Last week, we learnt few topics for three days (after long CNY holidays). Last week is also the most hectic week so far due to reports. Forget about the reports, let’s concentrate on our midsem. exam which is around the corner. These are what have been covered last week :
Week 6
1.Myocardial Infarction – Prof. Tariq
2.Acid-Base Balance – Prof. Noriah
3.Vulvular Heart Disease – Prof. Abbas
4.Rheology – Bro. Sufian
5.Respiratory Function – Prof. Noriah
6.Probiotics and Prebiotics – Dr. Retno
7.Diuretics – Prof. Tariq
8.Phenolics – Dr. Retno
9-Florescence and Phosphoflorescence – Dr. Helal
10.Antioxidant Practical – Group 2
Mari sama-sama kita menuju kejayaan. Sesungguhnya kejayaan tidak datang begitu sahaja. Tanamkan dalam diri kita untuk menyayangi ‘musuh-musuh’ kita diluar sana yang jauh lebih hebat daripada kita dari semua aspek, ekonomi, teknologi, perubatan dan sebagainya. Kita semua bakal ahli farmasi. Adalah harapan kita semua untuk menjadi farmasi yang hebat. Ibu bapa kita menaruh harapan yang tinggi terhadap kita. Lecturers mengharapkan kita buat yang terbaik. Semua orang menaruh harapan kepada kita. Janganlah kita mengecewakan mereka.
Kita jangan fikir kita berada di zon selesa kerana zon selesa itulah sebenarnya penyebab kita menjadi malas. Yang dimaksudkan di sini adalah kita semua sudah pun berpeluang belajar di UIAM yang begitu canggih kemudahannya. Lagi-lagi, apabila pilot plant kulliyyah kita beroperasi tidak lama lagi. Biasiswa dapat, penginapan asrama disediakan dan bermacam-macam lagi. Kita harus bersyukur dengan segala kemudahan ini. Ramai yang sengsara di luar sana. Marilah sama-sama kita belajar bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa masyarakat kita bukannya tidak mengenang jasa atau pemalas sebanarnya. Apabila tamat belajar, kita semua insyaallah akan dapat menabur bukti kepada masyarakat kita. Masa depan negara ini terletak pada kita semua. Jika kita malas, bodoh dan jahil, tidak mustahil kita akan dijajah lagi. Marilah mempertahankan maruah negara kita! Sayangi agama, negara dan bangsa kita. Semoga, kata-kata mingguan ini selalu tersemat di hati semua orang termasuk saya.
No comments:
Post a Comment