Tuesday, September 30, 2008

Aidilfitri: Dalam Meriah..Ada Kesyukuran


Minggu lepas kamu dan aku dalam satu kelas. Kemudian..semua balik kampung. Merata-rata perginye.. Heiy..nak raya ni. Mari kita berpantun!!


Kelantan:
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Ganu..
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung suke

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Huhh..banyak dah. Mane negeri yg x disebut tu..ha korang berpantun la sindri. Heiy..kamu ada ucapan sindri x untuk rakan2 kamu? Letak di ruang komen ye.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
"Kesyukuran Dalam Kemeriahan"


Monday, September 29, 2008

Download the Poison List

Salam my friends. I want to share with you all about the poisons list as in the first schedule which can be divided into part I (poison group A, group B, group C and group D), part II and exempt.

The second Schedule (Sec. 2 and 7 ) is about the articles and preparations exempted such as surgical dressings, adhesives builders material and so on.

The third Schedule (Sec. 30) deals with psychotropic substances.

Get to know which group any drug belong to. Go to http://www.pharmacy.gov.my, click the 'poisons list' (due to no specific address for the poisons list address)

Click on the pics to enlarge

Here, we can download the poisons list or we can search poison list database. This will search Name, GroupA, GroupB, GroupC, GroupD, Part II, and Exempt

Download the poison list : HERE(.doc file - 2.16MB) or HERE (.zip file - 148kb)
Download Poisons Act 1952 : HERE

Sunday, September 28, 2008

Pharmacy Events (from MPS)

Calendar of Events / CPD / Briefings / July - December 2008

DATE

MEETINGS / INVITATIONS / BRIEFINGS

VENUE

24.11.08

Forensic Exam

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Petaling Jaya, Selangor.

07-10.11.08

FAPA 2008-Singapore "Transational Research: The Approach to Quality Healthcare"

For further details:

www.fapa2008.com

05.11.08

The Professional Integrity Night

TBA

23-26.10.08

"Diabetes Asia Conference'

Contact: Secretariat 03-7876 1676/ 03-7876

Sunway Resort Hotel & SPA Convetnion Centre, Petaling Jaya, Selangor.

19.10.08

.

Sarawak Room, Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur.

>>Click for details

18.10.08

Malaysian Academy of Pharmacy Annual General Manager- 10.00 am

MPS Training Centre, 5A, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail.

Please Click for Further Information:

  1. Call for AGM
  2. Call for Nomination
  3. Nomination Slip
  4. Call for Subscription
  5. Membership Form

18.10.08

Postponement of Meeting of the Board of Management, BOM: (1)/2008/2009- 9.30 am - 2.00 pm

Presidents Room, Royal Selangor Club, Kuala Lumpur.

22.09.08

Mesyuarat Membincangkan Strategi Liberalisasi Sektor Kesihatan- 2.30 pm

Bilik Gerakan, Aras 4, Blok E7, Parcel E, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

10.09.08

Shifting Dynamic in ED Treatment Goals- 7.30-9.30 pm

KL Hilton, Kuala Lumpur.

28.08.08

Mesyuarat Jawatankuasa Quality Use of Medicine (QUM) Bil 4/2008- 9.30 am

Bilik Mesyuarat Delima, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Petaling Jaya, Selangor.

22.08.08

Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perubatan Tradisional dan Komplementary (BPTK) Bil 2/2008- 9.00 am

Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Blok E, Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari, KKM, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur.

15-17.08.08

.

Swiss Garden Resort & Spa, Balok Beach, Kuantan, Pahang

>>http://www.mps.org.my/MPSPSC2008/

11.08.08

Mesyuarat NRC Bil 6/2008- 9.00 am

Bilik Mesyuarat Teratai, BPFK.

01.08.08

Jemputan Untuk Majlis Pelancaran Buku Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi & Produk Berkaitan Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2008- 8.00 am - 10.45 am

Contact: Cik Nurazlina Abdul Aziz 03-88834082

Dewan Auditorium Hospital Selayang, Hospital Selayang, Selangor.

31.07.08

Mesyuarat Jawatnkuasa Penilaian Ijazah Dan Pendaftaran Ahli Farmasi dan Pertubuhan Perbandanan (JKIP) BIL 3/2008- 2.30 pm

Bilik Mesyuarat , Urusetia Lembaga Farmasi Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Petaling Jaya.

26.07.08

MPS-Johor Area Committee- "Annual Pharmacist Dialogue Session 2008 (Saturday)"- 8.00 am - 1.00 pm

Zon Regency Hotel Johor Bahru.

26.07.08

BIM 35th Annual General Meeting, AGM: (35)/2007/2008)- 9.00 am

The Royal Selangor Club, Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

24.07.08

Jemputan Menyertai Seminar Memperkasakan Gaya Hidup lestari Semapena Hari Pegguna Malaysia 2008

Contact: Puan Siti Rahayu Zakaria 03-7876 2009

Dewan serbaguna, Kompleks Sukan TNB, Jalan Bangsar, Kuala lumpur.

24.07.08

Monash University Sunway Campus 10th Anniversary Gala Dinner

Sunway Lagoon Resort Hotel.

07.07.08

Accreditation Meeting-7.00 pm

MPS Secretariat, Taman Tun Dr Ismail.

05.07.08

BIM 35th Annual General Meeting, AGM: (35)/2007/2008)- 9.00 am

To de informed later.

01-04.07.08

The 8th Asian Conference on Clinical Pharmacy

Surabaya, Indonesia.

>>Click for details



source - http://www.mps.org.my/

Maklumat Terkini Mengenai Melamine


Baru sahaja mencari maklumat mengenai pencemaran melamine dalam produk tenusu dari negara China. Melamine digunakan untuk menambahkan kandungan protein dalam susu.


KENYATAAN AKHBAR KE LAPAN (27 September 2008)

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN ISU MELAMINE



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan maklumat terbaru berhubung dengan pencemaran melamine di dalam produk makanan.

Berkaitan dengan senarai produk makanan yang tidak terlibat dengan pencemaran melamine yang telah dikemaskini sehingga hari ini ialah sebanyak 980 produk daripada 34 syarikat seperti di Lampiran 1.

Sehingga hari ini, 540 penyitaan telah dijalankan ke atas produk makanan yang disyaki di pasaran tempatan di seluruh negara bernilai RM 92,366.41 seperti di Lampiran 2. Selain dari mendapat jaminan dari pihak industri bahawa produk makanan tersebut tidak
mengandungi susu yang diperolehi dari Negara China, sampel diambil dan dianalisis oleh Jabatan Kimia bagi memastikan ia mematuhi standard sebelum dibenarkan untuk dijual di pasaran.

Pada hari ini, keputusan analisis bagi 3 lagi sampel produk makanan telah diperolehi dan kesemuanya mematuhi standard bagi melamine. Ini menjadikan jumlah sampel produk yang telah dianalisis setakat ini adalah 16 sampel seperti di Lampiran 3.

Sejak bilik gerakan dibuka pada 23 September sehingga 27 September 2008, sebanyak 1,157 panggilan telah diterima daripada orang ramai bagi mendapatkan khidmat nasihat dan kepastian produk makanan yang tidak dicemari melamine. Talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi sehingga 9.00 malam termasuk cuti umum dan Hari Raya Aidil Fitri. Sehingga kini, hits laman web Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM), http://fsq.moh.gov.my telah mencapai seramai 17 ribu pengunjung.

Pengguna dinasihatkan tidak perlu risau mengenai isu melamine kerana KKM telah mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu ini. Namun begitu, pengguna dinasihatkan sentiasa membaca label makanan sebelum membeli sesuatu produk makanan di pasaran. Maklumat terkini mengenai isu melamine ini boleh diperolehi melalui media massa seperti televisyen, radio, akhbar dan laman web BKKM.

Pengarah
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia

27 September 2008

TALIAN HOTLINE BILIK GERAKAN KKM:

03- 88833655

03- 88833503

03- 88833500

03- 88833652

LAMAN WEB:http://fsq.moh.gov.my


Senarai penuh produk yang tidak dikaitkan dengan pencemaran melamine di China : download SINI (page 5)

Maklumat detail mengenai pencemaran melamine oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, baca SINI

Friday, September 26, 2008

Happy Holiday

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Bercuti Bersama Keluarga Tersayang


Our break from 26/9 - 6/10/2008

Nak bagi personal ucapan raya? anta la comment kat topik ini.amat dialu-alukan.
Semoga kita semua bermaaf-maafan.


Monday, September 22, 2008

A DAY WITH PERMATA CAMAR IV

Salam..Alhamdulillah akhirnya selesai jgk prgram kita berbuka puasa bersama anak2 yatim Permata Camar..Terima kasih kpd semua komiti yang terlibat, yang bg sponsor, yang tolong susun2 meja, yang gotong royong bersihkan surau, yang buat air, yang masak kalu ade, yang sediakn makanan, and last skali, yang tolong datang. Harap2 program kita diberkati Allah dan dapat memberi sedikit manfaat kpd anak2 yatim tu termasukla kpd kita skali..saya nk minta maaf kalu ade slh silap kalau program ni x menarik ke? sekejap sgt ke? makan x sedap ke? atau ape2 je la.

So,kepada sape2 yang ade komen atau pendapat psl program ni atau program lain ke boleh la luahkan kat sini..ni pun utk kebaikan kita semua jgk..

..TAMAT..

Saturday, September 20, 2008

PengumumanKU

Memandangkan ini blog, jadi bila ade post baru, post yg lama akan disesarkan ke bawah hingga akhirnya diabaikan.
Begitu la yang terjadi kepada post yg penting seperti T-shirt batch.
So..ade link kat seblah under discussion. betol2 kat bawah jam.
Kamu klik kat situ. Terus ke post T-shirt.
Kamu boleh sambung berdiskusi di situ.
okayh!!!

-Aku yg risau-

Friday, September 19, 2008

Blog Staff IIUM

http://blogs.iium.edu.my/

Copy from iiumblogger.com
I was searching for IIUM Bloggers in the Google. Then I’ve found out some blogs that are belong to IIUM staff. Its just that IIUM especially under ITD is promoting blogging to all the staff. They even provided its own blogs.iium.edu.my server for that purpose.

Its a good way to .......... read more - http://iiumbloggers.com/2008/09/staff-vs-student-blogs/


Kredit to - adlan (2nd admin iiumblogger)

A DAY WITH PERMATA CAMAR III





Tentative Program:

3.30 pm: Departure to Penempatan Anak-Anak Yatim Nadwah – Permata Camar (PAAYNPC), Kuantan, Pahang Darul Makmur
4.00 pm: Arrival at PAAYNPC
4.10 pm: Congregational Asr’ prayer
4.30 pm: Group Binding
Gotong-royong
Preparation for Iftar Jamai’e
6.00 pm: Speeches
- quran recitation
- representatives
- representative
6:30 pm: Token of appreciation
6.45 pm: Rest, get ready for Iftar Jamai’e
7:06 pm: Iftar Jamai’e
Congregational Maghrib Prayer
Tazkirah
8:30 pm: Congregational Isya’ Prayer and Tarawih Prayer
10:00 pm: Moreh
10:30 pm: Departure to IIUM Kuantan

Thursday, September 18, 2008

Aku bercakap tentang T-Shirt Batch

Kamu nampak tak di belakang tu? bertulis..
'We Are Expert In Dealing With Drugs'



Haa..ni design sebelah depan. Kita mengalu-alukan pendapat seperti berikut;
Warna
Font
Saiz
Susun atur logo
Jenis kain
Kolar
..dan yang sewaktu dengannya.
Ini untuk kamu, aku dan kita.
Sama-sama kita jayakannya.
Okayh.

ISSUANCE OF PRELIMINARY EXAMINATION TIMETABLE FOR SEMESTER I, 2008/2009

NOTICE ON THE ISSUANCE OF PRELIMINARY
EXAMINATION TIMETABLE FOR SEMESTER I,
2008/2009

All Undergraduate Students May View And Print the Preliminary
Examination Timetable For Semester I, 2008/2009 Beginning
8th September 2008. You are also required to print/check your
latest confirmation slip.
Kindly Log In To:

http://www.iiu.edu.my/anr
and
student portal

We Would Appreciate If Any Feedback On Clashes Or Omissions Of
Courses Could Reach The Respective Kulliyyah/Centre Latest By
19th September 2008 . Any Request After The Deadline Will Not Be
Entertained
.

Date Issued : 8th September 2008
Date Expired : 19th September 2008
Refer - HERE

A DAY WITH PERMATA CAMAR II

Sepertimana yang telah dirancang, minggu ni kita ada iftar kat rumah anak yatim kan. Program ni diwajibkan utk sume ormng. So, harap2 semua boleh datang untuk memeriahkan program tu..Bukan ape, program ni pun setahun sekali je. Apatah lagi dibuat dlm bulan Ramadhan. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Cuba kita bayangkan keadaan anak2 yatim tu yang x de mak ayah..kalu raya pun raya sorang2, sambut antara mereka je. Sekurang2nya dengan kedatangan kita nanti dapat la menggembirakan sedikit perasaan mereka nanti..InsyaAllah..

Seterusnya, sape2 yang nak menghulurkan sumbangan tu amat la dialu2kan..Ikhlaskan niat kita kerana Allah. Esok InsyaAllah akan diedarkan sampul surat derma untuk anak2 yatim tu.So, sediakanlah duit banyak2 esok.

Berkenaan tempat pulak, korang tau x jalan nak pegi ke pantai sepat? Ala tempat kita buat Pharmily Day haritu..kalu tau korang ikut je jalan tu daripada Megamall ke Tg Lumpur, lalu Yayasan Pahang terus je sampai jumpa simpang tiga belok kanan arah ke Pekan. Pastu korang akan jumpa simpang tiga lagi, belok kiri menuju ke Pantai Sepat..kalau terus akan pegi ke Pekan.. Kat simpang tiga tu, korang dah boleh nampak signboard untuk pegi ke Rumah Anak Yatim Permata Camar..Ikut je signboard sampai jumpa tempat tu..Senang je

Signboard ke Rumah Anak yatim Permata Camar



Ok..kalu x jumpa boleh tnye aku.

Wednesday, September 17, 2008

Tazkirah Dr. Mohamad Awang

Bersumber dari Salman Al-Farisi (R.A), ia berkata, "Pada akhir bulan Sya'ban, Rasulullah (S.A.W) berpidato di tengah-tengah kami. Beliau bersabda, "Wahai manusia, telah datang kepada kalian suatu bulan yang agung dan penuh berkah, bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebihbaik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasanya sebagai kewajiban, dan qiyam malamnya sebagai kesunatan. Barangsiapa yang mendekatkan diri kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan suatu kebajikan, nescaya ia seperti orang yang melakukan suatu kewajiban pada bulan yang lain. Dan barangsiapa yang melakukan suatu kewajiban pada bulan itu, ia seperti orang yang melakukan 70 kebajikan pada bulan yang lain. Bulan itu adalah bulan kesabaran, dan balasan kesabaran adalah surga, bulan pertolongan dan bulan yang rizki seorang mukmin ditambaj. Barangsiapa yang memberikan buka kepada orang yang berpuasa pada bulan tersebut, hal itu merupakan ampunan bagi dosa-dosanya, pembebasan dari neraka, dan ia mendapatkan pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun dari pahalanya.: Para shabat berkata, "Wahai Rasulullah, tidak setiap kami mampu memberikan buka kepada orang yang berpuasa" Rasulullah (S.A.W.) bersabda, " Allah akan memberikan pahala itu kepada orang yang menjamu berbuka kepada orang yang berpuasa sebutir korma, atau seteguk air, atau satu cicipan susu tidak murni.



Hadith yang Dr. bace mase tazkirah kat Masjid KOM lps Zohor smlm

Coret-coret II

13
Ramadan tinggal 13 hari je lg..jangan sia-siakan bulan yang penuh barakah ni..belum pasti lagi kita akan bertemu kembali dengan Ramadan untuk tahun depan..dan 3 hari lg untuk kita melalui 10 malam terakhir di bulan Ramadan..dan semua pun tau ad 1 malam lailatul qadar dalam sepuluh malam terakhir....dan sebenarnya kedatangan(masa) ramadan kali adalah lebih baik daripada masa ramadan tahun lepas..sebab ramadan tahun lepas dh dkat dgn final exam, tapi tahun ni, agak lama sedikit dari final exam..dh xde alasan utk antara final exam dan ramadan,tp jgn lupa studi..jd jgn lepaskan peluang ni..banyakkan amal-amal ibadat,perbanyakan kerja kebajikan..semoga kita berjaya membentuk diri soleh dan solehah dalam madrasah ramadan tahun ini dan komited dgn amal soleh kita selepas ramadan..

p/s: hari raya pun 13 hr lg..hehe..ramadan dulu..br syawal..

60
Kita masih ada lg 60 markah untuk final exam ni dalam hampir semua subjek. Jd, ayuh, kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dalam final exam ni..Tinggal lebih kurang 6 minggu je lagi sblm final exam..kita x perlu tunggu result midsem kuar-kemudian br nk stat studi.. yang penting kita berusaha dr sekarang.. nant x perlula sampai x tdo semalaman untuk studi last-last minute..berusaha..berdoa..bertawakal..selamat berusaha dan semoga berjaya utk semua..

Coret-Coret

Berikut adalah beberapa perkembangan mengenai kulliyyah kita...

1. Ada kemungkinan minggu depan result midsem exam akan kuar-sumber Bro Qais

2. InsyAllah mulai bulan April 2009-KOP akan mulai berpindah ke bangunan baru-sumber Bro Erman.

3. Bro Qais br dapat anak perempuan-insyAllah dia akan blk JOrdan minggu depan( Sebab isteri dan anak dia ada d sana). Hari ini dia ke USM Penang-x pasti sampai bila. Kalau sempat dan cnfirm dia blk Jordan boleh bagi hadiah.

Monday, September 15, 2008

87 pelajar farmasi UIAM rai anak yatim?

contoh : 48 siswa UUM rai anak yatim Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my


KUANG: Seramai 48 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Kuala Lumpur menggunakan kesempatan Ramadan ini bagi melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap kira-kira 90 anak yatim Asrama Damai, di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20080915084831/Article/index_html

Pelajar UiTM ceria penghuni Rabeka

HULU KLANG: Kegembiraan jelas terpancar pada wajah kanak-kanak Rumah Anak Yatim Amal Belaian Kasih (Rabeka) apabila diraikan dengan penuh meriah oleh 15 pelajar tahun akhir pengajian luar kampus jurusan Perhubungan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi program amal yang diadakan baru-baru ini.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20080915084759/Article/index_html

batch kita nk pg ke rumah anak yatim minggu dpn kan? apa kata kalau dlm paper nanti keluar- '87 pelajar farmasi UIAM rai anak yatim' ?? macam menarik dan dpt menaikkan nama farmasi uiam...

A DAY with PERMATA CAMAR

A DAY with PERMATA CAMAR

VENUE:
Penempatan Anak-Anak Yatim Nadwah
– Permata Camar
Kuantan, Pahang

DATE:
21st September 2008

DAY:
Sunday


ORGANIZED BY:
6th Batch Pharmacy Students,
Kulliyyah of Pharmacy,
IIUM

Kat atas tu adalah details utk prgram iftar kat rumah anak yatim..
Bayaran sorg RM5. Boleh bayar kat shamel.. Makan nasi tomato kot..ok la tu. kia sedap jgk la kan. Jadi, harap sume org blh bg kerjasama dtg ke prgram tu..Kalu liat sgt pun, dtg buka puasa pun ckpla.

Program sekejap je pun. Petang sampai malam..Selain tu, blh kita tengok2 skt macam mne & nasib keadaan anak-anak yatim kat situ dibandingkan dgn keadaan diri kita ni..kalu nk bg sumbangan lagi elok dan dialu2kan..So, ape2 maklumat akan diberitahu nanti k. Selamat berpuasa!!

Saturday, September 13, 2008

pertarungan Ramadhan

Ramadhan, tahun 1429 hijrah. Kerajaan DIRI sunyi sepi. Segala bunyi seolah-olah hilang dengan kejutan yang dibawa oleh media bahawa para tamtama Ramadhan mula mengibarkan panji perang di mercu langit. Bersedia untuk menggempur. Tanpa diduga, terdengar semboyan dan genderang dari segenap pelusuk dan keadaan ini menggusarkan Adipati ABID. Setiap rakyat dalam kerajaan tersebut sudah maklum, semboyan yang bersahutan dari segenap daerah setiap kali anak bulan Ramadhan bersinar merupakan satu alamat awal bahawa peperangan akan bermula. Pertarungan besar bagi merebut takhta dalam kerajaan DIRI yang berpusat di wilayah kecil bernama HATI.

Adipati ABID berkeluh kesah dengan wajah yang durja. Baginda buntu. Setiap kali berakhirnya Syaaban, pasti perasaan yang sama akan melanda dan menghantui diri. Jika baginda tunduk pada Sultan Ramadhan, maka baginda dan seluruh jelata akan terjajah dan menjadi hamba kepada perintah-perintah Sultan Ramadhan. Lantas, seluruh manda menteri dan pembesar kerajaan dititahkan menghadap baginda bagi menyelesaikan kesulitan yang mengepung fikirannya saat itu.


“Mamanda, bagaimana serangan tentera-tentera Ramadhan dapat kita elakkan? Beta tidak mahu terus mengalah dan membiarkan mereka menakluk kerajaan DIRI. Tahun lepas, kita berjaya menumpaskan serangan dari tentera-tentera Ramadhan. Kali ini, beta khuatir……” pertuturan Adipati ABID terwakaf di situ.


“Tuanku, kali ini tentera-tentera Ramadhan datang membawa barakah. Mereka datang bukan untuk membikin huru-hara dalam wilayah kita. Mereka datang membawa maghfirat.” Seorang manda menteri yang dikenali sebagai Munsyi Akal menuturkan pendapat dengan wajah tenang sambil mengurut-urut janggutnya.


“Ampun tuanku, nampaknya Munsyi Akal menyokong pasukan Sultan Ramadhan. Dia mula bersekongkol dengan musuh kita, tuanku. Pada hemat patik, kita lawan tentera-tentera Ramadhan dan tali barutnya mesti ditentang habis-habisan.” Mandulika Nafsu bangkit dari tempat bersila sambil telunjuknya lurus menghala ke arah Kiyai Kudsi. Sejurus, suasana di dalam balai istana mula bising dan sesekali kedengaran beberapa orang menteri Kerajaan DIRI bertelagah sesama sendiri.


“Diam, ini bukan waktu untuk bertelagah dan saling tuduh-menuduh!” suara Adipati ABID meninggi. Baginda bangkit dari pancapersada Kerajaan DIRI sambil membetulkan mahkotanya dengan rona tegang mencuka.


Panglima Kalbu, arahkan tentera-tentera kita bersiaga di sempadan negara untuk menentang tentera-tentera Ramadhan!” adipati memerintah lantang.


“ Tuanku adipati, tentera-tentera kita sudah mula dirigap oleh pasukan Sultan Ramadhan. Apa tuanku sudah lupa, setiap kali semboyan berbunyi pada maghrib terakhir Syaaban semua tentera kita yang bernama syaitan akan dipasung oleh pihak mereka sehinggalah Syawal menjelma.” Panglima Kalbu bersuara, sedikit cuak. Ragu sekiranya penerangan yang ditutur bakal menimbulkan murka adipati.


“Apa?” Adipati ABID terduduk. Wajahnya beriak kecewa dengan penjelasan Panglima Kalbu. Suasana balai istana kembali tenang. Setiap penghuninya berteleku memikirkan jalan keluar untuk mengatasi serangan daripada tentera-tentera Ramadhan.



Tiba-tiba seorang pengawal berlari masuk ke dalam balai istana dengan kecungapan membawa khabar bahawa tiga orang pembawa utusan Sultan Ramadhan sedang menanti di luar istana dan berhajat untuk menghadap Adipati ABID. Sejurus mendapat kebenaran, tiga orang lelaki yang membawa utusan daripada Sultan Ramadhan melangkah tenang ke tengah-tengah balai penghadapan. Pandangan mata setiap mamanda dan pembesar kerajaan tercatuk pada dulang yang dilitup dengan baldu hijau yang ditatang oleh salah seorang pembawa utusan kerajaan lawan mereka.


“Ampuan Tuanku Adipadi ABID, kami datang membawa utusan daripada Sultan kami.” Ketua utusan Sultan Ramadhan memulakan bicara penuh sopan dengan wajah yang sedikit tertunduk selepas menyampaikan salam. Adipati ABID diam, wajahnya jelas beriak gusar. Setiap mamanda dan pembesar kerajaan kelihatan tekun menunggu kalam seterusnya yang akan terbit dari mulut pembawa utusan Sultan Ramadhan.


“Sultan kami ingin bersekutu dengan Adipati ABID dan mempelawa seluruh jelata Kerajaan DIRI untuk menjalani ibadah puasa kerana ibadah puasa itu diwajibkan kepada umat kini sebagaimana diwajibkan kepada umat-umat terdahulu agar kalian bertakwa. Oleh itu, kami ingin mengajak kalian untuk menjauhi ‘adat berpuasa’ untuk menuju hikmah ‘ibadat berpuasa’.” Utusan tersebut berbicara tenang dan suaranya kedengaran lunak memenuhi balai istana yang sunyi.


“Adat berpuasa? Beta tidak pernah dengar adat tersebut. Serupakah dengan Adat Temenggong atau Adat Perpatih yang sedia ada?” Wajah Adipati ABID mula berkerut sambil jarinya menggaru-garu cuping telinga yang tidak gatal.


“Oh, maksud kami ibadah puasa yang dipelawa oleh Sultan Ramadhan ialah ibadah puasa yang menepati syariat yang ditetapkan oleh Baginda. Ini bermakna, setiap orang yang berpuasa bukan hanya perlu menahan diri dari makan dan minum, malahan mereka diwajibkan untuk menahan gejolak nafsu dan mengawal diri dari melakukan segala kemaksiatan. Bukan itu sahaja, segala indera dan anggota diri perlu dijaga daripada melakukan sesuatu perkara yang sia-sia kerana terdapat orang yang berpuasa yang hanya memperolehi lapar dan dahaga sahaja. Semua ini dilakukan bagi mencapai ketakwaan. Inilah yang akan menjadi kayu ukur bahawa sesuatu ‘adat’ itu berbeza dengan ‘ibadat’ itu ” Pembawa utusan yang kedua menyambung bicara bagi merungkaikan kekeliruan yang berlegar di minda Adipati ABID.


“Tuanku, kami juga ingin menyampaikan pesan daripada Sultan kami bahawa Baginda akan mengampunkan dosa-dosa yang dilakukan oleh kalian sebelum ini sekiranya kalian sudi bersekutu dengan kami untuk berpuasa di bulan ini dengan penuh keimanan dan mengharap keredaan Baginda. Buat pengetahuan tuanku adipati juga, Sultan kami menjanjikan pelepasan dari api neraka sekiranya tuanku Adipadi ABID dan seluruh jelata Kerajaan DIRI bersetuju untuk menerima tawaran kami.” Seorang pembawa utusan yang lain menambah.


“Maksud kalian?” bicara Adipati Abid masih menunjukkan bahawa baginda masih kabur dengan penerangan pembawa utusan Sultan Ramadhan.


“ Tuanku adipadi ABID, di dalam syurga terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Pada hari kiamat kelak, pintu itu hanya akan dilalui oleh orang-orang yang berpuasa sahaja. Itulah antara ganjaran yang Sultan kami sediakan kepada sesiapa yang meninggalkan ‘adat puasa’ dan menyempurnai ‘ibadat puasa.’ Ibadah puasa mengajar kita untuk bersabar dan meningkatkan rohani untuk membina hubungan antara seorang hamba dan Baginda.” Pembawa utusan yang sama menyambung. Serentak mamanda menteri dan pembesar kerajaan tergangguk-angguk sambil berbisik-bisik sesama sendiri. Munsyi Akal tersenyum lebar. Mandulika Nafsu mula berkalih duduk dan dahinya mula disimbahi peluh dingin. Gerahamnya diketap dalam kegelisahan.


“Tuanku adipati, Sultan Ramadhan ada mengirim sesuatu untuk dipersembahkan kepada tuanku.” Perhatian dan pandangan Adipadi ABID serta seluruh penghuni balai mula teralih ke arah tangan pembawa utusan tersebut. Lantas, baldu hijau yang melitupi dulang yang ditatangnya dibuka. Serta-merta balai istana diterangi oleh cahaya bersemarak dan berkilauan yang terbit dari sebutir mutiara besar dari dalam dulang yang dibawanya. Setiap mata memandang penuh takjub seri cahaya yang begitu memukau mengalahkan bintang timur di langit gemilang.


“Tuanku adipati, mutiara ini ialah tamsilan untuk al-Qadr. Al-Qadr ialah satu malam yang begitu istimewa dan lebih baik dari seribu bulan kerana bulan ini membawa barakah serta segala amalan dalam bulan ini akan digandakan pahalanya. Pada malam al-Qadr, malaikat dan roh akan turun dengan izin Sultan Ramadhan dan kesejahteraan akan menyelubungi malam tersebut hingga ke fajar.”


“Maksud kamu?”


“Itulah keistimewaan bulan ini, tuanku. Sultan Ramadhan juga menyampaikan pesan agar tuanku Adipati ABID dan seluruh jelata Kerajaan DIRI mengerjakan solat sunat terawikh dalam bulan ini kerana setiap malam akan dijanjikan hikmah yang besar.” Kali ini, Adipati ABID mula tersenyum. Tawaran-tawaran hebat yang ditawarkan oleh Sultan Ramadhan begitu menarik dan permusuhan antara Kerajaan DIRI dan Sultan Ramadhan wajar ditamatkan segera.


“Pulanglah kalian dan khabarkan kepada Sultan Ramadhan bahawa beta bersetuju untuk bersekutu dengan kerajaan Baginda. Beta juga akan menyanggupi pelawaan Baginda untuk berpuasa dan akan menyeru seluruh warga Kerajaan DIRI untuk berpuasa pada bulan ini.” Senyum Adipati ABID semakin lebar dan wajahnya berona jernih.


“Munsyi Akal, arahkan seluruh jelata kita untuk berpuasa pada siang Ramadhan sebagaimana yang disarankan oleh Sultan Ramadhan. Titahkan juga kepada seluruh warga Kerajaan DIRI untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan amalan kebaikan.”


“Titah dijunjung, tuanku adipati.”


“Panglima Kalbu, tangkap Mandulika Nafsu. Rupa-rupanya selama ini dialah yang banyak menghasut dan mempengaruhi beta untuk memusuhi Sultan Ramadhan. Beta arahkan Mandulika Nafsu dijatuhi hukuman buang daerah!” Adipati ABID memandang Mandulika Nafsu dengan penuh kemurkaan.


“Titah dijunjung!”


Ramadhan ini, tidak seperti Ramadhan tahun-tahun sebelumnya. Ramadhan ini, Adipati ABID mula mengerti satu pengajaran bahawa Mandulika Nafsu adalah musuh yang peling ketat dalam kerajaannya, dan musuh itu perlu disingkirkan. Ramadhan ini, Adipati ABID tidak akan kalah dalam pertarungan mendaulatkan sebuah wilayah kecil dalam Kerajaan Dirinya - hati!