Tuesday, January 24, 2012

Janji saya

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka,
dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya):


"Bukankah Aku tuhan kamu?"
Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi".


Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Surah Al-A'raf: 172

Inilah pengakuan setiap anak Adam.
BERSAKSI bahawa ALLAH lah TUHAN..

Kata ibnu Kathir:

Dengan ayat ini, Allah telah mengkhabarkan bahawa Dia telah mengeluarkan anak cucu Adam dari sulbi [tulang belakang] mereka, untuk menyaksikan sendiri bahawa Allahlah Tuhan mereka dan yang menguasai mereka dan tidak ada Tuhan melainkan Dia Tuhan yang membuat fitrah sedemikian..

Apakah fitrah sedemikian?

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّـهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Dan tegakkanlah wajahmu kepada agama yang lurus, ia adalah fitrah Allah yang telah di fitrahkan olehNya ke atas manusia, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui..

Ar-rum: 30

Fitrah sedemikian: mengakui ALLAH adalah TUHAN.

"tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" =>

kita sentiasa diberi kefahaman Islam itu agama sempurna.. Islam itu cara hidup.. 
Tapi bagaimanakah cara hidup Islam itu?
Apakah kita merasai kesempurnaan Islam itu?

Jika mengamalkan Islam, kita rasa mundur, kita rasa tak cukup, rasa tak puas. Rasa macam ada kurang. Benarkah kita benar-benar meyakini Islam itu sempurna? dan yang lebih penting lagi, sedarkah kita dengan 2 ayat Allah di atas??

.......................................................

Kawan-kawan,
Tiada guna bercerita panjang kehebatan Al-Quran..
Tiada guna bincang berjela isi Al-Quran..

Jika kita jahil langsung MILIK SIAPAKAH segala kata-kata dalam al-Quran.

Baiklah, mari kita hayati satu analogi mudah.

Satu penyakit telah merebak di sebuah kampung. Dahsyat. Sudah ramai penduduk meninggal dunia. Rawatan yang diusahakan, semuanya tidak berjaya.. Walaupun oleh seorang dukun hebat lagi berkaliber.
Tiba-tiba datanglah seorang lelaki tidak dikenali.. katanya, penyakit itu boleh dirawat jika para penduduk mencuba sejenis ubat baru..

Apakah dukun hebat akan percaya kata lelaki tersebut? Pastilah tidak. Penduduk kampung? Lagi lah tak caya. Dukun hebat pun tidak mampu mengubat, inikan pula lelaki asing dari mana entah.

Selepas beberapa hari, barulah penduduk kampung tahu, lelaki tersebut adalah seorang doktor! Doktor yang dihantar Jabatan Kesihatan untuk membantu mengawal penyebaran penyakit di kampung tersebut. Barulah penduduk kampung menurut nasihat doktor tersebut.. Akhirnya, dengan izin Allah, jumlah kematian penduduk kampung kerana penyakit tersebut semakin berkurang..

pengajaran: Penduduk kampung tidak percaya pada lelaki tersebut sehingga mereka tahu dia adalah seorang doktor.

Ok.
Analogi ini ada banyak maksud. Bergantung kepada tahap kefahaman pembaca.

Tetapi maksud yang mutiara bd mahu kongsikan adalah,

Jika kita tidak mengenal ALLAH..
Tuhan yang menurunkan AL-Quran kepada kita..

bacalah Al-Quran 10 juzu sehari..
Belajarlah kat sekolah mana pun..
Berotak sehebat Albert Einstein pun..
Berduit kaya macam pengasas jenama APPLE pun,
Berkelulusan institusi pengajian hebat mana pun..

Kita tidak akan mampu merasa betapa penting firman-Nya berbanding kata-kata manusia. 
Lagi-lagi lah bila yang bercakap [menulis] itu bukan sesiapa dan tidak hebat langsung.

Maka;
Manusia tidak akan mampu menghargai kandungan Al-Quran, sehingga mereka mengenali siapakah pemiliknya.

No comments: