Wednesday, June 17, 2009

Biasiswa JPA Pelajar cemerlang bukan bumiputera paling ramai

KUALA LUMPUR 16 Jun – Pelajar cemerlang bukan bumiputera merupakan paling ramai menerima biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu 68 peratus atau 282 orang berbanding pelajar bumiputera seramai 135 orang atau 32 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kumpulan pelajar itu merupakan 20 peratus daripada pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau 417 pelajar daripada keseluruhan 2,100 pelajar yang ditawarkan biasiswa berkenaan.

Menurutnya, kerajaan memberi jaminan bahawa pemberian biasiswa tajaan JPA kepada pelajar cemerlang adalah telus dan adil berdasarkan kepada meritokrasi tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.

“Pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian 9 A1 dalam SPM untuk berlaku adil kepada semua pihak kerana ada sekolah yang mengehadkan pengambilan sembilan mata pelajaran sahaja dalam peperiksaan tersebut.

“Berdasarkan perangkaan itu, tidak berlaku pelajar dianiaya disebabkan kulit mereka coklat, kuning atau hitam. Itu tidak berlaku, Yang Berhormat (Lim Kit Siang) kalau tak tahu, jangan cakap. Kerajaan berlaku adil dalam soal ini, kita tidak kira kaum, agama atau bahasa,” tegasnya.

Beliau menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP - Ipoh Timur) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kit Siang dalam soalan tambahannya mempersoalkan ramainya pelajar cemerlang di kalangan bukan bumiputera gagal memperoleh biasiswa walaupun sistem meritokrasi dilaksanakan.

Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Tan Ah Eng (BN - Gelang Patah), Mohamed Nazri memaklumkan bahawa kerajaan pada 14 Januari lalu memutuskan Dasar Penajaan 2009 di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) yang dibahagikan kepada empat kategori:

Kategori Satu – Kecemerlangan akademik

- Penajaan tanpa mengira latar belakang kaum dan sosioekonomi.- Pemilihan berdasarkan kecemerlangan akademik (85 peratus) yang mendapat gred 9 A1 dalam SPM bagi semua subjek teras, 10 peratus untuk kokurikulum dan kaitan subjek elektif dengan bidang yang dipohon dan lima peratus untuk kelebihan temu duga.
Kategori Dua – Populasi kaum

- Penajaan mengikut populasi semasa kaum, sekiranya ia tidak digunakan sepenuhnya untuk kaum tertentu maka ia akan diagihkan kepada kaum lain.- Pemilihan berdasarkan kepada kecemerlangan akademik iaitu sekurang-kurangnya gred 2A dalam subjek teras dan elektif (75 peratus), kokurikulum (10 peratus), latar belakang sosioekonomi (10 peratus) dan temu duga (5 peratus).

Kategori Tiga – Bumiputera Sabah dan Sarawak

- Sebanyak 10 peratus diperuntukkan untuk pelajar kedua-dua negeri tersebut, sekiranya ia tidak digunakan sepenuhnya maka ia akan diagihkan kepada kategori lain.

- Sekurang-kurangnya gred 2A kombinasi subjek yang bersesuaian dengan bidang pengajian yang dipohon dan lulus dalam semua subjek yang diambil iaitu (65 peratus), kokurikulum (5 peratus), sosio ekonomi (25 peratus) dan temuduga (5 peratus).
Kategori Empat – Golongan ketidakupayaan sosial

- Penajaan untuk pelajar bandar dan luar bandar daripada keluarga berpendapatan rendah.- Sekurang-kurangnya gred 2A kombinasi subjek yang bersesuaian dengan bidang pengajian yang dipohon dan lulus dalam semua subjek yang diambil iaitu (65 peratus), kokurikulum (5 peratus), sosioekonomi (25 peratus) dan temuduga (5 peratus).

sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

-mari kita fikir2kan............

4 comments:

Anonymous said...

pssssttt...nizam .untuk ap artikel ni ko postkan..x paham sgt la...ap yg kite perlu pikirkan?

Anonymous said...

perlu pk kita beruntung dpt jpa kot

nizam said...

sbb tu la aku srh fikir....jgn smp kita jadi pengemis d bumi sendiri...

Amalina Amri said...

klu xnak jd pengemis di negeri sendiri kne berusaha lah. skrg ni sume sistem meritokrasi. no gain without pain.