Tuesday, May 31, 2011

Jenis Formulari

Terdapat tiga jenis Formulari yang digunakan di semua hospital dan klinik kesihatan
dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), iaitu

1)Formulari Ubat KKM - mengandungi senarai ubat-ubatan yang telah diluluskan oleh Panel Kajisemula Ubat KKM, di peringkat Nasional. Hospital, klinik kesihatan dan Institusi KKM hanya boleh menggunakan ubat yang tersenarai dalam Formulari Ubat KKM mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

2)Formulari Ubat Hospital - senarai ubat yang diluluskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Perolehan Ubat-ubatan/Jawatankuasa Ubat hospital berkenaan dan adalah berdasarkan Formulari Ubat KKM mengikut keperluan hospital tersebut

3)Formulari Ubat Kesihatan - senarai ubat yang diluluskan kegunaan di klinik-klinik kesihatan KKM yang juga berdasarkan kepada Formulari Ubat KKM.


Tujuan formulari :
1)Formulari ini adalah suatu pendekatan dasar dan pentadbiran untuk mengawal dan menggalakkan penggunaan ubat-ubatan secara rasional dan berkualiti di semua hospital, klinik dan Institusi di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

2)Senarai ubat yang terdapat dalam Formulari tidak bermaksud untuk menyekat penggunaan ubat yang baru tetapi ubat-ubat baru diperkenalkan secara terancang dan terkawal. Dengan itu perbelanjaan yang digunakan untuk perolehan ubatdapat dikawal dan membolehkan peruntukan kewangan yang ada digunakan secara optima .

Kegunaan ubat di luar dari Formulari Ubat KKM tidak dibenarkan kecuali telah mendapat kelulusan dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Bagaimana cara mendapatkan kelulusan tersebut??

http://www.pharmacy.gov.my/aeimages//File/Panduan_Kepada_Formulari_Ubat_KKM.pdf

p/s  - sudahkan kwn2 memiliki drug formulary KKM?? jika belum, boleh la dapatkan segera.

No comments: