Saturday, November 8, 2008
Beberapa pegumuman..
1. Farewell Ceremony Dr. Naeem
InsyAllah program akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 11 Nov 2008 (Selasa)
Masa: 5.15pm
Tempat: Lecture Hall 1
-anjuran IPhA
-minum petang disediakan
-sesiapa yg nk bg hadiah2 peribadi adalah dialu2kan
-harap semua ahli batch kita dpt hadir..mungkin inilah cr terakhir kt utk membls budi Dr. Naeem yg telah bnyk membantu batch kita..
2. bowling batch
-sesiapa yg berminat utk join main bowling pd hari selasa ni-malam di MM..blehla maklumkn kpd Yeop atau Helmi Rahmat (untuk borthers)..klau sisters bleh inform kpd Siti Nadiah..insyAllah nanti Yeop/Helmi akan maklumkan yuran, dan lain2..sbnya hr isnin ni br bleh berunding dgn pengurus bowlg 2..jd kpd sesiapa yg berminat, maklumkan segera kepada Helmi/Yeop atau Nadiah..
k..gud luck for MCQ..
MIMS Mystery Gift (2)
Kepada mereka yg tersenarai dapat MIMS mystery gift (500 org semuanya), please check your email. MIMS dah hantar email yg ditunggu-tunggu.
Harap2 dapat free buku MIMS.
Rujuk sini utk nama-nama yg bertuah. Kepada yg belum register lg kt MIMS, cepat2 register. Support our local agency.
Friday, November 7, 2008
Mahallah VS Rumah Sewa
Perlawanan ini juga menguji kekuatan fizikal, daya ketahanan, skill, kesabaran dan kelajuan larian seseorg. Dengan cara ini juga, lemak-lemak dapat dikurangkan. macam jawab pharmaco la plak.
Berikut gambar-gambar yang sempat ditangkap :
Semoga hubungan yang dibina sekarang berkekalan sehingga akhir hayat biarkan lepas grad. Tahun 2011 nanti, insyaAllah. Yang keruh kita jernihkan, yang jernih kita pastikan selalu jernih. =D
Terima kasih. Jumpa lagi!
Jadual perjalanan ke Cybermed
7.30am: Bertolak dari CF sister
12.00pm: Tiba di CyberMEd
12.30pm: Opening ceremony & Campus Tour
1.00pm:Makan Tengahari dan Solat Jama'
2.00pm: Forum n Aktiviti yg dianjurkan oleh pelajar farmasi CyberMed
5.00pm:Closing Ceremony+ High Tea
5.30pm: Bertolak ke Putrajaya
-singgah sebentar di Putrajaya Sentral-untuk sape2 yg nk terus balik ke Kl
-Solat Jama' Magrib n Isya' di Masjid Putra
-Balik ke Kuantan
-Pakaian kemas..proper attire..
-Fees: RM10 sahaja..
Wednesday, November 5, 2008
I-CARE visit
Kepada sesiapa yang berminat, mempunyai masa yang banyak, ingin menambah pahala dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling, anda dijemput menyertai lawatan I-CARE ke HTAA pada hari sabtu ini 8/11/2008, masa: 8.30 am - 2.oo pm. kepada yang berminat, bolehla memberi nama anda ke no berikut: 013-9669397 selewat-lewatnya esok. Jangan ketinggalan. Marilah bersama-sama beramal dan beribadah...
Tuesday, November 4, 2008
THINGS YOU PROBABLY NEVER KNEW YOUR MOBILE PHONE COULD DO
FIRST-->Emergency
The Emergency Number worldwide for Mobile is 112. If you find yourself out of the coverage area of your mobile; network and there is an emergency, dial 112 and the mobile will search any existing network to establish the emergency number for you, and interestingly this number 112 can be dialed even if the keypad is locked. Try it out.
SECOND-->Have you locked your keys in the car?
Does your car have remote keyless entry? This may come in handy someday. Good reason to own a cell phone: If you lock your keys in the car and the spare keys are at home, call someone at home on their mobile phone from your cell phone.Hold your cell phone about a foot from your car door and have the person at your home press the unlock button, holding it near the mobile phone on their end. Your car will unlock. Saves someone from having to drive your keys to you. Distance is no object. You could be hundreds of miles away, and if you can reach someone who has the other 'remote' for your car, you can unlock the doors (or the trunk).
THIRD-->Hidden Battery PowerImagine your mobile battery is very low.
To activate, press the keys *3370# Your mobile will restart with this reserve and the instrument will show a 50% increase in battery. This reserve will get charged when you charge your mobile next time.
FOURTH-->How to disable a STOLENmobile phone?
To check your Mobile phone's serial number, key in the following digits on your phone: * # 0 6 # A 15 digit code will appear on the screen. This number is unique to your handset. Write it down and keep it somewhere safe. When your phone get stolen, you can phone your service provider and give them this code. They will then be able to block your handset so even if the thief changes the SIM card, your phone will be totally useless. You probably won't get your phone back,but at least you know that whoever stole it can't use/sell it either. If everybody does this, there would be no point in peoplestealing mobilephones.
Sunday, November 2, 2008
Bukan Tempat Mencari Jantan (www.saifulislam.com)

“Hasrizal”, pensyarah menyebut nama saya.
“Ya, saya!”, saya menjawab.
“Munawwar!”, beliau terus mencatat kedatangan.
“Ya, saya”, balas teman saya di sebelah.
Sudah menjadi rutin, di awal kelas, Dr. Mustafa Abu Zaid akan mencatat kehadiran pelajar. Satu demi satu nama dipanggil. Inilah bagusnya sistem di Jordan, kehadiran ke kelas adalah wajib. Enam atau empat kali ponteng, akan di’haram’kan masuk ke kelas.
Malas macam mana sekali pun, sistem pengajian di Jordan akan memaksa pelajar supaya lebih berdisiplin. Mana mungkin boleh menjadi thalib al-ilm, jika proses pengajian di kelas jadi sampingan.
Semester ini kami mengambil subjek Aqidah III bersama Dr. Mustafa Abu Zaid.
GANGGUAN
Tiba-tiba, “PANGG!”
Terperanjat kami sekelas dibuatnya. Dr Mustafa Abu Zaid menghempas failnya ke atas meja.
“Siapa yang pakai minyak wangi tadi???”, bentak beliau.
Rupa-rupanya ada dua orang pelajar perempuan yang baru masuk ke kelas. Mereka memakai minyak wangi yang agak kuat baunya hingga dikesan oleh Dr. Mustafa.
“Allah! Habis la kita hari ni”, saya berbisik kepada Munawwar di sebelah.
Memang menjadi suatu pantang yang amat sangat bagi Dr. Mustafa Abu Zaid jika ada pelajar perempuan yang bertabarruj ke kelas. Apatah lagi minyak wangi, oleh pelajar Syariah.
Beliau memetik hadith Nabi Sallallahu ‘alayhi wa Sallam:

“Apabila seorang perempuan memakai minyak wangi dan kemudian melintasi sekumpulan manusia dengan maksud untuk mereka itu menghidu wangiannya, maka perempuan itu adalah penzina. Dan setiap mata itu adalah penzina jua” [Hadith riwayat al-Nasaa'ie, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban]
“Universiti adalah tempat kamu mencari ilmu, bukan mencari jantan. Kalau mahu mencari jantan, berambus kamu ke pasar”, marah benar Dr. Mustafa Abu Zaid pagi itu.
Beliau amat sedih dengan gelagat pelajar di universiti. Jordan, terutamanya di kawasan pedalaman seperti di pekan Mu’tah, umumnya masih terjaga. Apatah lagi universiti kami ini terletak bersebelahan dengan Medan Mu’tah, tempat berlakunya pertempuran tentera Islam hingga menumpahkan darah syuhada’ seperti Jaafar ibn Abi Thalib, Zaid ibn Harithah dan Abdullah ibn Rawahah, radhiyallahu ‘anhum ajma’een.
Tetapi kerenah pelajar di universiti amat menyedihkan. Pergaulan bebas dengan pakaian yang menjolok mata, amat mengganggu pemandangan.
“Kuliah Syariah pula diletakkan jauh di belakang. Untuk ke kelas, terpaksa menempuh Fakulti Undang-undang, Sains dan Kejuruteraan. Di rumah hafal satu surah, sampai fakulti, lupa sepuluh surah!”, saya berbisik ke Munawwar di sebelah.

“Universiti ini amat buruk kelakuan pelajarnya. Tetapi saya tidak boleh terima jika pelajar Syariah pun sama. Tidak boleh memakai minyak wangi untuk menarik perhatian atau hingga menarik perhatian. Itu perlakuan zina. Kamu balik ke rumah dan mandi wajib…. kamu tahu Nabi Muhammad SAW pernah memberi amaran begitu?”, Dr. Mustafa meneruskan tegurannya.
Sok sek sok sek!
Kami mendengar bunyi tangisan seorang pelajar perempuan di bahagian belakang kelas. Tidak berani untuk menoleh ke belakang.
“Kalau takut busuk, jaga kebersihan. Bukan dengan berwangi-wangian. Sudah, hari ini tiada kelas. Kita ganti semula kemudian. Saya tidak boleh mengajar dalam keadaan seperti ini. Bersurai semua”, tegas Dr. Mustafa.
Aduh! Rugi satu kelas.
“Hah, apa lagi? Bangun!!!”, Dr. Mustafa menyergah kami, pelajar lelaki yang masih tercegat di bangku masing-masing.
Sebenarnya, kami terus duduk kerana mahu mengesan siapakah pelajar perempuan yang dimarahi tadi. Tetapi Dr. Mustafa lebih cepat mengecam ‘niat jahat’ kami lalu menghalau semua pelajar lelaki agar terlebih dahulu meninggalkan bilik kuliah. Kami segera bangun hingga ada yang tercicir pen di lantai.
KEBEBASAN
Universiti adalah ‘gelanggang merdeka’ untuk pelajar-pelajar bebas dari peraturan. Tiada lagi ibu bapa, tiada lagi pengawas yang menjadi ‘kaki retot’ di sekolah. Tiada lagi warden untuk menyergah asrama. Kebebasan itulah yang menjahanamkan jati diri kebanyakan pelajar.
Seperti layang-layang yang memutuskan tali. Alasannya mahu terbang tinggi, rupa-rupanya sesat dirempuh badai sampai jatuh binasa ke bumi.
Hingga ramai yang terlupa bahawa universiti tempat mencari ilmu, bukan jantan bukan betina!
Al-Jaami’ah, wa maa adraaka maa al-Jaami’ah!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
