Wednesday, January 7, 2009

Sedih.

Ketika risalah tentang Gaza diedarkan di dalam kelas tadi saya terdengar; "apa Gaza2 ni, bukan boleh dapat apa pun. Menyemak je" Sedih dan Geram! Mengapa seolah2 hilang sifat kasih sayang dalam diri saudara tadi. Apakah dengan hilangnya lebih 500 nyawa saudara seIslam kita, tidak terdetik langsung rasa untuk membantu walau cuma secebis doa dan simpati? Hatta walau untuk membuka mata, mencelik hati, mengguna akal sedikit saja untuk menelaah risalah Gaza yang sudah disiapkan? Pun tidak mahu. Sedih2x! Cepat2 saya buang perasaan yang mula bercampur baur, lalu cuba diganti dengan sangkaan2 baik terhadap sahabat tadi. Mungkin bukan maksudnya untuk mengungkap semua itu. Atas keadaan emosi yang kurang stabil mungkin kata2 itu dilafazkan dalam keadaan separa sedar. Selama saya mengenalinya beliau sangat mengasihi insan2 disekelilingnya, terutama yang satu bertakhta di hatinya. Apapun mungkin gambar muka depan akhbar utusan hari ini dapat untuk 'menyentap' kembali nuraninya dan kita semua untuk menjiwai penderitaan umat Islam Gaza. Ya Allah berilah hidayah kepada kami, sesungguhnya kami tidak mengetahui...

MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam.

HEBAHAN UMUM.

2 comments:

mutiara bd said...

Kadang-kadang kita hairan kenapa kita perlu ambil tahu tentang PAlestin?..
Dulu penulis pun mempersoal perkara ini.. Setelah mencari dengan sabar,Inilah jawapan yang penulis temui:

1-"Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil haram ke masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia MAha Mendengar lagi Maha MElihat". Surah Al-Isra: 1 (Kepentingan tanah ini sehingga ia dipilih Allah menjadi tempat Nabi saw di Mi'rajkan)

2-TAnah Palestin termasuk Gaza adalah bumi para anbiya. RAmai nabi yang kita percaya datang dari tanah palestin..

3-TAnah Palestin adalah tanah umat Islam seluruh dunia. Ia diwakafkan untuk seluruh umat Islam. Jika "apa-apa" terjadi, menjadi tanggungjawab umat Islam seluruh dunia untuk bertindak. Bukan hanya tanggungjawab bangsa Palestin..

4-Orang yang berjuang di Palestin adalah antara orang yang di sebut dalam satu hadith nabi.. Mereka memang orang yang sangat mulia..(tapi ana tak ingat macam mana matan hadith tu -salah satu dari lagu muadz). Rugi jugak kalau kita ridak bersama-sama mereka untuk berjuang..

5-Umat Islam umpama satu badan, satu sakit, yang lain pun sakit jugak. Dah kalau Palestin kena serang takkanlah kita nak duduk sedap-sedap makan McD, tgk wayang kot? Waduh-waduh..

Macam kita, bila orang yang sangat bererti dalam hidup kita jatuh sakit atau ditimpa musibah.. Kita tidakkan boleh berdiam diri sahaja melihat "dia" begitu.. kecuali kita pun sama ditimpa musibah..

AUTONAZINE said...

Semoga Allah membuka hati kita untuk membantu meringankan kesusahan rakyat Palestin.