Sunday, April 19, 2009

Terima Kasih & Blog

Ini text sebenar yg patut dibaca semalam. Semalam, terkejut nama ‘amin’ dipilih menjadi class rep, sebab tak sangka dapat post tu, tak prepare pun nk cakap apa, otak blank sebab tu ckp terima kasih je, tak habis-habis terima kasih. Bila dah duduk semula kat kerusi, terfikir ‘eh, apa aku aku cakap tadi, kenapa macam tak de response daripada audience (rx6th)’, yelah tak abes-abes terima kasih. Hehehe... 2 nama lagi mempunyai kekuatan yang kuat. Helmi yang popular dengan ‘prof’ dan dani yang popular dengan akademik yang mantap. Jika difikirkan siapalah aku nak bertanding post yang popular tu. Memang tak sangka.

Apa-apa pun jawatan adalah suatu tanggunjawab. Insyaallah semester depan kita akan berpindah ke kulliyyah baru yang semestinya mempunyai staff yang baru yang sama tugas seperti brother yusuf. Sudah pasti semester depan penuh dengan cabaran dengan bilik lecturer yang baru, boleh sesat jadinya nak jumpa lecturer semata-mata (nak hantar report contohnya). Sudah pasti juga sem depan menyaksikan kesulitan brother yang tinggal di mahallah IM6 (rumah sewa belakang IIUM Guest House), maklum sajalah mahallah baru. Wireless pun belum tentu ada dan pelbagai masalah lagi bakal kita hadapi.

Kita semua sudah matang, umur 22, 23 dan 24. Saya percaya semua orang dapat berikan kerjasama yang terbaik kepada sesama kita. Untuk sem. depan juga, diharapkan proses perkongsian ilmu akan dipastikan berjalan dengan lancer. Ilmu yang dimaksudkan di sini adalah apa-apa maklumat yang perlu diketahui oleh semua orang perlulah diketahui semua, tidak hanya sebahagian sahaja yang tahu. Tetapi sebahagian lagi tidak mengetahui apa-apa berkaitan perkara tersebut. Insyaallah, tidak akan berlaku lagi kejadian seperti itu. Selain itu, standard ISO 9001:2000 - quality management system akan dicapai apabila sudah graduate nanti walaupun kita punya batch belum berdaftar dengan SSM lagi, insyaallah kita akan create 1 syarikat farmasi rx6th apabila sudah bekerja nanti. Mudahan-mudahan, segala rancangan kita berjaya dan syarikat yang kita bina itu akan menjadi suatu nama yang gah seperti ‘bmw’, ‘compaq’, ‘gardenia’ atau lain-lain Kita perlu merancang dan Dia yang menentukan semua ini. Berkenaan semester depan, ada cadangan dan kritikan?

Kita semua sudah dewasa. Inilah masa yang paling sesuai untuk kita berbakti kepada masyarakat di sekeliling kita. Rasanya setakat ini saja untuk kali ini. Terima kasih banyak-banyak kepada semua kerana memberi kerjasama yang menakjubkan terutamanya berkenaan photo (walaupun masih ada brother yang malu bergambar dan selalu tutup mukanya apabila camera zoom ke arahnya)

Berkenaan dengan blog, insyaallah cuti nanti kita akan wujudkan 1 forum untuk membincangkan semua perkara. Photo batch juga akan lebih organized apabila setiap event akan mempunyai folder yang tersendiri. Blog ini juga akan mengalami sedikit perubahan. Ada cadangan?

farmasi uiam 2007-2011, iium pharmacy, pharmacy iium, farmasi universiti islam antarabangsa malaysia kampus kuantan, kulliyyah baru farmasi uiam, bangunan jurusan farmasi uiam, farmasi uiam 2009, pelajar farmasi, pharmacy malaysia, future pharmacist, U41, international islamic university malaysia kauntan campus kulliyyah of pharmacy, sixth batch pharmacy iium, iiumrx6th, iium rx 6th, iium alumni, ijazah farmasi, bachelor of pharmacy in malaysia

2 comments:

mutiara bd said...

Memang tak salah dah pilih orang ini jadi ketua kelas

IIUM Pharmacy 6th Batch said...

terima kasih M.BD.insyaallah akan buat yg terbaik. =)