Thursday, October 23, 2008

Kahwin-kahwin Malaysia

Assalamualaikum w.b.t

Hari satu lagi berita perkahwinan diterima.
Mengejutkan. Tapi memang sifat sesetengah org ni 'full of suprise'..
Tapi apapun Alhamdulillah dan Barakallahu A'laikum..

Perkahwinan2 ni menandakan saat tewasnya syaitan dalam usaha untuk
memesongkan umat manusia dari melakukan perbuatan yang dimurka Allah
(zina,couple etc)

Tapi untuk brothers dan sisters yang masih belum mampu dan bersedia, teruskanlah siri2 puasa, sabar dan mujahadah anda:)
Ada satu hadis nabi saw riwayat bukhari muslim:
“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berkahwin, hendaklah dia kahwin kerana perkahwinan itu dalam menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kehormatan). Dan bagi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa dapat menahan nafsunya.”

Satu artikel menarik yang ditulis oleh Ust Fauzi Asmuni tentang hal ni..
Ust Fauzi merupakan Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Kat bawah ini some preview of the article:

Mungkin kerana terpengaruh dengan nasihat-nasihat orang kahwin ‘veteran’, seorang kenalan saya membuat satu persediaan yang cukup luar biasa sebelum berkahwin. Dia makan telur ayam kampung beberapa biji setiap hari. Madu lebah (madu hutan) sebotol besar, selesai hanya dalam masa seminggu. Tongkat ali dan tongkat-tongkat yang lain, menjadi minuman pagi dan petang. Peliknya saya tengok. Apa agaknya tasawwurnya tentang alam rumahtangga? Gelanggang tinju ke?

2 comments:

IIUM Pharmacy 6th Batch said...

tq faruuq.

Anonymous said...

syukran al-faruuq. enta bile lg?