Friday, October 2, 2009

Tabung Kemanusiaan Sumatera

Jamuan Raya tadi, Aizuddin (bakal Presiden IPHA) memaklumkan kampung Dr. Taher di Sumatera musnah akibat gempa bumi yang melanda kelmarin.

Oleh yang demikian, saya dengan persetujuan Din ingin menggerakkan Tabung Kemanusiaan Sumatera di kalangan ahli-ahli IIUMRX6TH. Insya' ALLAH, kutipan wang akan diadakan selewat-lewatnya pada hari Isnin depan. Segala sumbangan kawan-kawan akan disalurkan kepada Malaysian Relief Agency (MRA).

Saya juga mencadangkan kepada mereka yang berautoriti di dalam IPHA agar menubuhkan satu Tabung Kemanusiaan Sumatera di peringat Kuliah Farmasi. Mungkin boleh juga diadakan penyerahan hasil kutipan kita ini kepada wakil MRA sempena Eid Gathering IPHA minggu hadapan.

Moga usaha kecil kita ini dinilai ALLAH sebagai amalan yang baik.

P/s: Sila lawati laman web MRA untuk perkembangan selanjutnya.

1 comment:

aizuddinmn said...

oit..che am..slumber je..ish2...dan sedikit makluman..insyAllah biro welfare IPhA akan memulakan kutipan sumbangan tabung kemanusiaan sumatera hari isnin ni..