Tuesday, September 2, 2008

Sekadar renungan..

Enam perkara yang asing bila berada di enam tempat:

Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud:
"Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat, iaitu : Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya. Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya. Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya). Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya. Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya. Dan orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya."
Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan."


Orang-orang yang dahulu yang hidup sebelum kita mereka saling berpesan tentang tiga perkara dan saling kirim mengirim sebagai nasihat, "Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah akan mencukupkan baginya akan perkara agamanya dan perkara dunianya. Dan siapa yang memperbaikkan niatnya yang tersembunyi, maka Allah akan memperbaikkan keadaannya yang nyata. Dan siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan semua manusia."

2 comments:

Anonymous said...

kesimpulannya- terdpt perbezaan 'pemandangan' antara yg baik dan yg 'tak baik'

Anonymous said...

MArilah kita sama2 meningkatkan amal ibadat kita dalam bulan yg penuh barakah ni...

Sesungguhnya, amal itulah kekasihmu yg sebenar.
Ketika mana kamu hidup, dia sentiasa menantikanmu,
Ketika mana kamu mati, dia menemanimu,
Ketika mana kamu disoal oleh Allah atas amal kebajikanmu, dialah yang bgn membantu dan menyelamatkanmu...

Wallahualam ^_^