Monday, October 22, 2012

Ekonomi >> 1 perkongsian


Selamat pagi dan selamat menambah iman dan amal untuk hari ini.

Siapa tidak tahu krisis kewangan yang berlaku di Greece dan Sepanyol??
bagaimana ia berlaku? dan bagaimanakah sikap masyarakat di sana??
>> tahukah kita? rakyat Greece dan Sepanyol tidak kisah tentang hutang negara mereka sehinggalah:

  • kerajaan mereka memotong subsidi
  • memotong gaji kakitangan kerajaan
  • membuang pekerja
  • menaikkan cukai...
Ya, sehingga 4 perkara tersebut berlaku, barulah rakyat Greece marah dan ambil berat tentang "lambakkan" hutang negara mereka!

Ayuh pergi lebih mendalam...

Rupa-rupanya masyarakat Greece tidak kesah pun berhutang untuk "keselesaan" hidup... Sudah lah tidak kisah kerajaan mereka berhutang, mereka juga berhutang secara "berleluasa".. maksudnya, secara individu dan secara berorganisasi, masyarakat Greece memang berhutang..dan jumlah itu sentiasa meningkat..

Sedangkan, peningkatan hutang sektor swasta akan menyebabkan:
  • asset bubble >> harga barang naik terlalu tinggi kerana ketamakkan para pelabur, hingga pada suatu hari harga tersebut tidak mampu dibayar oleh sesiapa pun walaupun oleh sebuah kerajaan!
  • kemelesetan ekonomi dan harga barang tetap tinggi >> stagflasi
  • kerajaan tidak mampu membantu membayar hutang rakyat.
Sedarkah kita tentang bahaya berhutang??

Hutang sangat berkait rapat dengan riba..

Apa kata Allah pada riba dan pengamal riba?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ . فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُون

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya. Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Al-Baqarah:  278-279

Allah isytihar perang pada RIBA. fuh. JAHATnya riba ini; kerana dengan riba:

  • masalah inflasi
  • masalah harga rumah dan keperluan lain yang meningkat
  • pengangguran yang tidak dapat diselesaikan
  • kemelesetan ekonomi secara tetiba meranapkan hidup manusia.

Bukankah begitu jelas?!
Pengharaman riba itu adalah satu rahmat!

Sudahlah riba itu banyak jahatnya, tidak disukai Allah pulak tu.
Apa jadi pada kita bila melakukan sesuatu yang dimurkai Allah..?
Apakah kita akan selamat jika dimurkai Allah..?

Apa ada dengan hutang kerajaan yang berjumlah RM500 billion itu?? Ia adalah bersumberkan riba.
Selamatkah kita?

Persoalannya, bagaimana pula dengan sistem hutang 'halal'...?

[diam sebentar]

hoho.
Tahukah anda? Haji tidak perlu dilakukan jika perlu berhutang untuk melaksanakannya.
ok, ini HAJI, rukun Islam.. Bukanlah ibadah sunat yang takbuat takpa.. Ia RUKUN ISLAM. tapi Allah bagi kelonggaran bila tidak mampu, JANGAN BERHUTANG untuk pergi HAJI..

Jadi, marilah kita menilai sendiri kepentingan setiap barang yang perlu dibeli secara BERHUTANG..

Apakah ia

  • benar-benar perlu? hingga jika barang tersebut tiada, maka ibadah pada Allah akan terjejas.
  • atau sekadar mencukupkan keselesaan hidup dan melenakan tidur..


Masing-masing lebih mengetahui urusan dunia masing-masing dan sesungguhnya Allah & RasulNya lebih tahu urusan akhirat kita.


Nota kaki:

inflasi >> kejatuhan nilai matawang [kenaikan harga barang]
deflasi >> kejatuhan harga barang
stagflasi >> harga barang 'maintain' di tahap super mahal

Semoga bertambah iman dan meningkat amal, insyaALLAH!

Penulisan ini berdasarkan artikel tulisan seorang pensyarah Department of Bussiness Strategy and Policy, Faculty of Bussiness and accountacy: Proffesor Dr. Mohd Nazari Abdullah bin Ismail.

Sunday, September 30, 2012

Selamat menghayati harimu

Hari ini kita gagah dan perkasa,
bangun melalui hari ini dengan penuh semangat dan tenaga,

Hari ini kita melangkah,
berjalan dan memandu,
menyusun setiap urusan hidup.

Hari ini kita celik dan bangun,
mengurus segala kerja dan amanah.

Setiap hari kita sibuk,
melalui detik masa dan saat,
memastikan ia berlalu dengan gembira dan bahagia.

TAPi.

Hingga ke hari ini,
hingga ke saat ini,

Kita sentiasa terlupa 'kematian' yang sedang menunggu.
Tersenyum dan sabar menanti masanya..
menjemput kita mengadap Raja sekalian alam.

gembira tidak salah,
bahagia pun tidak salah..
Mengalirkan airmata kerana sedih dan kecewa juga tidak salah..

Bergembiralah, bersedihlah..
tapi pastikan ia kerana ALLAH!

kerana hari kita yang diberi ini pasti akan 'habis' suatu hari nanti..
dan pada masa itu,  hanya iman dan amal sahaja yang dapat memberi kebahagian dan kesedihan..

Selamat bertugas di mana sahaja kawan-kawan berada.

Sunday, August 12, 2012

Semoga berjaya tekan minyak dan masuk gear 5!

Selamat malam.
Semoga bahagia bersama solat terawih anda.

Solat terawih itu solat berehat. Siapa rasa penat lepas solat, maksudnya dia tidak menghayati solat itu dengan baik.. boleh aje berhenti antara/setiap 4 rakaat.. Baca Quran, muhasabah, dengar tazkirah, bagi tazkirah dan apa-apa yang menambahkan iman..

Siapa pernah dengar nama Rashid toyyib??
Ok, nama yang orang selalu guna Racep toyyib erdogan..
Perdana Menteri Turki yang paling kuat 'support' ekspidisi mavi marmara dulu..
Ingat lagi ke peristiwa mavi marmara tuh? Ekspidisi pertama aqsa to gaza..

Jangan duk buat terlupa pulak...
Itu peristiwa penting tau.

Betapa lantang saudara kita Rashid toyyib ketika itu; bersuara dan melakukan jasa besar untuk membantu ummat Islam Palestin.

Dulu [bukan dulu aje, sampai sekarang pun ada] mempersoal, kenapa ya kita sibuk-sibuk nak tolong ummat Islam palestin yang jauh tu? Yang dekat kat M'sia ni ha, ramai lagi orang susah yang perlukan sumbangan..

Ikutkan hati yang tidak sopan, mahu je jawab "sila buka surah Isra' ayat 1". Jika buka sahaja tak jadi, mesti baca, faham dan belajar..

Jawapan sopan nya begini,

tanah palestin adalah tanah wakaf ummat Islam bermaksud, walaupun jauh ia adalah milik kita bersama. Menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan tanah tersebut dari dirampas. Jika tidak mampu pergi sana dan berperang mempertahankan, maka adalah bagus dan elok jika kita membantu saudara kita kat sana dalam usaha mempertahankan tanah tersebut..

Betapa pentingnya tanah ini, hingga Allah memilih ia menjadi tempat persinggahan Rasulullah ketika isra mi'raj.. Tidak pula Allah buat Rasulullah singgah di M'sia ke indonesia ke.. kan? Walhal, jika Allah mahu lakukan itu, bukanlah perkara susah pun.. Betul?

oklah, sudah pergi jauh ke Palestin marilah kita berbalik ke negara serantau kita..

Amankah negara-negara disekeliling kita sekarang??
Apa jadi di Mynmar sana???

"sana"?? Seolah-olah mynmar itu jauh kan.. Sebenarnya sangat dekat, hanya selang beberapa negeri sahaja dari M'sia.

Isu ini pun Perdana Menteri Turki, Saudara Rashid Toyyib ambil tahu.. Bukankah dia perdana menteri turki? Bukankah elok sahaja di ambil tahu tentang orang 'sekular' yang berleluasa kat turki tu dari ambil tahu tentang Mynmar??..

Hmm.
Jap-jap, silalah bersabar dan teruskan bacaan. Tidak mahu pun tidaklah mutiara bd memaksa kawan-kawan membaca, tapi jika ada salah faham mutiara bd tidak bertanggungjawab eh.

Bukan macam gitu(sebagaimana yang diboldkan kat atas itu) cara kita melihat dan menganalisis peristiwa dunia..

Analisislah dengan ilmu, pengalaman, kefahaman yang benar dan jauh dari pengaruh hawa nafsu..

Pasti, Perdana Menteri hebat ini sangat mengambil berat hal rakyatnya, jika tidak masakan boleh di naikkan menjadi perdana menteri.. ye tak?.. setuju je lah.
Dalam masa yang sama, dia tahu, tugas dan tanggungjawab nya bukanlah semata-mata sebagai Perdana Menteri negara turki.. Di bahunya terbeban tugas sebagai hamba Allah yang wajib menyampaikan risalah Islam pada seluruh ummat manusia..

Atas sebab inilah dia mengambil tahu dan bersungguh-sungguh membantu dan membela ummat Islam bukan sahaja di Palestin malah di Rohingya, Mynmar..

Apakata Rashid Toyyib kepada Mynmar?

"Jika Myanmar tidak berhenti menghina umat Islam, balasan kami adalah bertindak keras dan ganas"

Kawan-kawan yang dirahmati Allah,
agak-agak lah kan,
pegawai farmasi yang berkerja oncall, hujung minggu, public holiday lebih sibuk atau Perdana Menteri Turki yang lebih sibuk??

Aiseh, takkan la nak cakap pegawai farmasi lagi sibukkan..

Ya, pastilah seorang perdana menteri lebih sibuk dari seorang pegawai farmasi.
Dan, seorang Perdana Menteri yang sibuk itu pun masih ada masa untuk ambil tahu dan memberikan 'sesuatu' untuk ummah (ummat Islam) apatah lagi kita yang bukannya sibuk macam Perdana Menteri pun..

Adakah kita mahu berikan alasan kelakar (sebab tidak ambil tahu hal ummat Islam lain) di Padang Mahsyar kelak?

"Sesungguhnya tidak sempurna iman seseorang hingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri".. (keratan hadith dari himpunan hadith 40 Imam Nawawi)

Kasih itu dengan suluhan iman, bukan dengan hawanafsu..

Sekian.
selamat berlumba mencari malam yang ibadah pada malam tersebut lebih baik dari 1000 bulan. InsyaALLAH.. Semoga kita berjaya dalam akademi Ramadhan kali ini dan tiada seorang pun dari kita yang terpaksa 'bungkus beg dan tarik keluar dari akademi'

Sekian.
aiseh, orang macam mutiara bd ni kalau dah sekian pun takboleh berhenti lagi. ok sekian.

Assalamualaykum warahmatullah.
semoga berbahagia dalam iman!


Saturday, August 4, 2012

muhasabah pegawai farmasi di bulan Ramadhan

Bismillah...
Dengan nama Allah aku hidup dan dengan nama Allah juga aku menyerahkan segala urusan pada-Nya.

Buat beg TPN yang berlambak sekali buat, dan kali pertama kena buat... 20 beg perlu disiapkan dalam jam 10 hingga jam 3 petang..

Solat zohor pun lambat. Sedikit kesal disitu.
Ketuk buih! masya ALLAH sejam satu beg tahu.. untuk beg pertama. Akhirnya ada sedikit pembaikan bila mula mengetuk buih beg yang ketiga..

Berdiri berjam lama, tanpa duduk.

Buatkan mutiara bd terfikir...
Kerana mahu menyiapkan kerja, kerana mahu memenuhkan buku log..
SANGGUP berdiri berjam lamanya..

Tapi solat terawih?
Sanggup kah berdiri berjam-jam setiap hari hingga hujung bulan ramadhan dan terus mendirikan solat malam walaupun bukan di bulan Ramadhan..??

LETIH.
bekerja hingga letih..

akhirnya, hanya tinggal masa sisa dan masa terluang yang diberikan untuk ALLAH.


Sebagai hamba ALLAH.. apakah sesuai dengan akhlaq kita yang sedemikian??
Hanya memberikan masa terluang untuk-NYA?


Sedangkan kita akan kembali pada-Nya dan kita diciptakan hanya untuk-Nya...

Bagaimana mahu menjadikan kerja "berdiri dalam bilik TPN begitu lama" sebagai ibadah kepada ALLAH?? sambung lain kali.

Selamat mengejar redha Allah.
Mutiara bd tahu kebanyakan dari kita sudah habis mengisi buku log.. Semoga segala usaha mengisi buku log itu dilakukan dengan AMANAH dan mengikut perintah ALLAH.. ameennn..

jumpa lagi dilain siaran.

p/s: taklama lagi penuh dengan entri mutiara bd je dalam blog ni kalau takde orang lain tulis apa-apa. [cara yang sopan untuk minta orang lain pun menulis juga kat sini, hehe]

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan yang mulia


Assalamualaykum warahmatullah..

Pernah terfikir jari sama panjang semuanya?
Atau lubang hidung kita mengadap atas?
Atau mata kita berada di tepi seperti telinga?

Yeah?!

Ape kah?

Mutiara bd telah mengajar sesuatu yang pelik..

Tidak.
Ia tidak pelik.

Sesungguhnya itulah bukti kehebatan Allah.

Lagi bukti kehebatan Allah?

Manusia yang berbeza latar belakang dan personaliti akhirnya boleh duduk sebumbung dan menjaga anak hingga dewasa.

Lagi?

Pernahkah kita dengar berita langit telah membuat 'kecoh' dengan mahu turun kebumi sebentar?? Akibat terlalu lenguh dan lama 'berdiri' teguh menanggung segala isinya?

Maha Suci Allah tidak pernah.

Apa lagi bukti kehebatan Allah?
ok tukar sikit.
Apa lagi bukti ketuhanan Allah dan hanya Allahlah yang layak disembah??

Seluruh sistem alam ini berjalan dengan teratur.
Jika ada lah Tuhan lain, pastinya kejap bumi pusing kot timur, pastu pusing kot barat.. entah apa jadi kat kita yang ada atas bumi yang bulat ini..

Allah Maha Besar!

Akhir kata, semoga amal kita dalam Ramadhan kali ini diterima Allah. Biarlah tidak 'sehebat' mana.. Yang penting berusahalah untuk ikhlas dan istiqamah! Marilah kita sama-sama berdoa pada Allah.

Perjuangan kita belum selesai, selagi nyawa masih di dalam badan.

ni perjuangan kita:

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada KU"
Az-zariyat: 56.

Apakah segala amal kita selama ini untuk beribadah pada Allah atau hanya untuk memuaskan kehendak diri?? -tepuk dada tanya iman- pssst...make sure faham betul-betul maksud ibadah tu.

p/s: jika kita tidak bertemu di dunia, moga kita bertemu diakhirat di bawah naungan arasy Allah!

Sunday, July 15, 2012

Apakabar semua??


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Beberapa hari lepas ada orang cakap

"bila nak update blog?"

mutiara bd buat-buat tanya balik..

"blog kelas ke?"

jawabnya

"yelah"


dengan rasa -taktau nak jawab apa-, mutiara bd jawab balik..

"entah, nak update pun bukan tahu khabar semua orang..."


"tula semua orang macam senyap je.." -tambah orang tersebut

Ni nak tambah kat sini [tiada dalam perbualan].
Yang ada khabar tu pun, kalau berkahwin je. Cerita lain semuanya taktahu.. Susah ke senang ke hidup anda semua.. Memang taktahu..

Oh ya, entri ni bukanlah nak paksa semua orang cerita kabar masing-masing pun, ia bertujuan untuk mengingatkan kita tentang RAMADHAN yang semakin dekat.

Se'excited' mana kah kita menunggu kehadiran RAMADHAN?


Apakah motivasi beribadah sepanjang bulan RAMADHAN nanti masih yang sama ketika kanak-kanak dan budak sekolah dahulu? -hari raya-


Berapa besar nilai Ramadhan yang kita nampak??

Sebagai mana jururawat tidak dapat mengagak betapa bahaya menyucuk pralidoxime secara bolus, berbanding pegawai farmasi yang tahu..

Begitulah juga perbandingan orang 'jahil' dan 'tak berapa kesah' betapa pentingnya RAMADHAN berbanding orang yang berilmu dan tahu..

Ibadah puasa sangat berbeza dengan ibadah lain kerana.. ia tidak melibatkan tuntutan melakukan sesuatu.. malah ia adalah tuntutan meninggalkan sesuatu tidak sewaktu dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji yang menuntut kita melakukan sesuatu..

Cinta Allah dibuktikan dengan meninggalkan sesuatu..

Jika diperhalusi, dalam amalan berpuasa ini, kita meninggalkan sesuatu yang kita ada.. contohnya; Makanan dan persetubuhan suami isteri..

meninggalkan sesuatu yang tidak haram pun.. Ia cuma jadi haram bila berpuasa.

Kalau di amati.. Meninggalkan sesuatu yang tidak haram pun 'mampu' dilakukan ketika berpuasa, apatah lagi meninggalkan perkara haram.. lebih-lebih lagilah BOLEH. Mesia bolehkan?

Apa contohnya perkara haram yang boleh 'ditinggalkan' dengan puasa?

  • liar mata memandang perkara haram
  • merokokk
  • bercakap perkara yang dilarang; mengumpat, mengutuk, mengeluarkan perkataan yang lucah dan biadap..mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang yang mendengar
Puasa itu perisai. As-siamu junnah. [jangan tersalah sebut pulak, nanti jadi lain maksud]. Ini dari hadith.. Rasulullah yang cakap, bukan mutiara bd yang cakap..
Maksud perisai itu, perisai dari segala perkara yang haram dan yang melemahkan iman..

Jika puasa tidak berjaya menguatkan iman, serta tidak menjadi perisai.. Muhasabah lah diri kembali. 


baiklah setakat ini dahulu, selamat berpesta ibadah!

p/s: sorilah, malas nk hias dengan gambar-gambar..

Saturday, May 5, 2012

asian conference on clinical pharmacy

jom pakat2 kita pi conference ni..
banyak sgt benda yang leh blajar kalo tgk dia nya tentatif..
full of information..speaker pon semuanya yang specialist


sapa2 yang bercadang nk gi pm aku skali..
ramai2 baru seronok kn..geng iiumrx6
untuk maklumat lanjut leh layari
http://www.accp2012.org

Citius, Altius, Fortius

Saturday, April 7, 2012

Undangan kenduri kahwen dani & ain :)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Dengan ini saya berbesar hati menjemput semua sahabat2, rakan2, dan sesiapa sahaja yang mengenali kami untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan kami yang julung-julung kali diadakan (memang pun..hehe).
Semoga dengan kehadiran kalian semua akan dapt memeriahkan lagi majlis kami dan moga kita semua dirahmati, diberkati oleh ALLAH S.W.T. InsyaAllah.

Majlis rumah pengantin perempuan:
:: 3 JUN 2012 (AHAD) / 13 Rejab 1433
Dewan Majlis Islam Sarawak, Kuching, Sarawak Bumi Kenyalang
Jam 10.00 pagi - 2.00 petang

Majlis rumah pengantin lelaki:
:: 9 JUN 2012 (SABTU) / 19 Rejab 1433
No 69A, Kg. Tengah, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur
Jam 11.00 pagi - 3.00 petang

Sesiapa nak kad,beritahu ye...apa-apa pun jgn segan2/malu2 untuk hadir ke kenduri kami :D ...ohye...apply cuti bagi yg bekerja...hehehe. Terima kasih banyak2 kami alu-alukan terlebih dahulu kepada kalian semua :). Alhamdulillah

Dengan ikhlas:
Ahmad Ramdani B Abd Manan @ Abdul Jalil
Nurulain bt Haji Iskandar

Sunday, April 1, 2012

Kesenangan hidup suatu pelajaran

Assalamualaykum warahmatullah..

Apakabar kawan-kawan iiumrx6th???
Masih sihat dalam imankah?
Apakah kesibukkan kita sekarang?..
Mencari Allah dan keredhaan-Nya atau selain dari itu...

Soalan muhasabah itu bukan untuk kawan-kawan..
Tapi yang mutiara bd tanya diri sendiri setiap hari dan hari ini mahu berkongsi soalan muhasabah ini dengan kawan-kawan.

Sesungguhnya tanda-tanda hati kita masih mahu menerima hidayah dari Allah adalah; apabila hati kita masih mahu mendengar, membaca dan tidak menyampah dengan peringatan-peringatan dari manusia. walau siapa pun pemberi peringatan itu.


Huhu..

Sungguh banyak perkataaan mahu di nukilkan..
Tapi mesti memilih yang terpenting dari yang penting-penting.

Sesungguhnya, mutiara bd bukanlah yang terbaik untuk memperkatakan.. tetapi mutiara bd telah memilih untuk memperkatakan sewaktu orang lain takut dan tidak mahu memperkatakannya..

Apakah perkara itu??

demokrasi politik kesenangan.

Pernah dengar perkataan atau istilah ini?
apakah ini wahai kawan-kawan?

Masih ada masakah untuk kita renung dan fikirkan tentang akhlaaq, nilai kehidupan sebagai hamba Allah.. kala kita begitu sibuk mencari rezeki, mengumpul harta demi menyara dan memenuhi tuntutan sebagai manusia??

Apakah maksud istilah ini dan apakah kepentingan tajuk ini hingga mutiara bd memilih untuk menuliskannya disini??

Ikuti siaran sambungannya di hari akan datang.. InsyaALLAH.

p/s: teruskan usaha mengenal Allah dan menyintai..!

Wednesday, February 29, 2012

Jemputan Raja Sehari



Bismilahirahmanirahim…

Assalamualaikum wbt..

Lembayung senja menggamit malam,
menangis jentayu menanti hujan,
hajat mulia menyusul salam,
pohon restu kehadiran tuan.

Dengan izin Allah ke atas hamba-Nya yang merancang, kami dengan berbesar hati dan sukacitanya menjemput Tuan/Puan/Encik/Cik, suami/isteri & seisi keluarga merestui tambatan janji,izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati ;

MOHD HAFIZI BIN HJ MOHD NOR & NOR MIFTAH DIANAH BT AHMAD

Majlis Pihak Perempuan;
10 March 2012 (Sabtu) bersamaan 17 Rabiulakhir 1433H
15262-P, Lorong Tali Air 4, Jalan Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu.

Majlis Pihak Lelaki;
11 March 2012 (Ahad) bersamaan 18 Rabiulakhir 1433H
No 36, Taman Mega, Lorong Tembusu 3, Jalan Gong Badak,21300 Kuala Terengganu.

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Nya, diciptakan Nya untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri supaya kamu mendapat ketenangan dan dijadikannya kasih sayang diantara kamu.Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda kebesaran-Nya bagi orang-orang yg berfikir” surah Ar-Rum ayat 21
Terima kasih.. Wassalam


Thursday, February 23, 2012

Undangan Majlis Perkahwinan


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sireh bermadah pinang berbelah
Adat kelmarin dibenihi rapi
Merisik sudah bertunang pun sudah
Majlis kahwinnya kini dirai

Dengan penuh rasa kesyukuran dan mengharapkan keredhaan Allah SWT,saya dengan berbesar hati ingin menjemput semua kengkawan ke majlis perkahwinan saya:

NUR FATIHAH MUHSININ BT IBRAHIM & ZAKARIA BIN ABD HAMID

pada 24 Mac 2012 (Sabtu) bersamaan 1 Jamadil Awwal 1433 Hijrah
No 23 & 24 Jalan Kenari Merdu 4, Taman Kenari Merdu, 08000 Sg Petani, Kedah

Kompang dipalu pengantin dipersanding
Diiringi dengan setapak sireh
Termakbul sudah hajat yang penting
Diakhiri dengan ucapan terima kasih

Semoga dengan kehadiran kawan2 akan menyerikan lagi majlis kami..insyaAllah.


Thursday, February 2, 2012

Lepas result keluar nk buat apa dah? takingat

Assalamualaykum warahmatullah.........

Wahai!
Blog macam sudah sunyi dan sepi balik.
# nak buat apa ye lepas result dah keluar, selain buat clearance??
yang hantar sampul surat banyak-banyak dulu tu nak buat apa? 

Hari ini mutiara bd cuma mahu bersembang-sembang..
Sembang yang ada objektif ok.

Ayuh kita ambil masa sebentar dan pandanglah solat kita.

Ok ke solat kita itu...
Bilakah kali terakhir kita asyik dan mahsyuk dengan solat kita?

Beralih pula pada urusan harian kita.
Untuk apakah kita lakukan semua urusan harian yang banyak itu?

Bangun pagi, solat, makan, baca quran [kalau baca lah], mandi, pergi sekolah..

ok sekolah kat sini bukan yang SRK ke SMK ke SMKA ke MRSM ke etc... tu.
Tapi sekolah kehidupan..
tidak kisah la apa pun sekolah kehidupan itu.
pergi sekolah ke
pergi kerja ke
pergi jauh ke...

sambung balik.

Habis segala kerja sekolah, main, berehat.. solat, baca Quran [kalau bacalah].. dan akhirnya pejam mata kembali. Menunggu esok hari.. untuk memulakan hari yang baru.

Bukankah kita percaya manusia ciptaan ALLAH ini ciptaan terbaik..
Jika begitulah keyakinan kita.

Apa beza urusan harian kita itu dengan haiwan..?? hoho
Haiwan pun beribadah dan berzikir juga.
Haiwan pun pergi "sekolah kehidupan" juga.
Haiwan pun berehat juga bila penat.

Nampak macam sebijik pula manusia dan haiwan.
Macam teori evolusi pulak; menyamakan manusia dengan haiwan.

Ayuh lihat firman ALLAH dalam surah Al-A'raf: 79;

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَـٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Manusia, bila dia tidak menggunakan hati, aqal, telinga yang Allah berikan..
Menggunakan untuk apa?..

Telinga = dengar orang ngumpat.
Hati = ingat pada urusan kerja dan sekolah kehidupan
mata = tengok semua benda, cerita, movie etc..

Bukan.
Bukan itu maksud menggunakan.
Itu namanya: SALAH GUNA.

Maksud menggunakan di sini adalah:

hati = untuk memahami ayat-ayat ALLAH.
telinga = mendengar ajaran dan nasihat
mata = melihat bukti keesaan ALLAH.

ok, ulang balik.
Bila manusia tidak menggunakan hati, aqal, mata dan telinga yang diberikan ALLAH, dia akan jadi penghuni neraka kerana dia lebih sesat dari haiwan..


 

Tuesday, January 24, 2012

Janji saya

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka,
dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya):


"Bukankah Aku tuhan kamu?"
Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi".


Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Surah Al-A'raf: 172

Inilah pengakuan setiap anak Adam.
BERSAKSI bahawa ALLAH lah TUHAN..

Kata ibnu Kathir:

Dengan ayat ini, Allah telah mengkhabarkan bahawa Dia telah mengeluarkan anak cucu Adam dari sulbi [tulang belakang] mereka, untuk menyaksikan sendiri bahawa Allahlah Tuhan mereka dan yang menguasai mereka dan tidak ada Tuhan melainkan Dia Tuhan yang membuat fitrah sedemikian..

Apakah fitrah sedemikian?

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّـهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Dan tegakkanlah wajahmu kepada agama yang lurus, ia adalah fitrah Allah yang telah di fitrahkan olehNya ke atas manusia, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui..

Ar-rum: 30

Fitrah sedemikian: mengakui ALLAH adalah TUHAN.

"tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" =>

kita sentiasa diberi kefahaman Islam itu agama sempurna.. Islam itu cara hidup.. 
Tapi bagaimanakah cara hidup Islam itu?
Apakah kita merasai kesempurnaan Islam itu?

Jika mengamalkan Islam, kita rasa mundur, kita rasa tak cukup, rasa tak puas. Rasa macam ada kurang. Benarkah kita benar-benar meyakini Islam itu sempurna? dan yang lebih penting lagi, sedarkah kita dengan 2 ayat Allah di atas??

.......................................................

Kawan-kawan,
Tiada guna bercerita panjang kehebatan Al-Quran..
Tiada guna bincang berjela isi Al-Quran..

Jika kita jahil langsung MILIK SIAPAKAH segala kata-kata dalam al-Quran.

Baiklah, mari kita hayati satu analogi mudah.

Satu penyakit telah merebak di sebuah kampung. Dahsyat. Sudah ramai penduduk meninggal dunia. Rawatan yang diusahakan, semuanya tidak berjaya.. Walaupun oleh seorang dukun hebat lagi berkaliber.
Tiba-tiba datanglah seorang lelaki tidak dikenali.. katanya, penyakit itu boleh dirawat jika para penduduk mencuba sejenis ubat baru..

Apakah dukun hebat akan percaya kata lelaki tersebut? Pastilah tidak. Penduduk kampung? Lagi lah tak caya. Dukun hebat pun tidak mampu mengubat, inikan pula lelaki asing dari mana entah.

Selepas beberapa hari, barulah penduduk kampung tahu, lelaki tersebut adalah seorang doktor! Doktor yang dihantar Jabatan Kesihatan untuk membantu mengawal penyebaran penyakit di kampung tersebut. Barulah penduduk kampung menurut nasihat doktor tersebut.. Akhirnya, dengan izin Allah, jumlah kematian penduduk kampung kerana penyakit tersebut semakin berkurang..

pengajaran: Penduduk kampung tidak percaya pada lelaki tersebut sehingga mereka tahu dia adalah seorang doktor.

Ok.
Analogi ini ada banyak maksud. Bergantung kepada tahap kefahaman pembaca.

Tetapi maksud yang mutiara bd mahu kongsikan adalah,

Jika kita tidak mengenal ALLAH..
Tuhan yang menurunkan AL-Quran kepada kita..

bacalah Al-Quran 10 juzu sehari..
Belajarlah kat sekolah mana pun..
Berotak sehebat Albert Einstein pun..
Berduit kaya macam pengasas jenama APPLE pun,
Berkelulusan institusi pengajian hebat mana pun..

Kita tidak akan mampu merasa betapa penting firman-Nya berbanding kata-kata manusia. 
Lagi-lagi lah bila yang bercakap [menulis] itu bukan sesiapa dan tidak hebat langsung.

Maka;
Manusia tidak akan mampu menghargai kandungan Al-Quran, sehingga mereka mengenali siapakah pemiliknya.

Friday, January 20, 2012

Apakah janji kita pada Allah

Assalamualaykum warahmatullah..

Semoga warga alumni iiumrx6th sentiasa dirahmati Allah.

Selamat hari lahir pada yang lahir di bulan Januari.
selamat hari lahir untuk semua yang lahir sepanjang tahun..

Pasti umur yang diberi ini bukan untuk sesuatu yang remeh temeh.

Kita sambut hari lahir setiap tahun..
Kita dengar orang ucap "Selamat hari lahir" untuk kita setiap tahun.

Kita pun gembira dapat hadiah hari lahir.
Kita suka orang ingat hari lahir..

Tapi.
Apakah kita sedar tujuan kita di lahirkan?
Siapa sebenarnya memberikan "kelahiran" ini..

Pastinya
bukan orang yang mengucapkan selamat hari lahir..
Juga bukan ibu yang penat lelah mengandung dan melahirkan kita.

Kawan-kawan,
Apakah kita hanya di lahirkan untuk berbakti kepada kedua ibubapa?
Apakah cukup dengan kita bekerja dengan amanah, berbuat baik pada masyarakat..
Maka kita telah jadi muslim sempurna??..

Kawan-kawan,
Jika kita dilahirkan hanya untuk bersusah payah  belajar dan akhirnya bekerja dengan gaji besar..
Untuk apa segala kisah-kisah Nabi dalam al-Quran??
Kisah itu sudah pasti bukan untuk hiburan saluran tv atau radio..

Kawan-kawan,
Apakah Al-Quran hanya sekadar hiburan hati ketika gundah?
Halwa telinga ketika penat dan letih seharian mencari sesuap rezeki?
Apakah hanya kerana sebab remeh temeh ini Rasulullah s.a.w bermatian menyampaikan al-Quran untuk kita??

Dan akhirnya, hikmah [kebijaksanaan] sebalik mengingati kelahiran ini adalah:
Apakah kita masih ingat janji ROH kita pada Allah sebelum dilahirkan kedunia...

Sunday, January 15, 2012

Walimatul Urus

Assalamualaikum W.B.T

Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, kami berdua
Mohd Saifuddin & Ruzaini
ingin menjemput sahabat-sahabat semua ke majlis perkahwinan kami

Details seperti berikut
Saifuddin-Ruzaini

Thursday, January 12, 2012

Undangan Perkahwinan

Assalamualaikum W.B.T
Dengan berbesar hati, kami, Muhammad Taufiq Bin Mohd Jailani & Fairuz Binti Abdul Malek ingin menjemput anda semua ke majlis resepsi perkahwinan kami yang akan berlangsung pada:
[Majlis Sebelah Perempuan]
Tarikh : 18 Februari 2012 ( Sabtu )
Tempat : Restoran Felda Villa, Anjung Felda, Jalan Maktab Off Jalan Semarak, 54000 Kuala Lumpur.
[Majlis Sebelah Lelaki]
Tarikh: 25 Februari 2012 ( Sabtu )
Tempat: Dewan Bunga Tanjung Hay Resort, 45200 Sabak Bernam, Selangor.
Kehadiran kawan-kawan semua ke majlis ini amat bermakna buat kami dan keluarga. Semoga kehadiran kalian turut membawa berkat dan rahmat Allah swt yang melimpah ruah.

Tuesday, January 10, 2012

i know what i did in Tempurung Cave

assalamualaikum
sekadar perkongsian aktiviti..
blog pon mcm sunyi ja..huhuhu

7hb jan lepas, aku berkesempatan utk explore gua tempurung skali ngan jaa and bdk hosp bukit mertajam
xramai bdk perak yg dpt trun sbb masing2 ada hal..xpa, ada lg aktiviti lps ni..hehe
perjalanan explore gua tu amek masa dlm 3 jam stgh(pi balik)
bayaran RM22 sorang(pakej paling adventure...katanya)
masok kol 11..kuaq kol 2 lebey
nk kata best sgt tu xla sbb track dia kurang mencabar..
nk kata x best, best la jgk..so tgh2 ja
tapi apa2 pon better cuba utk pengalaman :)

so check out the pic
































Hanya ISLAM yang menyatukan manusia

Assalamualaykum warahmatullah!
Wah. Rasa sungguh bersemangat untuk menulis hari ini.

Tadi mutiara bd jalan-jalan di KOM.
Teringat pula zaman kita tahun 1 dan 2 di sana.
Mentah.
Setahun jagung tentang dunia.
Apa lagi tentang farmasi..
Yang paling mutiara bd ingati adalah..
"Banyaknya subjek body system nak kena belajar!"

Masuk dalam "masjid KOM"
[sebab masjid UIA dah siap sekarang. indah! kalau nk tgk mai la sini.]
Oh, tetiba rasa syahdu pula..
Teringat zaman-zaman dulu..
Tetiba mutiara bd jadi sangat rindu.
Eh emosi pulak.
[bukan memang selalu macam tu ke? hehe]

Terkenang iiumrx6th yang sama-sama belajar,
masuk dewan periksa..
makan, solat, main, baca Quran.. sepanjang 2007 - 2011..

ops. sikit-sikit dah la kan.
Sebenarnya hari ini hari peperiksaan untuk subjek yang mutiara bd kena ulang..
Sterilization and Aseptic Technology.
Kalau ada yang masih tertanya-tanya, sekarang sudah terjawab.

Tiada perancangan untuk menulis sesuatu dalam blog ini.
Entah tiba-tiba teringat, En. Amin telah memberikan emel beberapa bulan lepas..
Memberitahu, mutiara bd di lantik menjadi PIC untuk dakwah dan tarbiyyah alumni kelas kita.
??
Hmm terfikir juga..
Apakebenda la mutiara bd nk buat..
Sudahla kita semua sudah berjauhan..
Maka En. Amin menjelaskan cukup la tolong-tolong update blog kita ini dengan tazkirah dan peringatan..
Oh.. sekadar seciput itu mungkinlah mutiara bd akan berusaha.

Tup-tup.
Berbulan-bulan menyepi.
Tidak ingat lansung tanggungjawab yang diberi.
Entah-entah hari nak exam ni baru teringat tanggungjawab sendiri..

Sunyi sepi blog kita ye.
Kalau ada pun, cuma isu farmasi, ubat, undang-undang dan jemputan perkahwinan..
Blog yang suatu masa dahulu sangat gegar!
hehe.
Bincang macam-macam.
Kerja sekolah, kensel kelas [ini paling tak boleh tahan], jamuan hujung sem, bincang jadual exam.. etc

Hmmm..
Itulah dunia.
Tidak semuanya kekal.
Dan oh ya!
mutiara bd terfikir satu benda:
jika kesatuan kita kerana apa-apa sahaja berbentuk dunia, maka ia tidak akan kekal.

Ayuh hayati firman Allah ini:

وَقَالَ إِنَّمَا اتَّخَذْتُم مِّن دُونِ اللَّـهِ أَوْثَانًا مَّوَدَّةَ بَيْنِكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ ثُمَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكْفُرُ بَعْضُكُم بِبَعْضٍ وَيَلْعَنُ بَعْضُكُم بَعْضًا وَمَأْوَاكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن نَّاصِرِينَ

Dan Nabi Ibrahim berkata pula (kepada kaumnya): "Perbuatan kamu menyembah berbagai berhala, tidak menyembah Allah itu, hanyalah kerana menjaga hubungan kasih mesra di antara kamu masing-masing dalam kehidupan dunia ini; kemudian pada hari kiamat kelak setengah kamu akan membantah setengahnya yang lain, dan setengah kamu pula akan melaknatkan setengahnya yang lain; dan (kesudahannya) tempat kembali kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".

Surah Al-ankabut: 25

Ok, supaya kawan-kawan lebih jelas dengan ayat diatas;

Begini,

"berhala" yang kita fahami adalah patung-patung.. betul?
Tapi sebenarnya maksud "berhala" itu lebih luas..
Bukan sahaja patung-patung.
Berhala adalah produk ciptaan manusia yang akhirnya dijadikan asas untuk manusia beramal.

Hmm..
Maksudnya, kerana "berhala" tersebut, kita melakukan sesuatu kebaikan atau keburukan.

Atau dengan kata lain, manusia tidak akan berjaya, jika mereka berkasih sayang dan bersatu kerana "berhala".

Apabila kita mengamalkan seperti diatas [bolded tu] , masing-masing akan saling salah menyalahkan di hari akhirat kelak & tiada sesiapa pun akan tolong kita nanti..

JADI,

Bukan jurusan kita yang menyatukan kita.
Walaupun jurusan itu menjadi penyebab kita bertemu dan berkenalan.

Bukan universiti yang menyatukan kita,
Walaupun di universitilah kita mula memecahkan tembok-tembok ais
[untuk saling lengkap melengkapi]..

Juga bukan kerana sepakat dan bulatnya kita dengan satu pendapat/fikrah.
Juga bukan kerana minat kita yang sama..

Juga bukan kerana kesamaan status dan taraf hidup..
Juga bukan kerana sama jenis pakaian yang kita pakai..
Juga bukan kerana tanah tumpah darah kita serupa

Dan pasti juga, kesatuan kita bukan kerana bangsa..

Habis kerana apakah?

Kerana ini:

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَّا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Al-Anfal: 63

Kita bersatu kerana iman kita pada ALLAH! Inilah satu-satunya sebab kita masih bersama, masih bekerjasama.. walaupun sudah tiada kelas yang menemukan kita, atau aktiviti yang membantu merapatkan hubungan kita.

Satu-satunya asas kesatuan ummat Islam. Iaitulah ISLAM -ketundukan dan kepatuhan kita pada ALLAH-

Dan inilah juga sebab mutiara bd menerima tugas dari En.Amin. [mulanya nak menolak juga.. sbb rasa tak lojik perempuan pulak yang kena buat =p]
Maha suci Allah.

Kawan-kawan iiumrx6th yang sangat dirindui..
Sesungguhnya hanya kerana Allah kita bertemu, dan kerana-Nya kita berpisah.
Kalau ada sebab lain, boleh perbaharui sekarang, selagi hayat dikandung badan.

p/s: jiwang ke? hehe. memang pun. 4 - 6 tahun sebenarnya belum cukup untuk kita bertaaruf dan kenal sesama sendiri.

-mutiara bd dgr cerita ramai [lebih dari 3 pasang] nk kawin tahun ni hehe. Selamat pengantin baru in advance ye semua.-

Saturday, January 7, 2012

Reunion Rx6th 2012


Assalamualaikum wbt..

Apa kabar sahabat2? Saya berharap semua masih sihat dalam keadaan fitrah, stabil emosinya serta fizikalnya mengharungi zaman PRP, bertemu pelbagai ragam manusia duniawi.

'Truly great friends are hard to find, difficult to leave, and impossible to forget'

itulah ayat yang tertera di atas mousepad yang sering mengingatkan zaman indah Rx6th. Justeru, bagi meneruskan ukhwah rx6th serta zaman penuh aktivitinya, saya ingin melontarkan cadangan agar mengadakan reunion rx6th yang pertama.

Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh: 21-24 Disember 2012



Mungkin disana nanti bleh dijadikan bukan sahaja tempat untuk mengukuhkan lagi tali persaudaraan, merancang halatuju rx6th bahkan juga untuk tempat percutian keluarga serta honeymoon mereka yang baru melansungkan perkahwinan=).

Ini hanyalah cadangan, mungkin sahabat2 boleh melontarkan idea yang lain. Rasanya yang paling penting kita rancang awal, insyaAllah persediaan dari segi tempat dan kewangan akan lebih terurus.hehe.

Terima kasih, semoga berjaya buat semua dalam urusan dunia dan akhirat. InsyaAllah.

p/s: Bulan Febuari macam penuh dengan wedding je.hehe..