Assalamualaykum warahmatullah..
Pernah terfikir jari sama panjang semuanya?
Atau lubang hidung kita mengadap atas?
Atau mata kita berada di tepi seperti telinga?
Yeah?!
Ape kah?
Mutiara bd telah mengajar sesuatu yang pelik..
Tidak.
Ia tidak pelik.
Sesungguhnya itulah bukti kehebatan Allah.
Lagi bukti kehebatan Allah?
Manusia yang berbeza latar belakang dan personaliti akhirnya boleh duduk sebumbung dan menjaga anak hingga dewasa.
Lagi?
Pernahkah kita dengar berita langit telah membuat 'kecoh' dengan mahu turun kebumi sebentar?? Akibat terlalu lenguh dan lama 'berdiri' teguh menanggung segala isinya?
Maha Suci Allah tidak pernah.
Apa lagi bukti kehebatan Allah?
ok tukar sikit.
Apa lagi bukti ketuhanan Allah dan hanya Allahlah yang layak disembah??
Seluruh sistem alam ini berjalan dengan teratur.
Jika ada lah Tuhan lain, pastinya kejap bumi pusing kot timur, pastu pusing kot barat.. entah apa jadi kat kita yang ada atas bumi yang bulat ini..
Allah Maha Besar!
Akhir kata, semoga amal kita dalam Ramadhan kali ini diterima Allah. Biarlah tidak 'sehebat' mana.. Yang penting berusahalah untuk ikhlas dan istiqamah! Marilah kita sama-sama berdoa pada Allah.
Perjuangan kita belum selesai, selagi nyawa masih di dalam badan.
ni perjuangan kita:
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada KU"
Az-zariyat: 56.
Apakah segala amal kita selama ini untuk beribadah pada Allah atau hanya untuk memuaskan kehendak diri?? -tepuk dada tanya iman- pssst...make sure faham betul-betul maksud ibadah tu.
p/s: jika kita tidak bertemu di dunia, moga kita bertemu diakhirat di bawah naungan arasy Allah!
No comments:
Post a Comment