Wednesday, July 15, 2009

Memo pagi


Indah sungguh bangunan kuliyyah,
Menjadi tumpuan mahasiswa bestari,
Assalamualaikum,maaf mencelah,
Menyampaikan tazkirah dah jadi hobi.

Cubit peha kanan, yang kiri pun terasa,
Begitulah Islam mengajarkan persaudaraan,
Umat dibunuh,ditindas dan disiksa,
KFC dan Mc Donald dibeli jangan.

Keperluan memboikot bagi kita umat Islam, bukan sekadar isu kemanusiaan. Ia adalah isu yang lebih besar dari kemanusiaan. Umat Islam di musuhi secara terang-terangan. Siapa sahaja, apa sahaja anutan, semuanya sepakat menentang Islam. Jika kita perhatikan, pelbagai cara Islam di tentang. Dari dalam filem hinggalah kepada makanan.
Jika kita medakwa kita prihatin mengenai sahabat kita, mari kita lihat kembali, apakah sebab keprihatinan tersebut? Jika kita prihatin atas dasar agama, maka adakah adil jika kita hanya prihatin kepada sahabt kita yang berada disekeliling kita?

Bagaimana dengan sahabat seagama yang sedang bersusah payah mempertahankan masjid dimana berlakunya peristiwa Isra mi’raj Nabi junjungan kita? Adilkah kita, kenyang dengan KFC dan Mc Donald, tetapi sahabat disana, sedang lapar dan bersusah payah mempertahankan masjid dari serangan kafir laktunallah. Dan lebih tidak berhati jantung, serangan itu adalah dari keuntungan jualan KFC dan Mc Donald.

Siapakah yang mengarahkan kita berbuat baik sesama insan? Adakah ia satu pilihan atau satu tuntutan? Mari kita renungkan.
p/s: bukan sekadar KFC dan Mc Donald yang perlu diboikot, tapi baguslah sebagai permulaan;)

1 comment:

Anonymous said...

mcd kfc dah xleh makan,
boikot israel la katakan,
ape lg tauke taj encik cagan,
buatla jualan murah2an :p