Monday, July 19, 2010

Jika aku berada di sana..

4.15 pagi di perairan antarabangsa ke lembah anbia. Kedengaran azan yang dilaungkan di kapal Mavi Marmara menggerakkan diriku untuk menyegerakan sembahyang subuh. Ketika itu aku sudah dimaklumkan akan kedatangan tetamu yang tidak diundang ke kapal yang aku naiki. Semua penumpang Mavi Marmara tidak resah akan mereka. Hanya Allah yang mereka percayai, yang akan melindungi mereka. Kedatangan aku dan sahabat-sahabatku yang lain tidak lain tidak bukan adalah atas dasar kemanusiaan. Aku membawa makanan untuk sahabat di sana menikmati apa yang aku syukuri. Aku membayangkan pensil dan kertas yang akan digunakan sebagai medium menimba ilmu. Aku akan membina rumah di sana untuk mereka berlindung daripada panas dan hujan. Betapa gembiranya hatiku di kala ini. Perjalanan yang semakin hampir mengguris sanubari.

Oh, apakah ini ujian atau sudah ditentukan di Lauh Mahfuz. Tentera laknatullah sudah semakin menghampiri. 30 buah bot laju meredah ombak dan mendekati kapal. Lalu sahabat-sahabat perjuangan menghalakan lampu suluh kepada mereka. Mereka akur, dan serbuan mereka ditangguhkan. Aku sangkakan mereka akan meninggalkan kapal ini. Rupa-rupanya 2 buah helikopter pula menghampiri. Kali ini tidak dapat disekat lagi. 2 orang komando kafir itu mendarat ke atas kapal. Namun, Allah tidak membiarkan mereka di situ. Sahabatku dari Turki berjaya menangkap mereka dan menghentikan percubaan mencabul perjalan indah kapal ini. Namun, Allah jua yang menentukan sebaliknya. Satu das tembakan menembusi pejuang keamanan. Bah, terlantar di atas kapal, tidak bergerak.

Lantas baju putih di kibarkan melambangkan perdamaian. Namun laknatullah tidak mengenal apa itu perdamaian. Bagi mereka, putih adalah ‘green light’ penanda kelemahan musuh mereka. Lantas serangan bertubi-tubi dilepaskan ke atas penumpang Mavi Marmara. Peluru getah diselang-selikan dengan peluru hidup. Digunakan hanya untuk membalas serangan yang bersenjatakan penyapu, batang-batang yang mudah patah, dan juga air pancut. Pengecut betul mereka!

Aku di ikat, selama 24 jam tanpa makan dan minum. Tiada apa-apa diberikan. Sahabat-sahabatku sudah syahid. Mereka mungkin berterbangan di syurga sana. Setibanya di Palestin yang Dijajah, aku di layan dengan teruk. Disangkakan makanan, rupanya arsenik yang diberikan. Sahabatku yang dihantar ke hospital bukannya dirawat, malah dibiarkan begitu sahaja. Bertambah perit apabila pembedahan dari dada ke perut tanpa menggunakan pelali. Ya Allah, betapa sakitnya dapat kurasakan. Apakah musabahnya di belah dada, sedangkan peluru bukan di situ? Apa yang laknatullah ini mahukan?

Segala Puji bagi Allah yang masih menghidupkan aku untuk menyampaikan kekejian mereka kepada dunia. Lantaran perbuatan melebihi kebinatangan, seluruh dunia marah dan menyumpah-menyumpah mereka. Laknat Allah bagi mereka akan tiba. Ingatlah tentera laknatullah, kami akan menang atau kami shahid. Tiada kekalahan bagi kami, kerana kami sentiasa berada di landasan kemenangan. Ingat itu!

3 comments:

mutiara bd said...

Kalau ana tak salah dengar(ana tak percaya sangat telinga ana, bila dah malam-malam), komado yang datang dengan kapal tu tak boleh naik Mavi Marmara sebab relawan sembur air paip dari kapal, slow je.. tapi tentera Israel tak berjaya naik.

Lepas tu baru tentera Israel datang dengan helikopter, maka para relawan pun suluh mereka itu dengan lampu wartawan.. Silau kejap, tapi akhirnya mereka turun jugak..Mulanya, relawan berjaya tangkap 2-3orang dari kalangan tentera tersebut, tapi akhirnya das tembakan pertama berbunyi.. (Tembak dari helikopter ke kapal).

Canggih senjata tentera Israel guna; senapang automatik tembak dengan pengesan laser..(nampak dalam video semalam)

mutiara bd said...

Canggih lagi rancangan Allah

msat said...

Betulla ape yg didengar tuh. Plot penceritaan tak berapa berkesan. :)