Thursday, November 13, 2008
Kawan dan sahabat
yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...
Kawan di akhir zaman ini,
Payah untuk kita temui.
Yang benar-benar sibuk Dengan urusan baiki dirinya.
Yang ada kini hanya Sibuk dengan urusan mengumpul dunia.
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya.
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat,
Yang sanggup bersusah dan penat dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat.
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang menjela.
Tapi ilmu fardhu Ainnya kosong belaka.
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui.
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa.
Mengunakan professionnya sebagai matlamat ke akhirat sana.
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka.
Yang hidupnya lebih berat dari berat
Ibadah dan amal terasa amat berat.
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan.
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar.
Yang ada hanya Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada.
Bersahabat untuk mendapat laba.
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui.
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri.
Yang menghidupkan ilmu yang ada.
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka.
Yang ada hanyalah yang suka berbincang dosa-dosa orang lain.
Yang menghidupkan sunnah barat.
Yang melupakan kehidupan akhirat.
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan.
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan.
Yang ada hanya yang menjadikan komplek tempat membuang umur.
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur.
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui.
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan.
Menjadikan nasyid nyayian harian.
Menjadikan selawat ucapan kelaziman.
Yang ada hanya artis di jadikan bahan pujaan.
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan.
Dianggap moden dan berketrampilan.
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir.
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail.
Menangis cemas mengenangkan saat kematian.
Merintih sayu mengenangkan persediaan.
Yang ada hanya Yang panjang angan-angan.
Mengumpul dunia kerja seharian.
Seolah kematian itu sangat jauh.
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh....
Sabda rasul;
"Bersahabatlah dengan orang yang baik akhlaknya kerana kamu akan dikenali melaluinya..."
Dalam satu riwayat, ada seorang sahabat bertanya kpd Nabi s.a.w: " Bagaimanakah ciri2 org yg ptt aku dampingi (utk dijadikan teman)?" Nabi s.a.w bersabda: " Teman yg kamu dampingi ialah apabila kamu melihatnya, kamu akan teringat Allah, apabila kamu mendengar kata-katanya, bertambah ilmumu dan apabila kamu melihat amalannya, lalu kamu teringat akan hari akhirat"
Marilah kita sama2 perbetulkan ikatan persahabatan kita supaya segala apa pon aktiviti yg kita lakukan bersama rakan2 kita diredhai Allah dan bukan sia2 belaka...
Enjoy ur holidays !!
Wednesday, November 12, 2008
Talhah Open Tournament (2008)
Tuesday, November 11, 2008
Konvoi Kelantan (1)
19hb/RABU : Berkumpul di UIAM KUANTAN
20hb/KHAMIS (*matming) :
8 pagi – konvoi ke Kelantan (after breakfast)
12 tengahari – singgah di Kuala Terengganu ( Masjid Kristal dan lain2). Matming akan bwk g jln2
2 ptg – singgah di Besut (rumah Izani)
6 ptg – sampai di Homestay di Pengkalan Chepa, KB
Malam - free aktiviti
21hb/JUMAAT :
11 pagi – bergerak ke rumah Nadiah (akad nikah)
Lepas akad nikah – bergerak ke bandar Kota Bharu,shopping jubah/kopiah/buku-buku agama/kitab-kitab/tasbih/tudung/kain sembahyang dan macam2 produk berkaitan agama (ada bukak gerai yg banyak pada pagi Jumaat)
Tengahari - sembahyang Jumaat (brothers) di Masjid Muhammadi Kota Bharu. Sisters boleh jalan2 di sekitar Kota Bharu seperti Bazar Buluh Kubu, Bazar MPKB dan Pasar Bulat (Pasar Siti Khadijah). Nak beli serunding? Beli kat Pasar Siti Khadijah. Nak beli batik? Beli kt Bazar, tawar-menawar dulu sblm beli.
2 ptg - makan tengahari. Banyak kedai makan di sekitar KB. Cadangan makan di bangunan MPKB, ada banyak restoran kat situ. Kemudian, jln2 di muzium, istana dan kota budaya (kalau sempat)
3 ptg - bergerak ke Rantau Panjang (tempat shopping produk berkaitan kain, kasut, beg dan pinggan mangkuk), juga melalui Pasir Mas
6 ptg - balik. Singgah di rumah Amin (mkn mlm) sebelum sampai Homestay, insyALLLAH
Malam - free Aktiviti
22hb/SABTU :
8 pagi – disediakan breakfast (nasi bungkus yg sedap insyaALLAH)
11 pagi - bergerak ke rumah Nadiah (kenduri)
Tengahari – pulang ke Homestay (rest)
Petang - free Activity @ pergi ke Pantai Irama Bachok @ Pantai Sabak (kt Pengkalan Chepa) @ g KB (Muzium, Istana dll) @ jalan2 rumah kwn2 kita yg tinggal di sekitar KB.
Malam – bersiar-siar di Wakaf Che Yeh (pasar larut malam)
23hb/AHAD :
Pagi – pulang ke rumah masing2
Latest info : Trip to CYBERJAYA
Berkumpul di CF sister 7.15am..
Attire:
Brother : Smart attire, T-shirt berkolar, Kasut, No jeans
Sister : Smart attire ( x semestinya baju kurung), No jeans
p/s: kite 'present' uia imej..so, buatla ape yang patut, jgn buat ape yg xpatut.. =)
Announcement : BOWLING dibatalkan..
Untuk makluman semua, atas beberapa sebab dan masalah, BOWLING tournament yang dicadangkan pada malam ni DIBATALKAN..harap maaf.
p/s: tolong sebarkan kat sape2 yg dirasakan xbaca blog ni.. tq.. =)
Our blog – Any Suggestion?
Do you know that today is our last day of SEMESTER 1 0809 (Year 2)? And this blog also have been set up before semester 1 started, undergoing a lot of changes day by day. But we still want to improve it to be better in future.
Regarding our blog batch -iiumrx6th.blogspot.com. Do you have any suggestion? Comments? Criticism? Address? Design layout? Colour? Content of the blog? Pictures? Links? Shoutbox? Pictures? Comments? Languages? Admin?Co-admin? Anonymous? Promoting? Etc? Please drop your comments here. We will consider all your suggestions insyaALLAH. We are highly appreciated your ideas.
We also appointed some of us to be co-administors. The co-admin will be changed for every year of study so that majority of us will experience the task of admins in handling the blog. Why change? Because we can not have many admins at one time. If some bad things happened with regard to admin’s power (eg- delete your post, comment, pics, etc), we cannot trace who is responsible for that.
Any more suggestions?
