member iiumrx6th pernah menjejak kaki ke stadium yang akan menjadi replika (ni kalau aku jadi PM, aku tak renovate dah, biar je macam ni pastu ubah-ubah skit supaya stadium ni boleh dipakai).

Kemudian, kami ke kampung Keropok Lekor untuk membeli keropok. Huh! Ramai giler orang kt kedai ni, sanggup beratur semata-mata keropok yang sedap.


Err.. Shamel (videographer) bersama melrose (nama videocam)











Kemudian, berkumpul di Masjid Terapung untuk bergerak sama-sama ke rumah matmin

Tiba di rumah matmin, makan, bergurau dan bergambar bersama.