KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS
Anjuran Bersama :
AMAN PALESTIN BERHAD & PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA)
9 MEI 2009
8 pagi – 5 petang
Dewan Merdeka
Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC
Siapa Panelis?
Dr. Muhsin Saleh
Pengarah El Zaytouna Centre for Studies and Consultations di Beirut, Lubnan
Profesor Sejarah dan Kontemporari Arab Moden
Dr Azzam al-Tamimiy
Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam di London
Dr. Roslan bin Mohd Nor
Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya
Phd Kajian Jurusalem – Islam
Kenapa mesti datang?
Menunjukkan kesungguhanan dan solidariti bersama pejuang dan rakyat Palestin untuk membebaskan bumi Anbiya’ iaitu Palestin daripada cengkaman Zionis - Israel. Mendapatkan kefahaman tentang empayar “Israel Raya” yang sedang dibina oleh Zionis, serta ancaman bahayanya kepada ummat Islam khususnya, bahkan dunia amnya. Mendapatkan kefahaman tentang propaganda dan dakyah negatif Zionis kepada ummat Islam, bahaya yang dibawanya serta langkah menghadapi ancaman propaganda Zionis itu. Mendapatkan kefahaman bahawa akhirnya usaha Zionis hanyalah sia-sia dan pasti menuju kehancuran, bahkan mereka sedang menuju kehancuran. Mendapatkan kefahaman bahawa perjuangan jihad ummat Islam seluruh dunia terutama dalam membela Palestin akan berjaya, bahkan ia adalah sesuatu yang pasti kerana telah dijanjikan oleh Allah swt. Menunjukkan solidariti dalam mencabar Zionis di persada media antarabangsa bahawa kita ummat Islam bukanlah lemah, bahkan kita sedang bangkit. Biar Zionis terkejut dengan cabaran kita bahawa ‘Agenda Zionis Akan, Bahkan Pasti Berakhir’. Jom datang sertai 3,000 atau lebih peserta konvensyen. Tunjukkan solidariti mencabar Zionis laknatullah!
Apa yang menarik?
Mari bersama-sama mendengar amanat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, Y.B Mej. Jen. Dato’ Haji Jamil Khir bin Haji Baharom berhubung agenda Zionis dalam Ucapan Perasmian beliau di konvensyen ini. Mari bersama-sama mendengar pembentangan yang insyaAllah sangat menarik daripada 3 panelis yang sangat pakar dalam isu Zionisme, lagi masyhur di persada antarabangsa dan nasional. Salah seorang panelis adalah anak Malaysia. Inilah semangat anak Malaysia untuk dein Allah Islam dan bumi para ambiyak Palestin.
Dr Roslan Mohd Nor adalah anak Malaysia, pakar isu Zionisme yang dimaksudkan, kini Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya adalah pemegang PhD dalam bidang Kajian Jerusalem-Islam, Aberdeen University, Scotland.
Panelis kedua ialah Dr Azzam At-Tamimiy, Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam, London yang Kerap muncul sebagai pengantara di rangkaian satelit Bahasa Arab iaitu al-Jazeera dalam bahasa Inggeris dan Arab. Beliau pernah menjadi ‘visiting’ Profesor di Universiti Kyoto (2004) dan Universiti Nagoya(2006) dan telah menerbitkan beberapa buah buku termasuk Democrat within Islamism (Oxford University Press, New York 2001), Islam and Secularism In The Middle East (Hurst London dan NY University Press, New York, 2000) dan HAMAS, The Unwritten Chapter.
Panelis ketiga ialah Dr Mohsen Saleh, Pengurus Besar Pusat Penyelidikan dan Perundingan Al-Zaytouna, Beirut, Lubnan. Mantan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini adalah Profesor Sejarah Kontemporari dan Arab Moden, pernah menjadi penerima Anugerah Bait-Al-Maqdis untuk Ilmuwan Muslim Muda oleh Islamic Research Academy, UK. Pakar kajian Palestin ini adalah juga pembantu editor untuk 15 buah buku, editor laporan tahunan Palestinian Strategic Report dan akhbar elektronik Palestinian Today sebanyak lebih daripada 1400 keluaran.
Di konvensyen ini, apa nak dibincangkan?
- Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel
- Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis Terhadap Dunia Sejagat.
- Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Musuh Zionis
- Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan.
- Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini.
Jom daftar sekarang!
Sebelum 3 000 tempat duduk penuh
Cara 1 : Tel 03 8926 7019 Nyatakan penyertaan KBAZ, Nama Penuh dan No IC
Cara 2 : Fax 03 8925 9963 Nyatakan KBAZ, Nama Penuh dan No IC
Cara 3 : Email kbaz2009@yahoo.com Nyatakan KBAZ, Nama Penuh dan No IC
Cara 4 : Sms 019 607 7372 Nyatakan KBAZ, Nama Penuh dan No IC
Bayar masuk RM10 semasa hadir
Lawati www.kbaz.net
Aturcara
Sabtu 9 Mei 2009
8.00 – 8.30 pg Pendaftaran Peserta
8.30 – 9.30 pg Pembentangan 1 – Dr. Roslan bin Mohd Nor
(Kejatuhan Islam Dan Kewujudan Negara Israel)
9.30 – 10.00 pg Kehadiran VVIP / VIP
10.00 – 10.45 pg Majlis Perasmian
Ucapan Alu-aluan
Ustaz Abdullah Zaik bin Abd Rahman
Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia ISMA
Ucapan Perasmian
YB Senator Dato’ Mejar Jeneral (B) Jamil Khir b Baharom
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
10.45 – 11.00 pg Jamuan VVIP / VIP & Jamuan ringan peserta
11.00 – 12.00 tgh Pembentangan 2 - Dr. Azzam al-Tamimiy
(Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis Terhadap Dunia Sejagat)
12.00 – 1.00 ptg Pembentangan 3 – Dr. Muhsin Soleh
(Hakikat Zionis dan Agenda Yang Dipropagandakan)
1.00 – 2.00 ptg Rehat / Makan / Solat
2.00 – 3.00 ptg Pembentangan 4 – Dr. Azzam al-Tamimiy
(Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Musuh Zionis)
3.00 – 4.00 ptg Pembentangan 5 – Dr. Muhsin Soleh
(Kebangkitan Islam Di Palestin Dan Status Agenda Zionis Masa Kini)
4.00 – 5.00 ptg Majlis Penutup / Ucapan Penangguhan dan Bersurai oleh
Dr. Kamil Azmi bin Tohiran
Presiden Persatuan Belia Islam Nasional PEMBINA
17 comments:
jauh la..rugi2
salam,
sori nyampuk,
jauh pn ape salahnye kte datang kn?
anggap la saudara kte kt palestin tu mcm sahabat2 kte gak,
klu kte snggp bersuka ria pegi ke kenduri kawin kawan kita sbgi tanda persahabatn,
anggap la pegi KBAZ ni mcm tu gak, kte support sahabat kte kt sane,diorng pn mesti happy ble dngr kte jauh di malaysia ni alwayz support diorng,sokong & simpati ngn perjuangan & penderitaan diorng,
at least tu la yg kte mampu buat buat mase ni, InsyaAllah.,
sekadar pandangan.,
jom kita kumpul kat sana. ok?ada brani?
jauh mane ni weh? kt kl kn? rase2 sempat ke ha lg nk daftar? 3000 je pn tmptnye..
terima kasih afiq post pasal ni. at least, ak tau jgk psl bende2 ni. thanx again afiq.
rugi? eh peliknya aku..
ape yg rugi?
duit tambang? masa? tenaga?
Allah.. gelak org yahudi kalo diorg paham bhs melayu.
sori ah. neway, thanks suarakan. at least aku tahu ada yg maseh x rasa palestin itu tanah kita ummat Islam
Jom pegi ramai2!! ajak2 org lain skali ye.
Bukan kesan yg perlu diutamakan tapi usaha dan pengorbanan seorang muslim terhadap saudaranya. Semua perjalanan isu palestin dah diukir oleh Allah taala. Dan pasti satu hari yahudi akan kalah dan islam akan menang. Tapi persoalannya, di manakah kita? Apa yg kita dah korbankan utk mereka. Jgn terlalu fikirkan ttg mereka yg sudah syahid di sana, pikirkan ttg apa yg kita akan jawab apabila ditanya Allah nanti.
Jom pipah! jumpa kat sana, okes??
wokes.jumpe2la xjumpe sudah.ko sape? aku br gtaw mak aku.mak aku ingt perhimpunan haram mane aku nk p.da bc penal2 tuh ha br bg p.hish konfem pnuh.eh shout tuh bleh limit2 ye..
blog die gempak seh .. www.kbaz.net. aku buat sore latar layan tenet. huhu
to anonymous yg ke4
ak rs mksd anonymous 1st 'rugi2' tu sbb rugi dia x dpt pergi la.bukan rugi kalu pegi sana.ak phm camtu.
Salam. My bro and sis. Jumpa di PWTC. Brothers yg mb tgh carik accomadation kat KL Jumaat malam mb blh hubungi saudara saya :)
jom kita pi ramai...moga Allah balas pengorbanan kita yg x seberapa ini...ameeen..
ooh.. macam tu ke.. sorilah aku pulak paham laen
aku maksudkan rugi sbb xdpt dtg.maafla sbb ayat keliru.
Post a Comment