Thursday, November 13, 2008

Kawan dan sahabat

Bentengilah dirimu dengan perasaan malu
yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...

Kawan di akhir zaman ini,
Payah untuk kita temui.
Yang benar-benar sibuk Dengan urusan baiki dirinya.
Yang ada kini hanya Sibuk dengan urusan mengumpul dunia.
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat,
Yang sanggup bersusah dan penat dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat.
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang menjela.
Tapi ilmu fardhu Ainnya kosong belaka.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui.
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa.
Mengunakan professionnya sebagai matlamat ke akhirat sana.
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka.
Yang hidupnya lebih berat dari berat
Ibadah dan amal terasa amat berat.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan.
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar.
Yang ada hanya Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada.
Bersahabat untuk mendapat laba.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui.
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri.
Yang menghidupkan ilmu yang ada.
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka.
Yang ada hanyalah yang suka berbincang dosa-dosa orang lain.
Yang menghidupkan sunnah barat.
Yang melupakan kehidupan akhirat.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan.
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan.
Yang ada hanya yang menjadikan komplek tempat membuang umur.
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui.
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan.
Menjadikan nasyid nyayian harian.
Menjadikan selawat ucapan kelaziman.
Yang ada hanya artis di jadikan bahan pujaan.
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan.
Dianggap moden dan berketrampilan.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir.
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail.
Menangis cemas mengenangkan saat kematian.
Merintih sayu mengenangkan persediaan.
Yang ada hanya Yang panjang angan-angan.
Mengumpul dunia kerja seharian.
Seolah kematian itu sangat jauh.
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh....

Sabda rasul;
"Bersahabatlah dengan orang yang baik akhlaknya kerana kamu akan dikenali melaluinya..."

Dalam satu riwayat, ada seorang sahabat bertanya kpd Nabi s.a.w: " Bagaimanakah ciri2 org yg ptt aku dampingi (utk dijadikan teman)?" Nabi s.a.w bersabda: " Teman yg kamu dampingi ialah apabila kamu melihatnya, kamu akan teringat Allah, apabila kamu mendengar kata-katanya, bertambah ilmumu dan apabila kamu melihat amalannya, lalu kamu teringat akan hari akhirat"

Marilah kita sama2 perbetulkan ikatan persahabatan kita supaya segala apa pon aktiviti yg kita lakukan bersama rakan2 kita diredhai Allah dan bukan sia2 belaka...

6 comments:

Anonymous said...

thank u profszz..

MHR said...

Sementara kita masih student, mari sama2 kita berkawan kerana Allah taala...

Bantu mana2 yg lemah di antara kita... insyallah mereka akan bantu kita bila kita lemah...
x suma org berpeluang mendapat keluarga yg backgroundnya islamic dan didikan agama yg baik dan jelas tp peluang utk kembali kepada Allah taala itu masih ada selagi kita x berputus asa...work for Allah taala!!

Anonymous said...

mabroouk!!

Amin Mansor said...

mi, ko buat sendiri ke semua ni?ak terharu mendapat kwn macam ko...

MHR said...

x de laa.. ni aku amik dr laptop mak aku... x tau dia dpt dr mana..

Anonymous said...

a very wonderful poem..