Diharap entri ini dibaca dalam mana kamu semua kembali tenang setelah seminggu lebih memerah minda menjawab peperiksaan dengan pena sehingga hampir mencabut nyawa.
Ok seperti yang sedia maklum, esok akan diadakan Grand Iftar Batch. Maka telah ditambah sesi fotografi sebelumnya yang dikepalai abang Shahir Amin dan Amin Mansor. Jadi diharapkan kamu semua dapat menghadiri bukan sahaja iftar, tetapi bekerjasama dalam sesi ini.
Untuk lelaki, sarungkanlah baju-baju melayu kamu yang ceria penuh warna atau jubah berfabrik selesa, sematkan harum-haruman atar, rapikan rambut serta hadirkan diri dengan senyuman puas tanda syukur.
Untuk wanita, padankanlah baju-baju kurung dan jubah-jubahmu dengan tudung labuh seadanya. Bersederhanalah dalam hiasan wajah, indah lengkap dengan anugerah senyuman yang ikhlas.
Jangan risau tentang remeh-temeh menyusun kedudukan bergambar kerana Insyaallah esok selepas exam, kami cuba lakarkan dahulu draf kedudukan masing2 bagi memudahkan kamu petang itu dan menjimatkan masa tapi hasilnya tetap memuaskan...
Demi kelancaran sesi fotografi, diharap semua dapat hadir seawal jam 6.15 petang TEPAT di tangga bercabang dan selesai bergambar, boleh kita bersama-sama menyiapkan tempat menjamu selera.
Harapan Amin, melauiku, untuk sahabat yang dikasihi!
5 comments:
terbaik la shamel. ak masih xreti nk buat ayat mcm ko mel. smcm ada 'semangat' bila baca.heheh
ak igt nk buke kt masjid je la sok...da lame x bkk kt masjid weh...hahahahaha
ak nk bukak pose dgn cendol puluit sok weh...haha
haha. sengal epol. dan2 la sok gak kao nak g masjid. aku carik kao sampai kat tempat wuduk msjid tuh!
ak xsiap g neh mel, terbaik la kita iftar kt KOP.1st time ni. congrate mi yob!
Post a Comment