Monday, May 30, 2011

Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)

SPUB IALAH:
Satu sistem pembekalan ubat-ubatan melalui preskripsi SPUB di mana pesakit boleh mendapatkan baki bekalan ubat seterusnya dari mana-mana fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tersenarai dalam Direktori SPUB KKM melalui sistem rujukan yang seragam di seluruh negara.


SPUB BERTUJUAN:

1. Untuk memberi kemudahan kepada pesakit mendapatkan bekalan ubat-ubatan dari fasiliti kesihatan KKM yang berdekatan dengan kediaman masing-masing.
2. Membekalkan ubat kepada pesakit melalui sistem rujukan yang seragam di mana-mana fasiliti kesihatan KKM.
3. Memastikan kesinambungan bekalan ubat-ubatan kepada pesakit bagi meningkatkan komplians terhadap pengambilan ubat-ubatan.

SKOP:

Sistem ini ditawarkan kepada semua pesakit yang mendapatkan rawatan dan menerima preskripsi jangka panjang dari hospital/klinik kesihatan/institusi KKM.

PRESKRIPSI JANGKA PANJANG :

Preskripsi untuk seseorang pesakit yang menerima rawatan untuk tempoh melebihi satu bulan.

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN ?

· Dapatkan rawatan dan preskripsi ubat
· Dapatkan bekalan ubat pertama dari farmasi di mana anda mendapatkan rawatan
· Bincang dengan anggota farmasi bagi mendapatkan bekalan ubat seterusnya di hospital/klinik kesihatan yang dipilih
· Pastikan preskripsi anda telah dicop dengan cop rujukan SPUB sebelum meninggalkan kaunter farmasi

SEBELUM MENGAMBIL BAKI BEKALAN UBAT SETERUSNYA, PASTIKAN :

· Semak tarikh bekalan ubat susulan yang dicatatkan dalam preskripsi
· Bawa preskripsi asal yang telah dicop dengan cop rujukan SPUB
· Pergi ke hospital/klinik kesihatan/institusi KKM yang dipilih untuk mendapatkan ubat

SPUB MEMUDAHKAN ANDA

Berdekatan dengan kediaman anda
Menjimatkan kos, pengangkutan dan masa
Bekalan ubat berterusan

MAKLUMAT LANJUT
Sila berhubung dengan staf Farmasi di hospital/klinik Kesihatan KKM yang berdekatan.

http://www.pharmacy.gov.my/index.cfm?&menuid=8

No comments: