Tuesday, March 23, 2010

Kita kena tipu?

1. Program Bersama kanak-kanak Gaza di kampus UKM KL pada 16 Jan adalah Palsu

Saya menyeru kepada mana-mana muslimin dan muslimat supaya TIDAK berkunjung ker UKM untuk Program bersama kanak-kanak Gaza anjuran Mercy di kampus UKM KL pada 16 Jan 2010 kerana program itu tidak wujud.... Berikut adalah maklumat lanjut tentang penipuan program tersebut yang baru saya terima oleh pengirim... Mohon dihebahkan kepada siswa dan siswi yang lain

2. Saya ditipu :(

Salam

Tujuan saya menulis ini adalah untuk memberitahu kepada rakan-rakan agar tidak ditipu seperti saya dan 300 orang rakan saya yang lain di maktab. Pada hari Jumaat yang lalu, kami telah didatangi oleh seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Dr Jason Lee atau nama islamnya Dr Iskandar Lee, kononnya doctor perubatan yang baru pulang dari Ghaza, Palestin dalam misi sukarelawannya membantu anak-anak Palestin di sana.

Oleh itu, kami telah dihidangkan dengan berbagai-bagai cerita yang menyedihkan dan menyayat hati. Tidak pernah lekang dari mulut ‘Dr Jason Lee’ menuturkan kalimah-kalimah Allah seperti SubhanAllah, MasyaAllah, Alhamdulillah dan Allahuakbar. Beliau juga dengan lancarnya telah menuturkan beberapa ayat dari Surah Al-Baqarah dengan makhraj yang betul dan sedap didengar.

Sebagai seorang yang naïf, saya sememangnya percaya seratus peratus dengan setiap apa yang dituturkannya. Hinggakan rakan di sebelah mencelah, “betul ke ni Elun?boleh percaya ke orang ni”. Saya cepat-cepat membela Dr Jason ini dengan mengatakan “ishh takkan la dia nak tipu hal-hal macam ni!”

Dengan itu, saya bersama lebih kurang 300 orang yang lain yang turut terpedaya dengan kehebatan makhluk Allah itu bercakap tentang nasib anak-anak yatim Palestin, telah membeli CD yang dibawanya, dengan niat ingin menderma kerana Allah. Gembira rasanya melihat kawan-kawan yang lain berpusu-pusu membeli CD kerana saya yakin, niat mereka hanya satu, supaya sumbangan yang sedikit itu dapat membantu anak-anak yatim Palestin.

Dan pagi ini, pagi Isnin, kami telah diberitahu bahawa lelaki yang menggelarkan dirinya Dr Jason itu adalah seorang penipu dan mengambil kesempatan terhadap simpati orang ramai kepada mangsa Palestin. Beberapa orang rakan telah menghubungi pihak MERCY dan mereka memberitahu bahawa tiada sukarelawan yang bernama Dr Jason Lee di dalam senarai sukarelawan mereka. Dan yang lebih menyedihkan saya, pihak MERCY memberitahu, mereka sudah menghentikan penghantaran sukarelawan sejak 8 bulan yang lalu. Mana mungkin ada penghantaran dalam masa terdekat ini.

Oleh itu, kepada rakan-rakan semua, jangan mudah terpedaya seperti saya dan rakan-rakan yang lain. Minta pengenalan diri ataupun kad yang memberi authority kepada mereka untuk mengutip derma daripada kita.
I have learnt my lesson a lot, people!!!
 

Boleh baca lagi di sini 

10 comments:

Amalina Amri said...

Ya Allah. bende ni pun org nak buat main2. berapa banyak la duit org dia dah tipu. pelik mcm mane uia ble bg die masuk. kite pun salah jgk, xcek betul2. sng je org nk exploitasi

Ilham Nur said...

Ada beli CD tu Amal?

shamel said...

Pergh.. brilliant!

Amalina Amri said...

ade.. tp xtgk pun sbb mmg tau xmampu tgk. siap bg lebih ingt nk bg org spatutnye, rupenye msuk poket die. ceh betul. shamel xamek gamba die ke hr tu?

Ilham Nur said...

Baru dapat 'call' daripada Abang Mahadi, SU ABIM Pahang, dia dah 'call' ABIM Pusat dan GPM. ABIM kata tak ada program tu. Sahihlah kita kena main. Ha ha, sentimen Palestin buat kita tidak rasional.

hud hud said...

xsangke ade org snggup bt cam2.. Sebut ayat quran itu, inilah..ttibe menipu.. hish..tergamaknye..ape la sgt ngan duit die dpat tu..huhu.. sdih ade org camni..

mat said...

buat kenyataan media bagus jugak nih. Mungkin dah satu Malaysia die jelajah...

Anonymous said...

For moments like this I'd like to say:

Thank God I'm skeptic.

Anyway, how come such person can go through security check?

M&M said...

x kisah la kat mane dia nak belanja duit tu pun....kita yg beli dgn niat utk menderma Insyaallah dapat pahala penuh & xde saham pun kalu dia gune duit tu utk benda yg haram sbb memang bkn salah kita...& x usah la risau banyak mana duit dia dapat sbb kalu x berkat pun x gne gak....mgkn mse dia balik tetiba keta die rosak ke.....so duit tu habis utk repair keta je...contoh la..

M Izani said...

aku setuju. Duit yang kita niat nak hantar kat palestin tu insyaAllah Tuhan ganti dengan yang lain. jangan risau. doakan dia dapat hidayah