Sunday, August 2, 2009

Sayangi….


Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 2 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)

574 (40%) merupakan kes import dan 855 (60%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,394 kes (98%) telah sembuh, hanya 19 kes atau 1% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sepuluh (10) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Terdapat sebanyak 8 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, di mana 5 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti(1), wanita hamil(2) dan imuniti rendah(2).

Maklumat berkaitan dengan kes kematian ke-enam, kes adalah seorang budak lelaki berumur 11 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 29 Julai 2009 dengan symptom demam selama 1 hari. Tiada simptom batuk dan lain-lain tanda-tanda gangguan pernafasan. Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pada 30 Julai 2009. Hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 11.00 pagi 1 Ogos 2009. Akibat komplikasi jangkitan pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 8.30pagi 2 Ogos 2009 semasa dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi.

“Bagi pelajar sekolah termasuk institusi pengajian tinggi adalah diingatkan bahawa mereka yang bersimptom hendaklah mengelakkan diri daripada menghadiri kelas atau kuliah termasuk aktiviti berkumpulan. Mereka hanya dibenarkan menghadiri aktiviti-aktiviti ini selepas 1 hari bebas simptom jangkitan influenza A(H1N1).”

We share our knowledge so that everybody can participate in the prevention of H1N1. Please download these brochures so that we are not spreading the virus especially for those who have the symptoms – fever, headache, coughing, nausea, vomiting and muscle pain. Sayangi rakan anda seperti menyayangi keluarga ….

Etika Batuk - http://h1n1.moh.gov.my/risalah/Ris_EtikaBatuk/Ris_Batuk_BM/Ris_Batuk_BM_web.pdf

Pastikan Tangan Anda Bersih - http://h1n1.moh.gov.my/risalah/Wash/Ris_BasuhTangan_BM/Ris_BasuhTangan_BM_web.pdf

No comments: