Intan Abdullah dan Anis Nazri Wed | Aug 20, 08 | 5:15:35 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Hrkh) - Permohonan Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk mengekalkan pakaian rasmi Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-25 iaitu jubah hijau beserta songkok ditolak pihak universiti. Dalam satu pertemuan wakil SRC dengan Timbalan Rektor Bahagian Akademik dan Penyelidikan, Prof Dato' Dr Md Tahir Azhar bersama Presiden SRC, Muhamad Adib Hatim, Timbalannya, Nor Hafizah Ismail dan Abdul Hayyi Salim pihak universiti bertegas mahu meneruskan pembaharuan yang telah dirancang dengan alasan ia adalah sempena ulang tahun universiti tersebut ke-25. Mengulas mengenai keputusan pihak universiti itu, Adib berkata pihaknya kesal dengan ketetapan yang diambil memandangkan alasan yang tidak dapat diterima pihak mahasiswa. "Kami kesal kerana pihak universiti menolak pandangan kami sedangkan yang hendak mengenakan pakaian tersebut adalah kalangan mahasiswa, bahkan dengan kos RM2.1 juta yang dihabiskan, ianya suatu pembaziran," katanya kepada pemberita. Tambahnya, dalam pertemuan bersama pihak universiti sebelum ini pihak universiti juga tidak mahu mengiktiraf petisyen yang dihantar dengan alasan jumlah tersebut terlalu sedikit bagi mewakili sejumlah 25,000 mahasiswa UIAM lain. Sempena majlis Istiadat Konvokesyen kali ini, pihak UIAM telah membuat pembaharuan pakaian penerima ijazah iaitu jubah yang berwarna hijau sebelum ini kepada warna biru turquoise dan songkok atau tudung putih kepada topi mortar. Harakahdaily mendapatkan pandangan Md Tahir selepas pertemuan bersama wakil SRC untuk menjelaskan pendirian dan reaksi beliau ekoran permintaan mahasiswa terhadap pembaharuan yang dibuat. "Pihak universiti telah terlebih awal merancang membuat keputusan ini selain menyelaraskan pakaian ini dengan Institusi Pengajian Tinggi," katanya. Beliau turut menafikan terdapat unsur pembaziran dengan kos RM2.1 juta untuk tujuan penambah baikan ini. "Saya tahu bukan mahasiswa sahaja tidak bersetuju, bahkan pensyarah dan kakitangan pun ada yang bantah pembaharuan ini. "Ianya bukan bermaksud membuang nilai Islam dalam majlis istiadat tahunan ini, tetapi ia adalah proses biasa," ujarnya. Ditanya mengenai pertemuan sebelum ini bersama wakil pimpinan mahasiswa, beliau menegaskan bahawa tidak semua perkara perlu dibincangkan bersama mereka. Md Tahir turut menerangkan bahawa pakaian rasmi yang digunakan pada majlis konvokesyen sebelum ini akan dijual kepada pembeli tertentu, namun enggan mengulas lanjut mengenai urusan pembeliannya. Dalam pertemuan ringkas di pejabatnya, beliau menerima petisyen dan referendum mahasiswa UIAM yang mendesak dibatalkan perlaksanaan pembaharuan tersebut dengan alasan ia adalah identiti UIAM yang tersendiri. Mereka turut membantahnya dengan alasan pembaziran akibat kos yang tinggi digunakan bagi tujuan itu. Kajian mengenai pembaharuan ke atas 4,000 mahasiswa UIAM juga mendapati 83 peratus daripadanya tidak bersetuju dengan pembaharuan tersebut. Namun, Md Tahir tetap menegaskan reaksi mahasiswa yang mahu mempertahankan itu adalah disebabkan mereka masih bernostalgia dengan kenangan lalu selain terpengaruh dengan rakan-rakan dalam menyatakan pendirian. "Kalau nak kata ia bukan imej Islam, kita tak perlu adakan majlis secara besar-besaran seumpama sebelum ini. "Buat penyerahan skrol sahaja kerana ia adalah cara kristian, lebih memudahkan pihak universiti," katanya lagi. Ditanya pemilihan masa perubahan ini dibuat, beliau berkata ia adalah sempena ulang tahun ke-25 kampus tersebut. "Kalau kita buat tahun depan, orang tanya kenapa tak buat tahun ini," ujarnya lagi. Namun, ia menimbulkan tanda tanya kepada mahasiswa memandangkan kampus berkenaan telah 25 tahun ditubuhkan yang pada ketika itu IPT lain telah pun memiliki pakaian rasmi kononnya kini baru sahaja mahu digunakan oleh UIAM. Kira-kira 200 mahasiswa berkumpul di perkarangan masjid UIAM membantah tindakan pihak universiti melaksanakan pembaharuan pakaian rasmi majlis konvokesyen kali ini. Mereka diarahkan bersurai oleh pihak keselamatan universiti sebaik azan Zohor berkumandang. Menurutnya, majlis istiadat konvokesyen tahun ini akan melibatkan sejumlah 4119 mahasiswa. - mns_ |
Wednesday, August 20, 2008
Sad to say... =(
MPP UIA mahu pakaian konvokesyen lama dikekalkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tah hape-hape la. Orang dah kate membazir tu, membazir la.. lempang nak??
saya sokong Dr Tahir
Post a Comment