Saturday, February 27, 2010

E-Risalah Campaign of Love Allah Love Rasulullah

SEJARAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah menyambutnya besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma'moon Al-Bataa'ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu. Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah.

Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL

Allah berselawat kepada Rasulullah saw:

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.” ( surah al-Ahzab ayat 56)

Para sahabat berkata: “Ya Rasulullah, kami telah tahu bagaimana mengucapkan salam kepadamu, tapi kami tidak tahu bagaimana mengucapkan selawat kepadamu.

Rasulullah saw menjawab: ucapkanlah: Allahhumma solli ‘ala Muhammad (Ya Allah, selawatkan atas Nabi Muhammad.)”

Kita meminta Allah berselawat ke atas Nabi bagi pihak kita, kerana hanya Allah yang mengetahui setinggi mana darjat Nabi Muhammad.

Allah sendiri mengagungkan Nabi, jadi tidak syirik bagi kita untuk mengagungkan Nabi.

Di antara cara untuk melahirkan rasa cinta kepada Nabi ialah dengan mengadakan sambutan maulud.

Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi dan Ibn Taghrabik. Antara yang membolehkan ialah Imam Jalaluddin Sayuti, Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Atiah Saqr dan Syeikh Yusuf Qardawi.

1. Imam Jalaluddin Sayuti:

"Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

2. Syeikh Yusuf Qardawi berkata(ringkasan):

"Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.

Sa'd Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid'ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam. Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid'ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam."

Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:

Allah berfirman: "maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung." (Al-Araf: 157)

Keterangan: Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud termasuk dalam umum ayat tersebut.

Firman Allah: "Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah." (surah Ibrahim: 5) Keterangan: Al-Baihaqi di dalam "Syakbu al-Iman" daripada Ubai bin
Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan 'hari-hari Allah' ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani menjelaskan lagi dengan katanya "kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar."

3. Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi'raj dan lain-lain. Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: "Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan."

Keterangan: Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

BY : DNT IPHA

No comments: