Thursday, July 24, 2008

Tiada Lagi Songkok di Konvokesyen UIAM

Assalamualaikum. Harap semua sihat sejahtera. This entry is about UIAM Convo which will be held starting on 23rd August. Congratulation to those who graduated last semester especially iium pharmacy 3rd batch led by Badri.

Topi mortar ganti songkok semasa konvokesyen UIAM

24/07/2008 5:51pm

KUALA LUMPUR 24 Julai — Pemakaian songkok dan tudung khas oleh pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semasa majlis konvokesyen akan dihentikan dan diganti dengan topi mortar bermula 23 Ogos ini.

Timbalan Rektor di Bahagian Akademik dan Kajian, Prof. Datuk Dr. Tahir Azhar berkata, perubahan ini dibuat bagi menyeragamkan etika pemakaian konvokesyen pelajar di seluruh negara.

“Tambahan pula dengan perubahan ini kami tidak perlu lagi menjawab soalan-soalan berunsur skeptikal (was was) daripada sesetengah pihak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata dijangka seramai 4,112 pelajar akan mengenakan jubah dan topi mortar baru pada konvokesyen yang akan diadakan dari 23 hingga 25 Ogos ini.

Katanya warna jubah juga ditukar dari warna hijau firus (turquoise) kepada biru firus, dan mengubah corak songket yang sedia ada di bahagian lengan jubah dengan songket pucuk rebung yang lebih terserlah.

“Perbelanjaan untuk menyediakan jubah baru ini memakan belanja RM2.1 juta, tapi ia boleh dipakai untuk 20 hingga 30 tahun lamanya,” katanya. — BERNAMA


Dipetik daripada Utusan Malaysia

3 comments:

Shamel said...

hmm..x unik da la uia skrg.
songkok tuh yg bezakan uia dgn U laen rasenye.kan?

Amin Mansor said...

yap.tepat sekali.sblm ni kita pelik dari IPT lain tp skrang dah standardize

Anonymous said...

2.1 juta tu membazir jer. lebih baik buat kuliah, lg cepat siap.lg tahan lame, 100 tahun lebih bleh pakai...... keunikan memang dah semakin lenyap....