Sunday, July 6, 2008

Mahallah Baru Brothers

Ahh… Baru dapat online. Kat mahallah baru belum ada internet lagi. Huhuhu

Entri kali ini akan menceritakan perjalanan dari UIAM Kuantan ke Mahallah Talhah Brother. Ada 2 blok kat Campus Luar UIAM iaitu Talhah 8 & Talhah 9. Seramai 22 orang daripada brothers batch kita berada di kampus luar dan selebihnya memilih untuk menginap di rumah sewa.Semua pelajar farmasi brothers Year 2 0809 ditempatkan di Talhah 9 kecuali mereka yg berpindah ke rumah sewa.

Informasi ini amat berguna kepada mereka yang berhajat mahu datang ke kampus luar UIAM Kuantan yang terletak di Indera Mahkota 2. Jaraknya dari main gate UIA adalah lebih kurang 3km.

Gambar di bawah menceritakan perihal tersebut :

Keluar dari main gate UIA, belok kiri menghala ke ‘Kuantan’

Jalan Sultan Ahmad Shah, depan UIA

Ada selekoh. Jalan terus. Selekoh ke kiri adalah jalan shortcut ke Masjid Indera Mahkota@Stesen minyak Shell@kwsn perumahan manakala ke kanan menghala ke KWSP, Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara & banyak lagi pejabat-pejabat kerajaan negeri.

Traffic Light. Jalan terus macam kita nak pergi ke Pasar Malam Indera Mahkota.

Kemudian akan jumpa selekoh ke kiri. Di sini, kawan-kawan ada 2 pilihan. Nak ke kiri(menghala ke tunas manja) pun boleh, terus pun boleh. Bagi saya, paling dekat adalah jalan terus.

Sekiranya memilih untuk jalan terus, tak sampai 100 meter kawan-kawan jumpa selekoh ke kiri (selekoh pertama selepas simpang 3 tadi). Amik selekoh kiri.


Jalan yang gelap pada waktu malam kerana tiada lampu jalan.

AWAS! Ada 2 bonggol di jalan ni.

Dah sampai. Senang je nak kenal, tengok pagar hijau yang ada 2 blok bangunan.

Fire extenguisher juga terdapat dalam bilik. UTAMAKAN KESELAMATAN. ;P


Dalam bilik mahallah baru, ada hall, bilik, bilik sidai baju dan tandas. Apa pendapat kwn2 semua?

3 comments:

Anonymous said...

agak menarik jugak

Anonymous said...

cantik la asrama brothers.. x jauh beza la dari kat dlm..cume facilities cam cafe, court, x dapek la nk diadekan.. tp bg saye, asramanye alhamdulillah, cantik dan nmpk selesa..

Anonymous said...

salam..

aku rasa macam dah orait jer sumer..tapi kenapa org ramai tak suka dok kat sana? musykil2......

hall dia macam leh wat kenduri ar..canggih ar jugak..hihi..wat eva pun, good luck lar kat korang yang stay kat sana tue...take care~~!!