Wednesday, July 6, 2011

Cukai Pendapatan

utk bacaan masa lapang....
http://www.hasil.gov.my/

Setiap warganegara bertanggungjawab menjelaskan cukai ke atas pendapatan yang diperolehinya di dalam atau luar Malaysia. Sumber pendapatan yang boleh dikenakan cukai pendapatan termasuklah pendapatan dan keuntungan daripada perdagangan, profesion dan perniagaan, gaji, ganjaran, pendapatan, dan keuntungan berasaskan gaji, dividen, faedah atau diskaun, sewa, royalti atau premium, pencen, anuiti atau bayaran berkala yang lain dan perolehan atau keuntungan yang berbentuk pendapatan yang tidak dinyatakan di atas. Pendapatan bercukai diperolehi setelah dikira segala kos dan perbelanjaan yang terlibat secara menyeluruh atau eksklusif dalam usaha untuk menghasilkan pendapatan berkenaan. Kadar cukai bergantung kepada status penduduk individu berkenaan yang ditentukan oleh jangka masa beliau tinggal di dalam negara ini (seperti yang dinyatakan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, di bawah Seksyen 7).

Individu bermastautin dikenakan cukai ke atas pendapatan bercukainya pada kadar bersenggat daripada 2% hingga 30% selepas ditolak pelepasan cukai.

Walau bagaimana pun, bagi individu dengan pendapatan bercukai kurang daripada RM2,500 dicukai pada kadar sifar. Pendapatan bercukai seseorang individu bermastautin diperolehi dengan memotong jumlah pendapatan beliau dengan jumlah pelepasan individu. Tanggungan cukai individu bermastautin dikurangkan dengan rebat. Hal-hal berkaitan cukai pendapatan di Malaysia adalah di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) Malaysia.

http://www.hasil.gov.my/


Dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:
  1. Borang EA/EC,
  2. Baucer dividen,
  3. Resit premium insurans,
  4. Resit pembelian buku,
  5. Resit perubatan,
  6. Resit derma,
  7. Resit premium zakat,
  8. Sijil kelahiran anak,
  9. Sijil nikah,
  10. Dokumen-dokumen sokongan lain.
  11. Helaian kerja (jika ada)
  12. Pengiraan tempoh tujuh tahun adalah bermula daripada akhir tahun dalam mana BNCP tersebut telah dikemukakan.

1 comment:

matmin said...

Bgs2,smua tau kite kne byr cukai nnt.yg ade policy insurans/takaful,jgn lupe include mase isi e-filling nnt.max exempted smpi 6k.