Friday, May 15, 2009

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA SITUASI SEMASA INFLUENZA A(H1N1) DAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan POSITIF influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pada 15 Mei 2009.

Ini merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia. Beliau merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun, yang baru pulang daripada Amerika Syarikat pada 13 Mei 2009, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan pada 14 Mei 2009, dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama pada jam 6.45 petang. Beliau telahpun diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil.

Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan kontak ke atas kes. Ini termasuklah menghubungi ahli keluarga beliau yang ada sejarah kontak dengan beliau dan penumpang serta anak kapal yang menaiki kapalterbang yang sama. Kementerian Kesihatan juga menasihatkan semua penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIA pada 13 Mei 2009 jam 7.15 pagi supaya menghubungi talian 03-88810200 / 03-88810300 untuk tindakan susulan.

Sumber didapati melalui laman ini

No comments: