Monday, November 17, 2008

Konvoi Kelantan (2)


Berikut updated schedule konvoi ke kelantan. Peta kelantan 2008 (ada tunjuk jln2 kt kb, p.chepa dan area sekitar bandar) saya dah dapatkan 23 copy, akan diberi kpd driver (keutamaan) yg lebih2 tu sapa nak amik la. Ke semua org nak? Kalau semua nk, saya pg amik lagi la. Peta yg ada tu cukup lengkap bagi saya, confirm tak kan sesat nak gerak dari homestay ke mana2 tempat (KB, rumah nadiah, rumah amin dll).

19hb/RABU : Berkumpul di UIAM KUANTAN

20hb/KHAMIS (*matming) :
Pagi – konvoi ke Kelantan (after breakfast), please contact nizam @ din (xsure sapa lead)
Tengahari – pg ke rumah Izani di Besut (lunch) > mandi-manda kt air terjun kat rumah Izani
Ptg – sampai di Homestay di Pengkalan Chepa, KB (thanx jaed!)
Malam – dinner di rumah Jaed

21hb/JUMAAT :
Pagi - breakfast (thanx jaed!)

8 pagi - pg KB dkt Kedai Jaafar Rawas (dgr ceramah mingguan di KB)

1030 pagi – bergerak ke rumah Nadiah (akad nikah)

Lepas akad nikah – bergerak ke bandar Kota Bharu semula,shopping jubah/kopiah/buku-buku agama/CD/Kaset/kitab-kitab/tasbih/tudung/kain sembahyang dan macam2 produk berkaitan agama (ada bukak gerai yg banyak pada pagi Jumaat ) *kalau sempat

Tengahari - sembahyang Jumaat (brothers) di Masjid Muhammadi Kota Bharu. Sisters boleh jalan2 di sekitar Kota Bharu seperti Bazar Buluh Kubu, Bazar MPKB dan Pasar Bulat (Pasar Siti Khadijah). Nak beli serunding? Beli kat Pasar Siti Khadijah. Nak beli batik? Beli kt Bazar, tawar-menawar dulu sblm beli. Kalau dah tawar, tak nak beli tak pe, xmrh (serius).

2 ptg – jln2 di muzium, istana dan kota budaya (semuanya dekat ngan Masjid Muhammadi)

3 ptg - bergerak ke Rantau Panjang (tempat shopping produk berkaitan kain, kasut, beg dan pinggan mangkuk. Batch kita nak beli jersi jugak) melalui Pasir Mas (terkenal dgn anak dara yg cantik2 belaka)

6 ptg - balik. Singgah di rumah Amin di Wakaf Bharu (Dinner) sebelum sampai Homestay

Malam - free aktiviti (cadangan : kwn2 g jln2 la kt KB Mall, Billion or Tesco)

22hb/SABTU :
Pagi – breakfast (thanx Jaed!)
Tengahari - bergerak ke rumah Nadiah (kenduri)

Petang - free Activity @ ikut la nak pergi mana , pergi ke Pantai Irama Bachok @ Pantai Sabak (kt Pengkalan Chepa) @ g KB (Muzium, Istana dll) @ jalan2 rumah kwn2 kita yg tinggal di sekitar KB

Malam – free activity @ bersiar-siar di Wakaf Che Yeh (pasar larut malam)

23hb/AHAD :
Pagi – pulang ke rumah masing2


Reminder : Servis kete msg2 sblm gerak. Pastikan air bateri cukup, air radiator cukup, pressure tyr ok, lesen hidup, roadtax hidup, pakai belt (dpn & blkg). Jgn bwk laju2 (dicadangkan tak lebih 90km/s kalau xnk kena sama, ingat!ak dah kene 2 saman kat area terengganu. :D). kite konvoi, ingat org blkg. Jangan slow sgt,kang bosan lak dok dlm kete lama2.

Terima kasih Jaed for ur help! Harap2 tiada perkara buruk berlaku sepanjang program ini.

9 comments:

IIUM Pharmacy 6th Batch said...

update : ak dah tanya, ceramah agama kt KB (dkt Pejabat Pas) start kul 8.30 pagi till 1030 pagi. Tok Guru Nik Aziz biasanya bagi ucapan kul9. Sempat la kalau nk tgk n dgr before pg umah nadiah.

MHR said...

Jumpa sok di kuantan...
Insyaallah smpi mlm...
Doakan perjalanan kitorang dr utara nihh...!!

IIUM Pharmacy 6th Batch said...

semoga semua selamat, insyaAllah

Anonymous said...

tumpang tny, 20hb ni pagi tu brtolak pkol brape ye? lg 1, jaed tu sape ye?

IIUM Pharmacy 6th Batch said...

jaed ex-rumate matmin, biomed, sama batch ngan kita.

Anonymous said...

xjwb 1 lg soalan.

bertolak after breakfast.tp pukul berape?Hmm...din,nizam,sape2 yg konvoi korng online x ni?

Anonymous said...

slmt dtg ke kelantan esok.semoga perjalanan smua slmt.. =)

Anonymous said...

kelantan here we come.... kelantan ujan rahmat eh nadiah ngan izani nak kawen??? ;D

Anonymous said...

aku dah ready nak bertolak ke kelantan...jumpa di uia!!