Dari blog rahsiafarmasi (http://www.rahsiafarmasi.com/panduan-prp-provisionally-registered-pharmacist-pegawai-farmasi-u41-bidang-farmasi-kerja-farmasi-kerajaan/ump-1malaysia/) :
Syarat
Dengan syarat, ubat tersebut adalah bekalan susulan ubat kepada pesakit tersebut.
Pertama kali sudah diambil di farmasi pesakit luar. Pesakit juga faham tentang cara mengambil ubat tersebut. Ubat tersebut juga perlulah dari jenis yang boleh dipos. Maksudnya, jenis pil atau tablet, tidak mudah rosak dengan kepanasan atau haba.
Penting
Apa yang perlu pesakit tahu, caj RM5 atau RM6 perlu dibayar kepada posmen setelah mendapat kiriman ubat tersebut di rumah. Harga bergantung kepada tempat (semenanjung Malaysia atau Sabah dan Sarawak), dan juga berat bungkusan ubat tersebut.
Cara
Pegawai farmasi yang bertugas hanya perlu menerangkan perkhidmatan ini kepada pesakit berpandukan risalah yang ada. Kemudian, isi borang yang disediakan. Yang penting ialah nama, MRN, alamat, no telefon pesakit, tarikh preskripsi, jangka masa bekalan ubat untuk pertama kali, tarikh untuk bekalan seterusnya.
No comments:
Post a Comment