Sunday, November 2, 2008

Bukan Tempat Mencari Jantan (www.saifulislam.com)

“Hasrizal”, pensyarah menyebut nama saya.

“Ya, saya!”, saya menjawab.

“Munawwar!”, beliau terus mencatat kedatangan.

“Ya, saya”, balas teman saya di sebelah.

Sudah menjadi rutin, di awal kelas, Dr. Mustafa Abu Zaid akan mencatat kehadiran pelajar. Satu demi satu nama dipanggil. Inilah bagusnya sistem di Jordan, kehadiran ke kelas adalah wajib. Enam atau empat kali ponteng, akan di’haram’kan masuk ke kelas.

Malas macam mana sekali pun, sistem pengajian di Jordan akan memaksa pelajar supaya lebih berdisiplin. Mana mungkin boleh menjadi thalib al-ilm, jika proses pengajian di kelas jadi sampingan.

Semester ini kami mengambil subjek Aqidah III bersama Dr. Mustafa Abu Zaid.

GANGGUAN

Tiba-tiba, “PANGG!”

Terperanjat kami sekelas dibuatnya. Dr Mustafa Abu Zaid menghempas failnya ke atas meja.

“Siapa yang pakai minyak wangi tadi???”, bentak beliau.

Rupa-rupanya ada dua orang pelajar perempuan yang baru masuk ke kelas. Mereka memakai minyak wangi yang agak kuat baunya hingga dikesan oleh Dr. Mustafa.

“Allah! Habis la kita hari ni”, saya berbisik kepada Munawwar di sebelah.

Memang menjadi suatu pantang yang amat sangat bagi Dr. Mustafa Abu Zaid jika ada pelajar perempuan yang bertabarruj ke kelas. Apatah lagi minyak wangi, oleh pelajar Syariah.

Beliau memetik hadith Nabi Sallallahu ‘alayhi wa Sallam:

“Apabila seorang perempuan memakai minyak wangi dan kemudian melintasi sekumpulan manusia dengan maksud untuk mereka itu menghidu wangiannya, maka perempuan itu adalah penzina. Dan setiap mata itu adalah penzina jua” [Hadith riwayat al-Nasaa'ie, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban]

“Universiti adalah tempat kamu mencari ilmu, bukan mencari jantan. Kalau mahu mencari jantan, berambus kamu ke pasar”, marah benar Dr. Mustafa Abu Zaid pagi itu.

Beliau amat sedih dengan gelagat pelajar di universiti. Jordan, terutamanya di kawasan pedalaman seperti di pekan Mu’tah, umumnya masih terjaga. Apatah lagi universiti kami ini terletak bersebelahan dengan Medan Mu’tah, tempat berlakunya pertempuran tentera Islam hingga menumpahkan darah syuhada’ seperti Jaafar ibn Abi Thalib, Zaid ibn Harithah dan Abdullah ibn Rawahah, radhiyallahu ‘anhum ajma’een.

Tetapi kerenah pelajar di universiti amat menyedihkan. Pergaulan bebas dengan pakaian yang menjolok mata, amat mengganggu pemandangan.

“Kuliah Syariah pula diletakkan jauh di belakang. Untuk ke kelas, terpaksa menempuh Fakulti Undang-undang, Sains dan Kejuruteraan. Di rumah hafal satu surah, sampai fakulti, lupa sepuluh surah!”, saya berbisik ke Munawwar di sebelah.

“Universiti ini amat buruk kelakuan pelajarnya. Tetapi saya tidak boleh terima jika pelajar Syariah pun sama. Tidak boleh memakai minyak wangi untuk menarik perhatian atau hingga menarik perhatian. Itu perlakuan zina. Kamu balik ke rumah dan mandi wajib…. kamu tahu Nabi Muhammad SAW pernah memberi amaran begitu?”, Dr. Mustafa meneruskan tegurannya.

Sok sek sok sek!

Kami mendengar bunyi tangisan seorang pelajar perempuan di bahagian belakang kelas. Tidak berani untuk menoleh ke belakang.

“Kalau takut busuk, jaga kebersihan. Bukan dengan berwangi-wangian. Sudah, hari ini tiada kelas. Kita ganti semula kemudian. Saya tidak boleh mengajar dalam keadaan seperti ini. Bersurai semua”, tegas Dr. Mustafa.

Aduh! Rugi satu kelas.

“Hah, apa lagi? Bangun!!!”, Dr. Mustafa menyergah kami, pelajar lelaki yang masih tercegat di bangku masing-masing.

Sebenarnya, kami terus duduk kerana mahu mengesan siapakah pelajar perempuan yang dimarahi tadi. Tetapi Dr. Mustafa lebih cepat mengecam ‘niat jahat’ kami lalu menghalau semua pelajar lelaki agar terlebih dahulu meninggalkan bilik kuliah. Kami segera bangun hingga ada yang tercicir pen di lantai.

KEBEBASAN

Universiti adalah ‘gelanggang merdeka’ untuk pelajar-pelajar bebas dari peraturan. Tiada lagi ibu bapa, tiada lagi pengawas yang menjadi ‘kaki retot’ di sekolah. Tiada lagi warden untuk menyergah asrama. Kebebasan itulah yang menjahanamkan jati diri kebanyakan pelajar.

Seperti layang-layang yang memutuskan tali. Alasannya mahu terbang tinggi, rupa-rupanya sesat dirempuh badai sampai jatuh binasa ke bumi.

Hingga ramai yang terlupa bahawa universiti tempat mencari ilmu, bukan jantan bukan betina!

Al-Jaami’ah, wa maa adraaka maa al-Jaami’ah!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

21 comments:

Anonymous said...

hmmm....
bagusnyer kalau semua lecturer uia macam tu....

Anonymous said...

subhanallah..
tq hurun ain

Anonymous said...

ramai je sister pkai perfume skrang.dah menjadi kebiasaan skrang ni. camane nak atasi ye?

mutiara bd said...

wah.bagusnya.suka sangat.

Anonymous said...

salah satu caranye, kena ade kesedaran sndiri kot.hrp2 lps baca artikel ni, masing2 pk blik n berubah.ni bkn sape2 yg suruh, ni ALLAH yg suruh.

Anonymous said...

jantan dlm bahasa arab ape?

Anonymous said...

aku da x tahan bau mnyk wangi sisters...pening kepale je. Arghhhhhh

Anonymous said...

klu bro pki perfume cmne?
skrng rmi gak bro yg pki perfume klh sis.,kn??

Anonymous said...

dlm xm hall bau perfume korng kuat wahai brthers. walaupun xde hukum, kurang2 kanla sikit

~aku yg pening kpale~

mutiara bd said...

org lelaki bolh pakai perfume..kalu nk solat lagi bolh. kalau nak pakai g klas jgnlah sampai org penin.cket2 ok ler

Anonymous said...

btl2.ak sendiri pun sbgai lelaki xsuka lelaki yg pakai minyak kuat gilerr bau. ingtlah wahai kaum2 lelaki

Anonymous said...

ape la korang nih.
pasal minyak wangi pun nak bergaduh.
kadang2 budak laki bukan sedar pun miyak wangi bau kuat. sis pun ape kurangnye..
niat tu penting.

Anonymous said...

bagusnyeee kalo prof tariq cmtu...huuuuu ^^

Anonymous said...

G klas pun nk melaram ke? kalo pakai perfume coz nk tutup bau yg x sdp,xper..jgn smpi ader niat len..

aduh... x abih2 nk salahkan org len.. yg laki salahkan pompuan,yg pompuan salahkan laki!
sampai bila nk jd x mature nie...
kang da keje,lg macam2 dugaan...
small matters pun besar2kan ke?

Anonymous said...

ape benda yg bgaduh nya? x nampak mcm bgaduh pun. hape la ko. ini namanya discussion. xde nak salah menyalahkan sesape kat sini. teguran je sikit2

Anonymous said...

aku nampak macam teguran jgk kpd dua-dua pihak. dalam dunia ni kene ada yg menegur kalau tak, xtau apa jadi pada dunia ini - A.M.

mutiara bd said...
This comment has been removed by the author.
mutiara bd said...

helo semua, sabar ye. hal minyak wangi ni akan jadi kecik kalau semua memahami kaedah asalnya. iaitu, wanita HARAM pakai (kalau keluar rumah, bilik etc). dan org laki sunat pakai, lebih-lebih lagi g solat..

ia akan jadi besar, jika ada org lelaki yang terbau atau jadi "angau" dengan wanita sebab bau nya yang wangi.

Niat mmg penting, tapi tidak menghalal kan cara..kalau takut busuk, rajin-rajin salin baju dan basuh baju ek..
"kebersihan sebahagian dari iman"
bukannya
"wangi sebahagian dari iman"

Anonymous said...

ye btol tu. niat x menghalalkan cara. aku rase minyak wangi ni subtopik je dlm artikel ni. yg lebih penting adelah ingatan tentang universiti tempat cari ilmu & redha Tuhan. ketepikan niat selain daripade nya..hidup akan jadi aman.inshaAllah.

Trinisaurus said...

cane lau pmpuan yg jdi angau sbb terhidu bau wangi dri lelaki?

Anonymous said...

"sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semua itu kelak akan diminta pertanggungjawaban" (17;36)

maka, berhati2 lah dgn diri kita..