Sunday, July 12, 2009

Selamat Kembali ke UIA Kuantan

Assalamualaikum w.b.t,

InsyAllah isnin ini akan bermulalah sem baru sesi baru-Sem 5 Tahun 3 09/10.
Buat rakan-rakan yang dihormati dan dirindui,

Semoga kita melangkah ke sem baru di bangunan baru dengan azam yang kuat untuk berjaya bukan saja dalam bidang akademik malah semua sekali-di dunia dan di akhirat.
Kejayaan dalam setiap perkara yang dilakukan adalah amat penting sekali.
Kita mesti dan perlu berjaya. InsyAllah dengan usaha yang gigih, doa yang ikhlas serta tawakal yang yakin kepada Allah swt, kita akan berjaya.

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing tapi matlamat kita tetap satu iaitu mencari keredhoan Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan.
Jangan mudah putus asa sekiranya kita pernah kurang berjaya atau atas kesalahan yang pernah kita lakukan. Semua itu adalah pengajaran buat kita. Apa yang penting adalah kita jadikan perkara yang lepas itu sebagai kekuatan untuk kita berjaya pada masa hadapan. Rancang semula tindakan kita untuk yang perkara-perkara yang kurang berjaya. Muhasabah diri. ‘Fail to plan is plan to fail’.Jika sekiranya kita pernah lakukan kesalahan cara yang terbaik adalah bertaubat kepada Allah dan meminta maaf kepada org yang telah kita buat salah.

Kita perlu berusaha keras untuk dalam 4 sem yg terakhir ni. Gunakan sepenuh kekuatan kita untuk mendapatkan kejayaan-kejayaan di dunia dan di akhirat. Tiada sebab untuk kita tidak berjaya. Semua org boleh berjaya sekiranya mereka mahukan kejayaan. Pelajar-pelajar bukan Islam-bukan bumiputra sentiasa cemburukan kita. Peluang kita untuk belajar, biasiswa sentiasa terbuka luas buat org Islam, melayu. Jika dibandingkan dengan pencapaian mereka, kita jauh ketinggalan. Kita perlu gunakan peluang yang ada ini dengan sebaik mungkin. Bukan semua dapat peluang belajar farmasi tapi ramai yang mengimpikan untuk menjadi ahli farmasi.

Maka, janganlah kita persiakan peluang yang ada. Jangan kita hampakan harapan ibu bapa, keluarga, kita. Ikhlaskan hati. InsyAllah, Allah swt akan bantu kita.

InsyAllah dalam sem ini akan ada beberapa pendekatan baru untuk batch dalam kita menghadapi 4 sem terakhir yg penuh cabaran. InsyAllah kita mahukan batch kita menjadi batch yg terbaik dalam semua aspek. Mana tau selepas ijazah, kita dah tak sambung belajar-setelah berbelas tahun kita belajar- bermula dari tadika, sekolah rendah . Mungkin ada juga yang ingin sambung belajar master dan seterusnya phD. Jadi, kuatkan semangat untuk memburu kejayaan yang terbaik di dunia (akademik, kokurikulum,dll) dan di akhirat (habluminAllah, dll) dalam 4 sem yang terakhir di UIA ni. Biar kita benar-benar layak digelar ahli farmasi yg grad dr uia-bkn disebabkan atas kuota bumiputera semata-semata.

Kita dah masuk ke UIA bersama-sama, jadi kita perlu grad dari Kulliyyah Farmasi bersama-sama dengan kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.Biar kita grad dari UIA nanti dengan nama yg harum, dan org kenang kita dengan kebaikan, insyAllah. Amiin.

InsyALLAh jumpa lg kita dalam masa yg terdekat. Semoga berjaya. Mulakan langkah baru dengan azam yang kuat untuk berjaya di dunia dan akhirat.

2 comments:

Anonymous said...

Bagus!thanx din

IIUM Pharmacy 6th Batch said...

insyaallah din.same2 kita maju kehadapan.