TIP TAP TIP TAP..
Semester ni dah hampir sampai ke penghujungnya. Ternyata sudah banyak yang kita lalui. Masam masin report dan midsem exam, pahit manis taska, parenting seminar dan family day. Semua telah diabadikan dalam photo2 kenangan yang menarik. Yang tinggal hanyalah warna-warni poster dan debaran final exam. Selepas itu, sekali lagi acara tahunan kita, Dinner Batch.
Telah dicari sekeliling Kuantan ni, ternyata komiti dinner kali ini tetap tertarik dgn tawaran New Horizon yang murah, variety dalam makanannya, kemudahan yang selesa dan lengkap, terlindung daripada cuaca yang tak menentu serta memenuhi kriteria privacy sesuatu function.
Jadi, bagi mengelakkan persamaan seperti tahun lepas, kami cuba menampilkan kelainan yang sebelumnya telah menyaksikan bagaimana sisters tampak vogue dgn busana masing2 manakala brothers tetap dgn konsep bersahaja. Jadi, kami cuba memberi options tema untuk diberi penekanan bagi menjadikan dinner kali ini setanding dan diingati sebagaimana family day kita baru2 ini. Berikut adalah pilihan yang diberi:
- Traditional : Kamu boleh mengenakan baju melayu, songkok, samping atau capal bg bro manakala kebaya dan baju kurung serta sepatu bagi sis.
- Warna : Atau mungkin kamu lebih selesa bersepakat memilih satu warna seragam untuk dinner kali ini.
- Batik : Sama ada kamu mahu mengenakan tali leher batik, baju batik, kaen atau selendang batik dan apa2 sahaja berunsurkan batik, semuanya terpulang ke atas keselesaan kamu.
- MalayaArab : Jubah, serban, kopiah, tarbus, mafla atau selendang. Gabungan dua unsur keislaman dari Tanah Arab dan Malaysia.
Kelainan yang kedua pula dari segi pengisian. Recall, tahun lepas telah kita tampilkan video, persembahan bro dan penyampaian hadiah penghargaan buat komiti kelas. Kali ini, mungkin award2 berkategori yang tidak diduga bakal menyusul. Hadiah untuk komiti yang kerja2nya semakin mencabar saban semester mungkin lebih bergaya sebagai tanda terima kasih daripada anak buah yang nakal. Persembahan mungkin memberi laluan kepada sisters yang berbakat, menyampaikan puisi, sajak, pantun atau seloka. Brothers pula masih ada yang belum menonjolkan bakat bermain instrument mereka.
Jadi, kami mengharapkan suggestion dan pendapat kamu semua tentang ini. Esok, insyaallah kalau tiada apa2 halangan, PM Dinner akan muncul membincangkan semula feedback awal kamu berkenaan perkara di atas.
This is the beginning of our big family
Batch Dinner 2009
"It's all about possibilities"
9 comments:
waa..konfem cambest..
1st-lawa.2nd-lawa.3rd-lawa.4th-mmg lawa.haha.tq shamel,ats inisiatif.jom kwn2 smua,lontarkan,ape2 idea mnrik utk agd kli ni,.puaskan ati kite smua yg dh mgharungi byk prog,report,keje2,exam spjg taun ni.
ak pk nk pakai bj ape....
aku rase tema traditional tu mcm best je...bj mlyu sepasang aku pk mase raye je kot..ade gak pluang nk pk lg....xde ah smpn dlm locker je...
Izani dgn Nadiah xnk bt persembahan ke??
diorg nk ke?
Err, dorang taknak kot.
apa kata, kita mintak Matmin buat persembahan SOLO TERAKHIR. haha
btol2,
ak sokong Izani!
mat min kna wat persembahan 'solo'
yg terakhr,
xksh la wt persembahan ape pm,
matmin xtau nk perform ape.nnti taun dpn,dh ade 'org baru',ak perform.ak wat team ngn izani& kluarga.haha
Post a Comment