Tuesday, October 13, 2009

Jadual Esok!

830 - briefing OSCE Pharm. Pract III by Mdm Siti Halimah
9 - Age-related condition Dr. Mokhlesur
1030 - Biotech Dr. Farah
1130 - Tutorial Mdm ROhani
2pm - CP1 Bro.Shazly
3pm - CP1 Sr. Syahiera


Esok perlu submit : Assignment P.K

Selingan motivasi ....>>>


Salam ceria, salam sayang, salam persahabatan buat Anda, Moga hari ni Anda sihat hendaknya.

Hari ni mari bersama-sama memperbetulkan diri, mana tahu ada perangai kita di masa lalu yang tak betul lalu menimbulkan situasi yang kurang betul. Selama namanya kita manusia biasa, tak ada orang yang perangainya semua betul, mesti ada yang salah sikit-sikit, silap sikit-sikit. Jadi, dari kesilapan itulah kita belajar apa yang betul, lepas tu kita buat betul-betul.

Dalam keluarga, ada adik beradik kita yang perangainya betul dan ada yang perangainya kurang betul, maksudnya kurang bagus. Dalam diri kita sendiri ni pun, kekadang ada satu masa kita bagus, attitude kita bagus. Pada masa yang lain, attitude kita jadi kurang bagus, kita jadi kurang bagus.

Dari situlah kita kena memahami cemana nak kawal perasaan kita, emosi kita. Yang dinamakan betul, biasanya yang positif, yang mendatangkan hasil-hasil positif. Orang yang mencapai kejayaan, dulu dia tak semua betul, ada saja perbuatannya yang salah, ada saja usahanya yang silap.

Tapi yang membuatkan diri jadi orang berjaya adalah kerana dia belajar perkara yang betul lepas tu dia buat. Sesetengah orang, dia belajar perkara yang betul, dia faham tapi dia tak buat. Hasilnya berbeza. Walaupun dia tahu perkara yang betul tapi yang ruginya dia tak buat, kesannya tak dapatlah hasil yang betul.

Gitu juga dengan perangai positif. Orang kita dah ramai tahu sikap positif tu cemana - perangai bagus, hati bagus, kata-katanya bagus, tapi sendiri tak buat, kekadang lupa. Bila kita bergaul dengan orang yang perangainya kurang positif, perangai kita pun akan jadi macam tu juga, berubah tanpa kita sedari. Kita cepat terbiasa dan pada pandangan kita, perubahan itu normal sedangkan pada hakikatnya tidak.

Mulai hari ni, kita kena berubah ke arah kebagusan, kebagusan dalam ibadah, dalam kekeluargaan dan dalam perniagaan, bagi Anda yang bergelar usahawan. Ingatkan diri sendiri supaya berperangai bagus, terus berubah ke arah kebagusan walaupun sendiri dah mencapai tahap yang sememangnya bagus.

Baguskan lagi tahap yang dah sememangnya bagus. Kan ke dalam laungan azan tu 5 kali sehari, kita seru supaya menuju kejayaan lalu mengajak orang turut sama lain menuju kejayaan? Agama kita sendiri awal-awal dah mengajak kita supaya menuju kebagusan, kerana kebagusan menemukan kita dengan kejayaan-kejayaan.

Usah cepat berpuas hati dengan pencapaian sedia ada. Gapai lagi pencapaian lebih tinggi, selagi termampu.

Percayalah kita ada potensi untuk sampai ke tahap itu. Apa yang minda kita percaya kita boleh buat, tubuh badan kita akan mengikut. Set dalam minda Anda mahu jadi orang rajin, maka itulah yang akan jadi.

No comments: