Monday, October 19, 2009

Kuantan Water Supply Interruption Press Statement


Thursday, 15 October 2009 00:00

KENYATAAN MEDIA

Jabatan Bekalan Air Pahang ingin memaklumkan bahawa gangguan bekalan air akan berlaku di daerah Kuantan :-

i) Tarikh : 20 OKT 2009 (Selasa)

ii) Jam : 7.30 Pagi hingga 11.30 malam

Gangguan bekalan air ini adalah disebabkan kerja-kerja pengalihan dan pengubahsuaian paip 1600mm untuk pembinaan Jalan Masuk ke Kota Sri Ahmad Shah

Kawasan-kawasan yang terputus bekalan air adalah seperti berikut :-

- Perindustrian Semambu dan seluruh kawasan perumahan Semambu
- Politeknik Sultan Ahmad Shah
- Seluruh kawasan sepanjang Jalan Beserah daripada Simpang Jabatan Ukur hingga Sg. Karang
- Seluruh kawasan Alor Akar, Kubang Buaya, Sri Kuantan, Medan Tok Sira,
Teluk Chempedak dan Tembeling Resort
- Seluruh kawasan Indera Mahkota, Bukit Istana dan Kg. Tiram
- Seluruh kawasan sepanjang Jalan Sg. Lembing dari Kg. Kobat hingga Kg. Atong
- Seluruh kawasan Bukit Rangin, Kg. chendering, permatang Badak dan Kg. MPK
- Seluruh kawasan Sg. Isap
- Seluruh kawasan Taman TAS
- Seluruh kawasan sepanjang Jalan Gambang dari Jambatan Tanah Putih hingga Persimpangan
Lebuhraya Tun Razak
- Seluruh kawasan Jaya Gading
- Kem Batu 10
- Penjara Penor
- Seluruh kawasan sepanjang Jalan Kuantan-Pekan
- Seluruh kawasan sepanjang Jalan Tanjung Lumpur hingga Kg Ubai termasuk Kg Soi, Penor,
Tanjung Lumpur
- Berjaya Permai, Sepat, Cheruk Paloh dan Ubai.


Kawasan-kawasan yang akan mengalami tekanan air rendah adalah seperti berikut :-

- Seluruh kawasan sepanjang Jalan Kuantan-Kemaman termasuk kawasan Taman Dato Rashid,
Kg Jeram, Balok,
- Kawasan Perindustrian Gebeng, Kawasan Pelabuhan Kuantan, Kg. Selamat, Pelabuhan,
Baging, Aspa Cottage,
- Sg.Ular, Cherating dan Chendor

Jabatan Bekalan Air Pahang menyediakan tempat - tempat mengambil air di kawasan berikut :-

- Stadium Darul Makmur
- Masjid Chenderawasih
- Taman Bukit Setongkol
- Loji Air Bukit Goh
- Rumah Pam Kem Infantari Batu 10

Tangki-tangki statik juga akan di tempatkan di lokasi strategik di kawsan terlibat.

Para pengguna adalah di nasihatkan berhemah menggunakan air dan menyimpan air secukupnya sewaktu tempoh gangguan ini.

Bagi pengguna yang memerlukan pengambilan air kecemasan(kematian, kenduri dan sebagainya) bolehlah menghubungi kami di talian 09-5121199

Kami memohon maaf atas gangguan tersebut.

Pengarah
Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang

"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

2 comments:

Anonymous said...

im 6 kene x?

Anonymous said...

kene, kene tadah air, hahahaha





- im6