Thursday, August 6, 2009

status H1N1 di UIA Kuantan

Assalamualaikum,

Sehingga penulisan ini ditulis, hanya seorang pelajar kulliyyah sciences disahkan positif, dan yang lain disyaki.

Kulliyyah Pharmacy x ditutup.

Setakat ni 14 org telah terkorban disebabkan H1N1 di malaysia.

Jadi buat semua rakan2 yg disayangi, ada beberapa pesanan;

1-Jika kita ada sebarang simptom( demam, selesema, batuk atau sakit tekak) terus ke klinik.
2-Jangan batuk dan bersin secara terbuka di mana jua lebih2 lagi di tempat yang tertutup, seperti dalam kelas.-jika menggunakan tangan bila batuk/bersin-cepat2 basuh tangan.
3- Sentiasa jaga kebersihan diri dan persekitaran kita-seperti sentiasa basuh tangan sebelum makan-pastikan bilik/rumah berada dlm keadaan bersih, kemas.
4-Jaga makan dan minum-klau bleh buat masa ni sentiasa minum air masak/ air suam-kurangkan minum ais, jgn banyak mkn makanan yang berminyak, ambil benda yg sememangnya membahayakan kesihatan-melemahkan imunisasi badan.
5-Perbanyakan vitamin C dlm diet seharian-buah2an, fresh oren suam.
6-Jika kita ada simptom, maksimumkan self-kuarantin.
7-Minimumkan pergi ke tempat2 tumpuan ramai.

Virus H1N1 sangat berbahaya buat sesiapa sahaja mempunyai masalah pernafasan, sakit kronik, anak2 kecil dan org tua.

Sama2lah kita berdoa kepada Allah swt. supaya melindungi kita, keluarga, masyarakat, negara, dan masyarakat dunia daripada daripada jangkitan virus ini dan menyembuhkan sesiapa sahaja yang terkena jangkitan H1N1 ini.

Alangkah indahnya, sekiranya saintis2 muslim mukmin berjaya temui penawar/vaksin buat virus ni.

InsyAllah apa yang sedang berlaku ini adalah sebagai peringatan dari Allah s.w.t atas kelalain manusia dan umat Islam itu sendiri atas kelekaan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Akhirnya, saya mengingatkan serta mengajak diri saya dan juga rakan2 supaya kita bersedia dalam kedatangan bulan Ramadan yang dirindui-lebih kurang 2 minggu je lagi. Marilah kita berusaha kita menjadikan ramadan kali adalah terbaik buat kita kerna belum tentu lagi kita akan dapat bertemu ramadan.

P/S: Sesiapa yang ade direct contact dengan patient H1N1 yang masih belum sembuh diperlukan self-quarantine selama 7 hari.

wasalam.

6 comments:

Anonymous said...

korang yg btk2 jgn la batuk kt kls. kang berjangkit susah.jgn penting diri sendiri la wei

IIUM Pharmacy 6th Batch said...

stuju dgn anony, batuk cover & self kuarantin insyaallah selamat.

Anonymous said...

zzzz

Anonymous said...

Buat classmates yang diuji Allah dengan kesakitan,moga cepat sembuh..

Anonymous said...

Buat classmates yang dikurniakan nikmatkesihatan,doakanlah sahabat yang sakit,bertanyalah khabar, sampaikanlah apa yang diperolehi di kelas..

Anonymous said...

batuk tu bukannya boleh dikawal tuan empunya badan, bila nak bila taknak. tiba2 je rasa nak batuk. MC dah habis, kena jugak datang kelas, kang jadi kes x cukup attendance plak.. nasihat utk kawan2 yg batuk kat kelas tu, cover la @ pakai mask..yang sihat pun kena la jaga kebersihan diri n sekitar klu x nak kena jangkit..banyak2 doa dan solat hajat.