Friday, July 30, 2010

Panduan Penanda Aras Farmasi Komuniti (Community Pharmacy Guidelines)

Perniagaan hendaklah dimiliki sepenuhnya oleh Ahli Farmasi Berdaftar. Sekiranya berkongsi, tanpa mengira bilangan rakan kongsi, Ahli Farmasi Berdaftar hendaklah mempunyai kepentingan sekurang-kurangnya 51 %.

Jika perniagaan dimiliki oleh Syarikat, maka ianya mestilah berdaftar dengan Pertubuhan Perbadanan di bawah Seksyen 13, Akta Pendaftaran Farmasi 1951.

Notis Ahli Farmasi bertugas ( Pharmacist On Duty ) dipamerkan dengan maklumat;
(i) nama Ahli Farmasi
(ii) masa dan tarikh

Papan tanda larangan merokok dipamerkan dengan ketara untuk menggalakkan gaya hidup sihat.

Sijil Tahunan Ahli Farmasi semasa mestilah dipamerkan.

“Wet Compounding Area”
- direkabentuk dengan sinki dan kemudahan bekalan air.
- kedudukan yang jauh dari makanan dan minuman.
- permukaan kerja dan rak adalah dari bahan yang kalis air dan mudah basuh.

”Dry Compounding Area”
- direkabentuk bagi tujuan pengiraan tablet / kapsul, pengisian, pembungkusan dan perlabelan ubat-ubatan.
- kedudukan yang jauh dari makanan dan minuman.

http://www.cornerstone-msc.net/new_mps/cfm/announcement_view.cfm?id=1232

No comments: