Sunday, February 1, 2009

NATIONAL PHARMACY SPORT CARNIVAL (NPSC) 2009

NPSC ialah karnival sukan yang diadakan setiap tahun untuk pelajar2 farmasi seluruh Malaysia. Tahun ini, karnival tersebut telah diadakan di UiTM Shah Alam pada 31 Jan lepas iaitu pada hari sabtu. Dari IIUM kuantan, seramai lebih kurang 60 orang telah dihantar untuk mewakili dalam tujuh permainan.


Kami telah bertolak ke UiTM pada hari Jumaat pukul 3.00 petang. Terpaksalah kami ponteng kelas petang tu. Kami sampai di Shah Alam lebih kurang pukul 9.00 malam. Sampai tu singgah dulu dirumah seorang senior 4th year bernama Zaki. Kat sana, makan-makan dan berehat dulu sebelum pergi ke UiTM. Yang menariknya, rumah dia tu macam sebuah galeri lukisan. Banyak lukisan abstract yang dilukis hasil kerja ayahnya. Rumahnya pun menarik jugak. Designnya begitu pelik tapi menarik. Siap ada rumah bawah tanah lagi. Tak bawah tanah pun, cuma tingkat bawah rumah tu macam berada kat bawah tanah.


Lepas kenyang makan-makan kat situ, kami pun bertolak ke UiTM Shah Alam. Kami agak terpegun dengan keadaan dalaman, kemudahan dan betapa besarnya UiTM tu. Dah sampai sana, ingat boleh berehat dan tidur terus, rupa-rupanya ada lagi satu kampus cawangan UiTM kat Puncak Perdana, 25 minit dari kampus induk. Penginapan semua kat situ. Lepas habis check in dan dengar briefing, dekat pukul 12 barulah kami boleh masuk bilik masing-masing. Aduh letihnyaaa.


Esoknya pukul 7 pagi, kami bersiap untuk melaksanakan tanggungjawab kami sebagai harapan UIA. Kami pun bertolak ke kampus induk tadi. Permainan berjalan sebaik sahaja habis proses pendaftaran. Mula pukul 9.00pagi sampailah pukul 4.30petang. Tu pun ada lagi game tak habis, badminton final. Ingat kami nak tengok sampai habis, tapi kami disuruh pergi ke Dewan Seri Budiman untuk program perasmian penutup.


Secara keseluruhannya, IIUM kuantan berjaya menduduki tempat kedua selepas UiTM dan USM di tempat ketiga. Daripada tujuh game yang kitorang masuk, lima game kitorang berjaya mendapatkan pingat.


Antara pingat yang telah berjaya dimenangi ialah:


Gold medal-

1. Volleyball (Lelaki)

2. Volleyball (Perempuan)

3. Badminton (Lelaki)

Silver medal-

1. Chess (Perempuan)

Bronze medal-

1. Tennis (Lelaki)

2. Tennis (Perempuan) x 2

3. Futsal (lelaki)

4. Badminton (Perempuan)

Total- 9 pingat


Terima kasih la kepada semua yang telah memberi sokongan. Diharap tahun-tahun akan datang banyak lagi penyertaan daripada batch kita ni. Tahun depan NPSC akan diadakan di Management and Science University, di Shah Alam. Bersedialah mengasah bakat dari sekarang!

14 comments:

Unknown said...

bersedialah wahai pemain-pemain chess sekalian, jgn kalah lagi sudah...

Anonymous said...

bdk2 basket bleh berlatih untuk blsah bdk2 uitm ye...

AUTONAZINE said...

Atas ni cinok ke?

AUTONAZINE said...

Chess kitorang ade gak menang. menang dua round drpd lima.

Anonymous said...

budak2 2nd year perempun di manakah anda???? seb baik nadia dgn lif ade...diharapkn penyertaan lebih dari korang thn depan...blaja2 gak tp jgn la smp x bsukan langsung...hahahaha

Anonymous said...

batch2 senior kite lagi sket bilangan budak pempuan die kan?tapi nape batch diorang boleh je hantar lebih daripada DUA peserta pempuan nak dibandingkan dengan batch kite yang ramai perempuan..ke manekah anda wahai kaum2 perempuan..study je ke?apepun syabas kepade brothers batch kite ni yg berjaye membantu team p'macy uia menggondol pingat..keep it up!!!

Anonymous said...

tahniah kpd mereka yg berjaya mendpt pingat. sesunggahnya pingat itulah bukti kesungguhan kamu semua untuk mendpt kemenangan. Teruskan usaha anda dan pastikan kecemerlangan di tangan anda! COngrate!

Anonymous said...

emm,, btol gak,,, sis class kte kurng paticipate sket.. congrtaz to nadiah yg dapat 2nd place nadiah... and lif yg dapat 4th pace... kepada brothers. keep ur good work ==

Anonymous said...

sori pada bdk2 basket... ni sebab ketamakan uitm untuk dapat 1st place overall... tahun dpn ade lagi... ==

AUTONAZINE said...

Harap-harap interbatch kali ini dapat membuka peluang kepada sape2 yg nk mononjolkan bakat2 sisters atau brothers.

Anonymous said...

nape xde basket!!
uitm sgt pelik!!

skejap ckp xde..
last2 minit ckp ade lak tuh..huh
kejam2..

Anonymous said...

aku nak maen ping pong .
kenape takder????

IIUM Pharmacy 6th Batch said...

congrate!

Anonymous said...

erk..aiko..
kte ckp psl uitm la..uhuh..=P