Berikut updated schedule konvoi ke kelantan. Peta kelantan 2008 (ada tunjuk jln2 kt kb, p.chepa dan area sekitar bandar) saya dah dapatkan 23 copy, akan diberi kpd driver (keutamaan) yg lebih2 tu sapa nak amik la. Ke semua org nak? Kalau semua nk, saya pg amik lagi la. Peta yg ada tu cukup lengkap bagi saya, confirm tak kan sesat nak gerak dari homestay ke mana2 tempat (KB, rumah nadiah, rumah amin dll).
19hb/RABU : Berkumpul di UIAM KUANTAN
20hb/KHAMIS (*matming) :
Pagi – konvoi ke Kelantan (after breakfast), please contact nizam @ din (xsure sapa lead)
Tengahari – pg ke rumah Izani di Besut (lunch) > mandi-manda kt air terjun kat rumah Izani
Ptg – sampai di Homestay di Pengkalan Chepa, KB (thanx jaed!)
Malam – dinner di rumah Jaed
21hb/JUMAAT :Pagi - breakfast (thanx jaed!)
8 pagi - pg KB dkt Kedai Jaafar Rawas (dgr ceramah mingguan di KB)
1030 pagi – bergerak ke rumah Nadiah (akad nikah)
Lepas akad nikah – bergerak ke bandar Kota Bharu semula,shopping jubah/kopiah/buku-buku agama/CD/Kaset/kitab-kitab/tasbih/tudung/kain sembahyang dan macam2 produk berkaitan agama (ada bukak gerai yg banyak pada pagi Jumaat ) *kalau sempat
Tengahari - sembahyang Jumaat (brothers) di Masjid Muhammadi Kota Bharu. Sisters boleh jalan2 di sekitar Kota Bharu seperti Bazar Buluh Kubu, Bazar MPKB dan Pasar Bulat (Pasar Siti Khadijah). Nak beli serunding? Beli kat Pasar Siti Khadijah. Nak beli batik? Beli kt Bazar, tawar-menawar dulu sblm beli. Kalau dah tawar, tak nak beli tak pe, xmrh (serius).
2 ptg – jln2 di muzium, istana dan kota budaya (semuanya dekat ngan Masjid Muhammadi)
3 ptg - bergerak ke Rantau Panjang (tempat shopping produk berkaitan kain, kasut, beg dan pinggan mangkuk. Batch kita nak beli jersi jugak) melalui Pasir Mas (terkenal dgn anak dara yg cantik2 belaka)
6 ptg - balik. Singgah di rumah Amin di Wakaf Bharu (Dinner) sebelum sampai Homestay
Malam - free aktiviti (cadangan : kwn2 g jln2 la kt KB Mall, Billion or Tesco)
22hb/SABTU :Pagi – breakfast (thanx Jaed!)
Tengahari - bergerak ke rumah Nadiah (kenduri)
Petang - free Activity @ ikut la nak pergi mana , pergi ke Pantai Irama Bachok @ Pantai Sabak (kt Pengkalan Chepa) @ g KB (Muzium, Istana dll) @ jalan2 rumah kwn2 kita yg tinggal di sekitar KB
Malam – free activity @ bersiar-siar di Wakaf Che Yeh (pasar larut malam)
23hb/AHAD :Pagi – pulang ke rumah masing2
Reminder : Servis kete msg2 sblm gerak. Pastikan air bateri cukup, air radiator cukup, pressure tyr ok, lesen hidup, roadtax hidup, pakai belt (dpn & blkg). Jgn bwk laju2 (dicadangkan tak lebih 90km/s kalau xnk kena sama, ingat!ak dah kene 2 saman kat area terengganu. :D). kite konvoi, ingat org blkg. Jangan slow sgt,kang bosan lak dok dlm kete lama2.
Terima kasih Jaed for ur help! Harap2 tiada perkara buruk berlaku sepanjang program ini.