Kalau ada forumner yang memboikot Facebook lantaran semata-mata pengasasnya Yahudi, maka ikutkan logik itu, mereka secara automatiknya terpaksalah memboikot laman-laman web atau forum yang menggunakan PHP language termasuklah forum IluvIslam ini kerana pengasas skrip PHP ini juga seorang Yahudi Scandinavia bernama Rasmus Lerdorf.
Kebanyakan hal berkaitan ICT dan barangan berkaitan telefon cellular dan juga komputer adalah diasaskan oleh Yahudi. Sama ada mereka semua menyokong Zionism, Wallahu a'lam dan kalau kita mencarinya dan terjumpa bukti memang benar mereka menyumbangkannya, maka inilah baru timbulnya erti boikot sebenar.
Jika hendak dibandingkan dengan francais beberapa fast food yang kita selalu heboh-hebohkan dengan seruan boikot, apalah sangat kepenggunaan dan keuntungan bagi fast food yang sedikit ini jika hendak dibandingkan kepenggunaan dalam bidang high tech.
Inilah dilemma bagi yang gemar bersangka-sangka dan mencari-cari masalah sehingga akhirnya menyusahkan diri sendiri. Hayati kembali kisah lembu betina Bani Israel.
Wallahu A'lam - http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=54&thread_id=9336&rowstart=0
Islam itu sifatnya adil
Dalam menjatuhkan sebarang hukuman, kita perlu mempunyai hujah yang cukup kuat. Tidak cukup kalau hanya kita katakan pemilik syarikat tersebut orang Yahudi atau dia mungkin ada kaitan dengan salah sebuah organisasi Israel.
Mungkin-mungkin atau rasa-rasa tidak boleh dijadikan hujah. Contoh ada seorang wanita membuat laporan polis yang dia dirogol.
“Saya rasa mungkin orang itu yang merogol saya semalam.”
Polis akan melakukan siasatan terhadap orang tersebut tetapi tidak boleh terus menjatuhkan hukuman hanya dengan hujah rasa-rasa wanita tersebut. Kita bukannya orang liar yang terus menumbuk dan menerajang, menjatuhkan hukuman tanpa periksa.
Dalam isu facebook pula, adakah sudah ditemui sebarang bukti yang mengatakan Mark Zuckerberg, pemilik Facebook, menyumbang kepada keganasan Israel?
Pemilik Google pun adalah orang Yahudi. Adilkah kalau hanya Facebook yang diboikot tanpa hujah yang kuat, sedangkan tidak pula kita mengajak orang lain boikot(tanpa usul periksa juga) website lain?
Apa bezanya menggunakan blogspot(milik Google) dengan menggunakan facebook? Kedua-duanya milik Yahudi.
Pada pendapat saya selagi tiada sebarang pengumuman atau kajian terperinci untuk mengesahkannya, tidak salah untuk kita gunakannya dahulu. - http://studiomuslim.com/pandangan/snippet/snippet-berdakwah-melalui-facebook/
Please read others :
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=54&thread_id=9336&rowstart=0
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/world/37223-obama-warns-teens-of-perils-of-facebook
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/zan-azlee/30076-facebook-is-a-crime
http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_fireboard&Itemid=60&func=view&id=793&catid=20
http://en.wikipedia.org/wiki/Facebook
16 comments:
Kena byk berdoa supaya Allah tunjukkan jalan mana yg btul dan mana yg salah. Mungkin ini adalah salah satu ujian yg sengaja Allah turunkan utk umat islam. Sejauh mana rasa sayang mereka kpd saudara2 mereka di Palestin yg tak penah pon merungut utk berjuang mewakili umat islam di seluruh dunia mempertahankan tanah suci yg sbnrnya menjadi kewajipan seluruh umat islam.
sama2 kita berdoa..... yg laen2, apa pendapat anda? xkisah?kisah?
aku kesah. kalau makanan, dah jatuh syubhah kot.
aku takut terzalim kat diri sendiri dan saudara seislam kita secara tak sedar..
kalau nak tunggu PENGUMUMAN atau kajian terperinci untuk nak sahkan berita ni-bak kata penulis, ntah bile la.
kalau x betul xpe, kalau betul, naye..
semua anonymous.... =)
Ini pendapat ana. Boleh setuju boleh bangkang. Malaysia negara demokrasi.
Memang banyak perkara syubhat wujud dalam dunia tanpa sempadan sekarang (internet). Kalau nak ikut keras kita, maka takdapat lah nak guna internet pon.
Atas sebab apa orang tak menyertai facebook, hanya dia sendiri yang tahu (jika tak beritahu orang).
Konsep asasnya: Antara dua kemudharatan pilihlah yang kurang mudharatnya. dan
Prinsip asas: Jika kita tidak mampu berbuat sesuatu perkara baik disisi Allah, sekurang-kurangnya kita tidak memperlekehkan orang yang cuba berbuat perkara baik tersebut.
Jika orang menjauhi FB kerana memboikot yahudi, hormatilah pendiriaannya walaupun dia tak memboikot yang lain. Sekurang-kurangnya dia berusaha.
Bagaimana pula dengan diri kita sendiri? Mampu kah kita berbuat seperti mereka (yang memboikot kerana berusaha membuktikan ukhwah kerana Allah)?
Sekurang-kurangnya, kita tidak menghalang dan membuatkan dia rasa serba salah untuk berbuat sesuatu yang baik disisi agama.
okay, takpayah lah gaduh panjang-panjang fasal FB ni. Ada banyak lagi perkara yang menarik perlu dibincangkan..()
tak nampak macam gaduh pun mutiara bd. mari same2 kita berdakwah melalui internet
Hmm... facebook ada baik dan buruknya, bergantung kpd niat anda nk buat apa dgn fb tu, apakah anda mahu menggunakan kemudahan 'networking' yg percuma itu demi kesenangan anda seperti contact member2 lama.
berkenaan duit yg disalurkan, buat masa sekarang tiada bukti menunjukkan fb menyalurkan duit kpd israel tetapi alangkah baik kalau kita berwaspada.
Sy terpk jgk McD, Starbuck, Maggi dan lain2 yg termsk dlm list boikot time palestin diserang teruk2 ari tu hinggakan semua srt khabar menceritakan psl palestin. Cuba kita fikir kenapa tidak ditutup terus syarikat2 tersebut drpd terus bertapak di negara kita.Sudah tentu banyak sebab yg perlu difikirkan.
kesimpulan, kita kena rajin berusaha, rajin segalanya2 supaya teknologi kita tercanggih di dunia, barulah kita x bergantung kpd mana-mana kuasa besar @ israel. Takkan nak kekalkan lg 'Batu VS kereta kebal'... Malaysia negara yg aman, dan terokailah ilmu dan berkongsilah dengan semua, insyaallah semua org menjadi manusia yg berilmu. Lagi satu, janganlah berpegang kpd satu sumber sahaja. Dptkan maklumat from both side, baik & buruk.
Antara cara paling baik adelah bagaimana kita nak ubah aper yg yahudi tgh pegang sekarang niey dgn aper yg kita ader......lama2 usaha kita akan berhasil......dari produk makanan, kita counter dgn produk makanan halal....produk perubatan lak kita counter dgn produk yg halal.....diorang manipulate akhbar, kita counter dgn internet...... diorang wat blog, kita gunakan utk sebar maklumat tentang Islam.....diorang wat social network, kita counter dgn gunakan sebagai wadah menyatukan umat Islam.....
So, kalau kita sentiasa ingat siapa kita, dan bagaimana kita nak contribute, ne lah antara cara2nya..... simple but effective~ wallahualam~
i'm lovin it..
@ iiumpharmacy,
aku ingin bertanya, dengan ape carakah kita boleh guna untuk menyelidik kebenaran yang keuntungan fb ni disalurkan untuk pembiayaan perang di gaza? dalam sela masa yang penting ni, untuk kita decide nak proceed atau tutup account fb???
To anons, firstly, please have the honors of using your own names. It's the first thing your parents gave to you.
Any way to anon@September 11, 2009 10:50 PM, there's no certain way of knowing something for sure. Unless you're God. It's a great deal of hassle to check every companies you have ever bought any product from, whether they have any Jew CEO in it. And whether they really give the money to Israel's benefits whatsoever. You dig down deep to any company, you'll always find dirt, whether you like it or not. So try to live with it, and try to think whether the benefits outweigh the harms or vice versa.
In the case of Facebook, I think it's time to stop haggling over whatever values you set upon it. People see things differently, they may see Facebook as a channel to befriend people and maintain friendship, or just for the fun of it. If you want to stay away, just go and do so. It may sound harsh to some people, but do what you believe is true, unless proven otherwise. So far I've seen no concrete evidence that Facebook is funding Israeli military or anything like it.
Personally, I'll say that just try to limit as much as you can, the information about you that you posted in Facebook. You won't know how it will be turned against you.
Dengan ape carakah kita boleh guna untuk menyelidik kebenaran yang keuntungan fb ni disalurkan untuk pembiayaan perang di gaza? - in case of fb, we will never know about that unless fb created in Malaysia n Malaysian is the creator of fb. sbb Suruhanjaya Diraja boleh dibentuk utk menyiasat fb (tp mustahil unless melibatkan politik). Hehehe.. ok2.sy bg contoh, let say anda involve in business keuntungan berjuta2 ringgit bila dah kerja nanti. Then, sape kisah anda buat apa dgn duit itu sbb itu hasil kerja keras anda mencari duit melalui perniagaan.
apa2 pun, terlalu banyak 'email' tersebar luas dan anda merupakah salah seorang yg subscribe dan merupakah ahli mana-mana organisasi. it's good tp kebenarannya belum dipastikan...
dalam sela masa yang penting ni, untuk kita decide nak proceed atau tutup account fb??? - apakah anda pasti anda ada akaun fb??? sure ada? terplng pada anda nk tutup ke tak. itu hak anda.
lg satu, kenapa kita bersungguh sgt psl benda yg tak pasti ini. sedangkan byk lagi masalah sosial yg timbul seperti mat rempit, bohsia, rogol, rompak dan byk lg.
btw, it is a good discussion sbb kita dpt melatih diri kita untuk menghadapi mslh. I like it. =) tp dimanakah ulamak kita apabila masyarakat menghadapi masalah ini...
fulamak..discussion....
x bleh blah
http://saifulislam.com/?p=6714#more-6714
Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan Facebook, buangkan segala aplikasi third party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya. Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.
Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.
Post a Comment