Thursday, August 14, 2008

I-Quest

UIAM anjur festival kesihatan, sains dan teknologi esok

14/08/2008 12:13pm

KUANTAN 14 Ogos - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan mengadakan satu festival mengenai kesihatan, perkembangan terbaru dunia sains dan teknologi di Dataran Kuliyah Perubatan Kampus UIAM Indera Mahkota pada 15 hingga 17 Ogos ini.

Penolong Pengarah Bahagian Aktiviti Pelajarnya, Mohd. Danial Jamaludin berkata, festival yang diberi nama I-Quest 2008 itu bertujuan menyediakan landasan maklumat kepada masyarakat yang berminat pada kesihatan, sains dan teknologi.

``Festival ini merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UIAM dan akan diadakan bermula pukul 3 petang hingga 10 malam pada 15 Ogos ini.

``Pada 16 dan 17 Ogos, festival itu akan dibuka kepada orang ramai bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. - Utusan