Tuesday, December 2, 2008

Sayangi UIA

sayangi uia dengan mengetahui sejarah uia. walaupun dah tahu, baca la lagi,ulang2... hafal tarikh2 penting, mana tahu salah sorang antara kita masuk 'who wants to be a millionaire' ty psl uia. :LOL

Sejarah penubuhan

Menyorot kembali liku-liku perjalanan sejarah penubuhan UIAM pada 1983. Idea penubuhannya adalah cetusan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003) pada 12 Januari 1982.

Penubuhan UIAM penuh berliku kerana Akta Kolej dan Universiti ketika itu melarang sebarang penubuhan universiti swasta atau kolej melainkan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

UIAM ditubuhkan secara rasmi pada 20 Mei 1983. Kampus induk ketika itu ialah di Petaling Jaya, Selangor. Rektornya yang pertama ialah Tan Sri Prof. Muhammad Abdul Rauf manakala presidennya ialah Tun Hussein Onn. Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar secara rasminya dilantik sebagai ketua perlembagaan universiti sehingga kini.

Bermula dengan 153 pelajar ketika dirasmikan, kini, UIAM kini mempunyai lebih 30,000 pelajar dari 99 negara di seluruh dunia.

Universiti ini menghimpunkan jumlah pelajar antarabangsa terbesar kapasitinya dari seluruh pelosok dunia. Rekod juga menunjukkan UIAM menjadi pilihan utama bagi pelajar bukan Islam melanjutkan pelajaran.

Kini UIAM mempunyai empat kampus yang lengkap dengan prasarana kemudahan terkini dengan kampus induk terletak di kawasan berkeluasan 288 hektar di Gombak berhampiran Kuala Lumpur.

Kulliyyah Perubatan terletak di Bandar Indera Mahkota Pahang yang berkeluasan 400 hektar. Pusat Matrikulasi yang kini dikenali sebagai Pusat Asasi UIAM (CFSIIUM) terletak di Petaling Jaya, Selangor dan di Nilai, Negeri Sembilan di tanah seluas 8.8 hektar.

Kampus yang keempat ialah Institut Kefahaman dan Tamadun Antarabangsa (ISTAC) di Damansara Kuala Lumpur.

Keunikan

Apa yang menarik di UIAM ialah penggunaan perkataan kulliyyah yang diambil daripada bahasa Arab yang membawa maksud fakulti. Terdapat 14 kulliyyah seperti kulliyyah undang-undang (AIKOL), kulliyyah ilmu berteraskan wahyu dan sains kemanusiaan (KIRKHS), kejuruteraan, perubatan, pergigian, seni bina, teknologi maklumat, sains, farmasi, kejururawatan, ekonomi dan sains pengurusan.

Universiti ini adalah satu-satunya universiti tempatan di Malaysia yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dalam sistem pengajaran dan operasi hariannya.

Pada masa yang sama, bahasa Arab digunakan dalam kesemua program Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan dan juga Kulliyyah Undang-Undang (syariah) yang sinonim dikenali sebagai Kulliyyah Ahmad Ibrahim.

Jika dilihat pada misi universiti menekankan aspek Integrasi, Islamisasi, Keantarabangsaan dan Kecemerlangan Pendidikan Menyeluruh dalam semua aktiviti yang berlandaskan pengajaran dan penyelidikan.

Satu lagi keunikan ialah senibina bangunan kampus induk UIAM di Gombak yang menggambarkan penghayatan ketamadunan Islam.

Masjid universiti dikenali sebagai masjid Sultan Haji Ahmad Shah pula dibina di tengah-tengah kampus. Ia dijadikan pusat utama yang menghubungkan kepada bangunan akademik dan pengurusan.

Ini berbalik kepada konsep Islam bahawa ilmu duniawi dan keagamaan tidak boleh dipisahkan sebaliknya saling berhubung-kait antara satu sama lain.

Penyelidikan

Walaupun UIAM masih dianggap baru, bidang penyelidikannya aktif menghasilkan penemuan-penemuan baru yang berkualiti.

Tahun 2000 adalah penanda aras di mana UIAM berada pada proses peralihan tumpuan dari universiti berlandaskan pengajaran kepada universiti yang menumpukan kerja-kerja penyelidikan.

Melihat kepada keseriusan UIAM, pada tahun 2006 kerajaan menganugerahkan dana penyelidikan berjumlah RM20 juta.

Hasil penyelidikan ini diketengahkan pada pameran dalam dan luar negara seperti Reka Cipta dan Produk Baru (INPEX 2007) di Pittsburgh Pensylvania, Amerika Syarikat memenangi dua emas, satu perak dan satu gangsa.

Terbaru pada Ekspo Teknologi Malaysia 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), penyelidik UIAM memenangi satu emas, lima perak dan 10 gangsa.

Pencapaian membanggakan ini membuktikan kecemerlangan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan universiti di peringkat nasional dan antarabangsa. Ini secara tidak langsung menjadikan UIAM sebuah universiti yang disegani, sekali gus menaikkan imej negara.

Kejayaan

Sejak ditubuhkan, UIAM mengeluarkan lebih 25,000 graduan dalam pelbagai jurusan. Kebolehan menguasai bahasa Inggeris dan Arab dengan baik menjadikan produk keluaran UIAM hangat di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

Kajian universiti menunjukkan 70 peratus graduan UIAM mendapat pekerjaan dan melanjutkan pengajian selepas tamat pengajian dan meningkat kepada 90 peratus selepas 6 bulan graduasi.

Selain itu, statistik terbaru Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menunjukkan graduan UIAM berada di senarai atas antara universiti awam lain dengan 304 dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Selain itu, pencapaian pelajar universiti ini dalam bidang ko-kurikulum begitu membanggakan. Salah satu daripadanya ialah bahas atau debat yang sememangnya sinonim dengan UIAM. Boleh dikatakan ia adalah kekuatan atau tunjang belakang universiti di mana setiap tahun para pendebat UIAM akan membawa ‘buah tangan’ daripada pertandingan sama ada dalam atau luar negara.

Ini bertitik tolak daripada penubuhan unit khas dinamakan Speech & Interpersonal Communication Unit (SPICE) pada tahun 1996. Tahun 2005, satu kejayaan dilakar buat universiti dan Malaysia apabila pendebatnya, Melati Abd. Hamid diiktiraf pendebat terbaik dunia di pertandingan International Moot Court Philip C. Jessup Washington, Amerika Syarikat (AS). Terbaru, pasukan debat UIAM memenangi pasukan dan pendebat terbaik pada pertandingan Monroe. E. Price International Media Law Moot Court Competition 2008 di Universiti Oxford pada 2-5 April 2008 lalu.

Arah tuju

Dalam meningkatkan lagi kredibiliti di peringkat antarabangsa, UIAM menandatangani kerjasama persefahaman dengan 14 universiti di Arab Saudi, Jordan dan Syria.

Selain itu, kerjasama juga diadakan dengan universiti di Indonesia, Thailand, Australia, Jepun, AS dan United Kingdom.

Bukan itu sahaja, dalam mengukuhkan lagi sayap UIAM di peringkat global, lapan IIUM Alumni Chapter ditubuhkan di negara-negara seperti Thailand (2002), Indonesia (2004), Bosnia-Herzegovina (2004) Maldives (2005), Australia (2005), Arab Saudi (2007), Singapura (2007) dan terbaru Oman (2008).

Melihat kepada yang tercatat, UIAM begitu matang dalam memacu arah tuju dan destinasinya sebagai sebuah institusi pendidikan ulung yang melahirkan cendekiawan dan ummah yang berwibawa.

Sesungguhnya, 25 tahun pertama telah mematang dan menjayakan UIAM dan kini universiti ini mengatur langkah dalam menuju 25 tahun lagi ke hadapan.


Sumber dari UTUSAN

External source - IIUM Wikipedia

6 comments:

mutiara bd said...

bukan kah UIA ni idea anwar ibrahim? rasa macam utusan melayu ini tidak boleh dipercayai sangat

IIUM Pharmacy 6th Batch said...

ye ke?tak la...

idea sape2 sekali pun.sejarah mencatatkan mahathir yang mengarahkan Kementerian Pendidikan menubuhkan Universiti Islam di malaysia..

Anonymous said...

btol kn mutiara bd,
yg sy tau pn idea asal ni datang dr dato' sri anwar ibrahim,
dngn kuliyyah law jd kuliyyah yg pertama,
ak rase btol gak utusan melayu ni x leh caye sngt tp x la sume, wallahuallam...

IIUM Pharmacy 6th Batch said...

memang panas siapa pengasas uia sebenar. macam sejarah asal usul melayu.ada org kate camni ada org kate camtu.kn?

"Malah pejabat AgendaMalaysia (AM) pada awal pagi lagi telah menerima faks yang bertajuk "Day of Mourning International Islamic University (IIUM) 17th April 2001" yang mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim adalah pengasas sebenar UIA."

http://ms.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ibrahim

http://www.geocities.com/myientonline/apr2001/apr19f2001.htm

kesimpulan, politik politik.....

mutiara bd said...

yang penting UIA benar-benar melahirkan pelajar yang taat pada Allah.. dgn cara: melaksanakan ilmu yang di pelajari, menurut ajaran Islam.

sapa pengasas tu, biarlah Allah yg tahu..

As said...

LRT yang skang ni habis di stesen Putra, semasa anwar masih ada beliau nak buat LRT smpai masuk UIA, senang budak2, tp elok kemudian selepas beliau nyatakan idea itu, beliau ditahan.

erm..pape pun Allah lebih tahu.

btw, nak tau sejarah UIA kuantan? ade dekat sini

mana tak betul leh inform ah tqvm