Dah lama tak update sbb exam kot....
Esok, 13hb > 14hb > 15hb...
Pelbagai cabaran dan kesusahan yang telah kita hadapi. Report practical, report attachments, report visit, assignment, midsem exam, presentation, OSCE dan VIVA. Itulah antara bebanan yang telah kita hadapi bersama. Perbincangan berkumpulan yang menampakkan bagaimana sifat sebenar sesorang itu telah mengeratkan hubungan kita semua. Presentation CP yang menakutkan semua orang telah kita lalui bersama.
Setahun lebih lagi kita akan keluar daripada UIA dan akan memasuki alam pekerjaan yang sudah pasti mengubah cara hidup kita. Sudah tentu ianya memerlukan masa untuk mengadaptasikan suasana kerja ke dalam diri kita. Sudah tentu bebanan kerja akan menghantui kita. Andai kita tiada komitmen dalam kerja, sudah pasti akan menimbulkan masalah kepada majikan kita. Sama juga situasinya dgn keadaan sekarang. Andai kita tiada komitmen dalam melakukan kerja-kerja yang perlu dilakukan, sudah pasti rakan-rakan kita berasa tidak selesa dengan kita. Sekarang kita seorang pelajar, tanggungjawab kita adalah belajar dan menimba sebanyak mana ilmu. Tidak lupa hubungan kita dengan kawan-kawan. Ego adalah musuh utama kita. Hormat-menghormati sesama kita akan menimbulkan suasana yang bahagia di kalangan
Akhir kata, marilah sama-sama kita menggunakan ruang yang ada sekarang untuk terus berjuang menghadapi saki baki final exam!
16/11/2009 : Dosage Design
17/11/2009 : Biotech Elective
19/11/2009 : MCQs
No comments:
Post a Comment