Demi mengikuti perkembangan dunia masa kini, tanpa sempadan dan juga perancangan jangka panjang pembangunan & penggunaan internet oleh masyarakat Malaysia khususnya pelajar farmasi 6th batch, iiumrx6th melancarkan kempen blogging, 1 orang 1 blog. Kempen ini bertujuan untuk :
1-Mengasah bakat menulis. Siapa tahu ada antara kita akan menjadi penulis terkemuka nanti. Belum cuba belum tahu.
2-Menajamkan skill komputer dan internet secara tidak langsung.
3-Yang ini paling penting – merapatkan hubungan antara kita. Mari kita memaksimumkan penggunaan blog ini bukan sahaja untuk mendapatkan informasi terkini malah ia dapat menghubungkan kita semua menjadi rangkaian kuat yang susah diceroboh oleh ‘musuh dalaman atau luaran’.
Mereka yang belum ada blog, boleh mencuba.Tidak salah untuk mencuba. Langkah yang senang dan mudah. Bagi mereka yang selalu akses internet, amat digalakkan. Marilah sama-sama kita berfikiran positif dengan menyahut kempen ini. Janganlah antara kita yang berfikiran negatif dengan menganggap blog membazir masa, menyebarkan fitnah, mencetuskan pergaduan dan macam-macam lagi. Setiap perkara ada kebaikan dan keburukan. Ambillah yang baik dan buangkan yang keruh. Kempen ini adalah untuk jangka masa panjang yang akan ‘berguna’ apabila kita semua sudah graduate, percayalah…
Nanti kalau dah ada blog, promote la yer =)
Antara provider blog yang popular : blogspot.com or wordpress.com
P/s - kempen ini dilancarkan bersempena tamatnya midsem exam dan inilah waktu yang sesuai kerana berdasarkan statistic analysis blog ini, traffic bertambah dengan mendadak selepas exam, awal semester, awal cuti semester dan juga selepas program diadakan. Semoga dengan pembaca yang bertambah, kempen ini diterima semua.
Gambar diambil dari (akan diupload kemudian, internet slow):
http://www.innovationfactory.nl/blog/wp-content/uploads/2008/07/blogging.JPG
http://itc.blogs.com/photos/uncategorized/blogging_by_eddie.jpg
No comments:
Post a Comment